Jasa dan pengorbanan Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek terhadap arena sukan badminton cukup besar kepada negara. Meskipun sudah bersara daripada sukan berkenaan namun khidmat dan kepakarannya masih diperlukan. Sekaligus diberi tanggungjawab menjadi jurulatih skuad badminton kebangsaan sampai sekarang.

IKLAN

Berpuluh tahun menabur bakti demi negara tercinta, Datuk Rashid bagaimana pun seorang family man. Dia yang kini berusia 54 tahun dilahirkan pada 8 Julai 1968 di Banting, Selangor merupakan anak bongsu kepada pasangan Dato’ Haji Mohd Sidek dan Datin Rukinah.

Datuk Rashid menerusi video temu bual bersama Majalah Keluarga tidak lama dulu mendedahkan dia mula mengenali isteri tercinta iaitu Datin Azehan Abdul Halim sejak wanita tersebut berusia belasan tahun.

“Isteri ialah anak saudara kepada arwah isteri Datuk Misbun Sidek. Saya kenal dari usia dia 13 tahun. Kami mula serius umur saya 34 tahun dan isteri 23 tahun sebelum memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.”

Beza Usia 11 Tahun, Bekas Pemain Badminton No 1 Dunia DATUK RASHID SIDEK Bertuah Dikurnia Isteri Mithali!
Kredit Instagram @rashid_sidek

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ikhwan yang kini 18 tahun, Azwin berusia 17 tahun, Eizran 13 tahun dan Irfan, sembilan tahun.

Diaju sisi peribadi suami sepanjang berkahwin, Datin Azehan menjelaskan dia memahami kerjaya suami sebagai atlet dan jurulatih serta reda hanya sempat bertemu suami enam bulan dalam setahun disebabkan kesibukan Datuk Rashid.

“Alhamdulillah kami jarang berselisih faham. Mungkin sebab Datuk berusia 11 tahun lebih berumur dan dia tahu apa yang terbaik untuk family, saya akan ikut. Saya seorang yang suka bercakap, dia pula mendengar. Tapi bukan berleter ya. Bagi saya komunikasi kami baik, tak ada masalah.”

IKLAN
Beza Usia 11 Tahun, Bekas Pemain Badminton No 1 Dunia DATUK RASHID SIDEK Bertuah Dikurnia Isteri Mithali!
Kredit Instagram @rashid_sidek
Beza Usia 11 Tahun, Bekas Pemain Badminton No 1 Dunia DATUK RASHID SIDEK Bertuah Dikurnia Isteri Mithali!
Kredit Instagram @rashid_sidek
Beza Usia 11 Tahun, Bekas Pemain Badminton No 1 Dunia DATUK RASHID SIDEK Bertuah Dikurnia Isteri Mithali!
Kredit Instagram @rashid_sidek
Beza Usia 11 Tahun, Bekas Pemain Badminton No 1 Dunia DATUK RASHID SIDEK Bertuah Dikurnia Isteri Mithali!
Kredit Instagram @rashid_sidek

Datuk Rashid Sidek mempunyai lima beradik iaitu Rusitah, Datuk Misbun, Datuk Razif, Datuk Jalani dan Rahman. Kesemua adik-beradik lelaki Datuk Rashid terlibat dalam arena badminton antarabangsa dan mendapat pendedahan serta bimbingan daripada bapa mereka.

Melakar pelbagai kejayaan era 90an, selain pernah memegang gelaran pemain badminton nombor satu dunia Datuk Rashid Sidek juga memenangi pingat emas perseorangan lelaki Sukan Komanwel, Auckland, Perseorangan Lelaki Sukan Komanwel, Victoria, Juara Perseorangan Piala Asia, Juara Perseorangan Terbuka Malaysia dan banyak lagi.

IKLAN

Pada tahun 1995 hingga 2005, populariti adik-beradik atlet ini melonjak dan dikenali ramai selepas komik autobiografi jaguh badminton negara iaitu Anak-Anak Sidek diterbitkan. Malah, kisah hidup mereka juga disiarkan dalam siri animasi Anak-Anak Sidek.

Beza Usia 11 Tahun, Bekas Pemain Badminton No 1 Dunia DATUK RASHID SIDEK Bertuah Dikurnia Isteri Mithali!
Kredit Facebook KomunitiPutrajayaCyberjaya

Selain itu, Datuk Rashid juga pernah membintangi filem Cinta 200 Ela pada tahun 2002.

Legenda badminton negara yang berjaya membawa Malaysia muncul juara Piala Thomas 1992 dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI