
Nama Ustaz Ebit Lew bukan sahaja meniti bibir sebagai pendakwah bebas dan dermawan hebat, tapi kini sebagai entrepreneur rangkaian kedai runcit Elewsmart.
Sifat suka menyantuni orang susah dan rajin menghulur bantuan kebajikan bersebati dengan diri mualaf Cina itu. Meskipun kadangkala disalah tafsir, namun pemilik nama Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau itu tidak cepat melatah.
Nona tertarik berkongsi video pembukaan Elewsmart di Bandar Baru Bangi dan Kajang pada hujung minggu lepas. Bayangkan betapa panjangnya barisan pembeli yang beratur seawal pagi, semata-mata untuk mendapatkan peluang membeli barangan keperluan pada harga termurah.
Kebanyakan yang beratur pula adalah kaum wanita! Tengoklah video yang dikongsi melalui Instagram Ustaz @ebitlew ni.
(1) Pembukaan Elewsmart Bandar Baru Bangi pada Sabtu, 18 Julai 2020
https://www.instagram.com/p/CCxosonFXv0/
(2) Pembukaan Elewsmart TTDI Grove Kajang pada Ahad, 19 Julai 2020
https://www.instagram.com/p/CC0DlizFDZA/
Dalam pada itu, Ustaz Ebit, 36 tahun, turut meluahkan perasaan sayu dengan sambutan di luar jangkaan itu.
“Ya Allah sebak sayu rasa di pembukaan Elewsmart Bandar Baru Bangi. Terima kasih semua yang mendoakan. Ramainya orang yang hadir memberi sokongan dan mendoakan. Jauh-jauh datang. Semua beri isyarat wajah atau tangan. Maksudnya kita semua sebuah keluarga.”
Itu luahan Ustaz Ebit yang turut menawarkan pembelian kicap serendah RM0.90, aiskrim RM0.10, Maggi RM0.90 dan Nescafe RM0.40. Murah betul!
Walau bagaimanapun, timbul rasa bimbang melihat orang ramai bersesak-sesak begini. Kalau dah ramai sangat, takut SOP penjarakan sosial tak tercapai pula. Sebenarnya jarak 1 meter masih perlu dipatuhi, tapi mungkin sebab berdiri dah lama sangat atau cuaca yang tak mengizinkan… Apa pun semoga pihak Elewsmart lebih berwaspada tentang hal ni.

Katanya lagi, “Banyak pengilang utama sudi membantu saya walaupun ini kali pertama saya masuk dunia peruncitan kerana katanya selalu tengok video ustaz tolong semua orang tanpa kira bangsa atau sesiapa sahaja.
Saya ambil direct dari kilang. Jadi rezeki dapat harga murah dan sebab tu saya nak kongsikan dengan semua.
Kata saya kita semua sebuah keluarga. Rezeki kita untuk kita berkongsi bersama. Syukur sangat, berkat doa semua, itulah niat utama saya.”
VAN MILO
https://www.instagram.com/p/CC54MvxlHhU/
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut membawa bersama lori Milo, Nescafe dan Maggi (Nestle Asia) di semua pembukaan Elewsmart. Beratur lama-lama tapi dapat minuman percuma dan hadiah lagi!
Bapa kepada empat cahaya mata tersebut turut menjemput penduduk berdekatan Sg Buloh dan Damansara ke acara pembukaan Elewsmart di lokasi tersebut. Turut ditawarkan 600 beg makanan untuk pembeli terawal.
Suka sangat ayat Ustaz Ebit ni…
Gembira tuan puan, pahala untuk saya!
Semoga usaha Ustaz kesayangan ramai ini mengalirkan pahala dan rezeki yang berkat buat kita semua. Syabas Ebit Lew!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!









Pandemik COVID-19 bukan sahaja telah mengganggu gugat kehidupan kita di Malaysia bahkan seluruh dunia. Ramai yang terkesan dengan situasi ini antaranya diberhentikan kerja, perniagaan terpaksa ditutup dan sebagainya.
Bukan sahaja di kalangan mereka yang makan gaji malah yang menjalankan perniagaan pun sama sahaja keadaannya. Cuma bagaimana kita hendak meletakkan diri kita di mana. Sama ada di tempat orang yang sangat sedih, menyalahkan keadaan, atau kita menjadikan keadaan ini sebagai satu peluang terbaik dalam kehidupan.
Dato’ Shareen Almashoor menasihatkan kepada wanita-wanita di luar sana terutama yang diberhentikan kerja akibat COVID-19 agar tidak terus meratapi kesukaran hidup yang dihadapi. Sebaliknya fikirkan peluang-peluang yang ada di hadapan.
“Saya sendiri merasakan pandemik COVID-19 adalah waktu yang paling best dalam perniagaan saya kerana orang lain tidak tahu hendak buat apa. Jadi, apabila kita dapat melihat peluang daripada situasi tersebut itulah titik tolak permulaan kepada kejayaan yang terlalu hebat untuk kita.
Anda ada pilihan. Kalau hendak berniaga tidak semestinya perlu mengeluarkan produk. Apa yang anda boleh buat untuk berniaga antaranya menyediakan servis kepada perniagaan-perniagaan yang sedang berkembang maju. Jangan hanya terikat dengan satu perkara sahaja. Kita mesti fikir out of the box.
KALAU TIDAK MINAT BERNIAGA, BAGAIMANA PULA?
Hakikatnya tidak ada satu keadaan pun yang boleh membuatkan kita patah semangat kecuali kita sendiri yang memilih untuk menghadapi keadaan itu. Bagi memastikan kita selalu ke hadapan, katakan ‘Yakin boleh’ kepada diri sendiri dan lihat masalah sebagai peluang terbaik.”




