Begitu cekalnya jiwa mereka. Walau terluka, namun kekal tabah dan menyokong antara satu sama lain. Begitulah yang dapat NONA simpulkan selepas melihat penampilan ‘side-by-side’ Puteri Sarah Liyana dan Rossa Serra dalam sebuah majlis baru-baru ini.
Manakan tidaknya, kemelut rumah tangga yang dihadapi dua wanita hebat ini, menjadi sorotan ramai, apatah lagi kisah kedua-duanya hampir sama.
Cinta yang tak berbelah bagi, dibalas dengan nista dan orang ketiga. Apatah lagi, perjuangan mereka berdua meneruskan hidup demi kelangsungkan hidup dan kebahagiaan anak-anak, menjadi sumber kekuatan buat mereka.
Kisah rumahtangga Rossa Sera bermula indah, namun kemudian ‘retak menanti belah’ dengan pelbagai episod duka silih berganti ibarat barah, namun akibat keadaan yang memaksa digigihnya juga demi mempertahankan satu ikatan yang sah.
Ads
Namun jika sudah tertulis di Luh Mahfiz sampai setakat itu saja, apa lagi yang boleh dibuat oleh ibu kepada dua cahaya mata ini. Dikhabarkan Rossa dan Shuk kini sedang dalam proses berpisah secara sah namun tiada pengumuman rasmi dari dirinya, mahupun Syuk.
Sedikit berbeza dengan kisah rumah tangga Puteri Sarah Liyana yang dilihat masih mengharapkan keajaiban dalam rumahtangganya, namun kini bermati-matian untuk terus elak menjadi mangsa ‘orang ketiga’ yang rakus menggugat privasi dan kisah dia dan suami.
Walau masih wujud rasa cinta dan sayang pada suami, Shamsul Yusoff; sudah pasti dirinya berharap masih ada sinar dalam rumahtangganya. Kedukaan dialami, hanya sang isteri yang bisa merasainya. Air wajah mungkin nampak ceria, namun di dalam hati siapa boleh menyangka.
Dipertemukan dalam satu majlis, kehadiran kedua-dua insan hebat ini nyata mengundang hiba namun gembira dek semangat wanita-wanita ini yang saling bertukar kata semangat bagi menguatkan diri untuk meneruskan kehidupan.
Menerusi hantaran Instagram Puteri Sarah, dia mengingatkan semua wanita agar sentiasa maju ke hadapan, dan paling utama menjaga kesihatan mental serta fizikal. Dia juga turut menasihati Sera untuk terus kuat dalam mengharungi dugaan ini, di kala perkahwinan Rossa dan Syuk sudah hampir ke penamat.
Kedua-dua mereka dipertemukan dalam majlis sebuah produk kesihatan di mana Rossa Sera dilantik menjadi duta.
Apa-apa pun NONA mengharapkan segala urusan Puteri Sarah Liyana dan Rossa Sera dipermudahkan. Ingat bahawa Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita sendiri.
Sumber foto: Instagram @puterisarahliyana dan @rossa.sera
******************************
Jadikan Al Quran Kareem sebagai panduan hidup, demi ketenangan di alam sana. Dapatkan My Qalam Elite Digital Al-Quran Bertajwid Wakaf Iftida 2.0. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik).
******************************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Rihanna mengesahkan yang dia bakal membuat persembahan di Pertunjukan Separuh Masa (Super Bowl Halftime Show) 2023 yang bakal berlangsung pada 12 Februari di Stadium State Farm di Glendale, Arizona. Jika semua yang dirancang menjadi kenyataan, ini merupakan persembahan pertama Rihanna di atas pentas besar selepas melahirkan anak lelaki pada 13 Mei lepas bersama suami, A$AP Rocky.
Kredit foto: https://newscentral.africa/
Pengumuman ini dikira rasmi apabila baru-baru ini Rihanna memuat naik di akaun Instagramnya yang memaparkan gambar yang dipercayai tangannya memegang bola Amerika. Menerusi jurucakap NFL selaku penganjur Super Bowl dan Roc Nation yang menganjurkan persembahan separuh masa itu sudah pun memberikan kenyataan mengesahkan penglibatan Rihanna.
“Rihanna adalah bakat generasi kini, seorang wanita dari kehidupan yang sederhana dan kini berjaya menjangkaui jangkaan. Seorang gadis polos yang dilahirkan di pulau kecil Barbados kini menjadi salah seorang artis paling terkenal dan berbakat dunia,” kata Jay-Z, pengasas Roc Nation.
“Kami sangat teruja dan mengalu-alukan Rihanna ke pentas Apple Music Super Bowl Halftime Show,” kata Seth Dudowsky, Ketua Muzik NFL.
Walaupun Rihanna tidak mengeluarkan album sejak 2016, Rihanna masih kekal dan relevan dalam industri muzik. Dengan variasi lagu hits sepanjang dua dekad muziknya, Rihanna dikhabarkan bakal menggegarkan pentas besar muzik yang paling banyak ditonton tahun ini.
Super Bowl Halftime Show sebelum ini telah banyak membariskan artis-artis ternama membuat persembahan seperti Dr. Dre, Snoop Dogg, Eminem, Mary J. Blige, dan Kendrick Lamar pada 2022, The Weeknd pada 2021, Shakira dan JLo pada 2020, Maroon 5 2019, Justin Timberlake 2018, Lady Gaga 2017, Coldplay 2016, Katy Perry 2016, Katy Perry 2014, Beyoncé 2013, dan Madonna 2012.
Nama Abang Tesla hangat diperkataka sehingga kini. Pempengaruh di Tiktok dan usahawan tersebut dikecam hebat warga maya selepas tindakannya memuatnaik video mendedahkan dirinya berkahwin kali kedua selepas mendapat keizinan dari isteri pertama.
Perkongsian video menunjukkan dirinya yang solat berjemaah kononnya dia pandai menjaga hati isteri pertama meruntun hati kaum Hawa terutama sekali para isteri yang akui terkesan dengan tindakan samberono lelaki tersebut.
Bukan sekadar warga maya, para selebriti yang sudah bergelar isteri turut mengecam tindakan tidak matang lelaki tersebut yang membuat kandungan seperti itu tanpa memikirkan perasaan para isteri. Apatah lagi, kenyataan lelaki itu sendiri yang berbunyi “Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai” turut mendapat kecaman ramai!
Penyanyi Shila Amzah yang baru-baru ini melangsungkan perkahwinan turut meluahkan isi hatinya menerusi akaun Instagramnya. Shila berpendapat, seorang suami yang benar-benar menyayangi isteri sepenuh hati tidak akan tergamak memadukan insan dicintai.
“Kalau awak betul sayang isteri pertama, tak adanya nak kahwin isteri kedua walaupun dapat izin dari yang pertama itu. Eh, baran tengok TikTok hari ini,” tulisnya.
Selain Shila, pelakon dan penerbit Nabila Huda juga turut meluahkan rasa kesalnya dengan menulis di Twitter.
“FYI, kami (wanita) we don’t do sharing. Tak ada dalam kamus hidup kami nak kena berkongsi orang yang kami bersumpah untuk cinta sampai mati dengan wanita lain ya. If you’re mine, you’re only mine. We only need one man and we want to be his only woman.
“Kalau masih lagi ada rasa bernafsu tengok perempuan lain dari pasangan sendiri, better jangan kahwin dulu la… Kalau rasa dah betul-betul bersedia nak jadi seorang suami setia pada your one and only isteri, baru kahwin. As simple as that,” ciapnya di Twitter.
Sementara itu, pelakon Anzalna Nasir turut memberi amaran ‘manja’ buat suami di laman Instagramnya, menyatakan bahawa hati dan perasaan para isteri seharusnya dijaga, bukannya dengan mengahwini perempuan lain sambil berkongsikan video dirinya membelek album kahwin.
“Hidup ini tak perlu mengharapkan lelaki! Berpoligami? Kadang perempuan nampak macam redha tapi dalam hati hanya dia sahaja yang tahu. Kalau sayang isteri cukuplah jaga hati dan perasaan, bukan dengan mengahwini perempuan lain.
Perempuan kalau dah sayang sanggup buat apa sahaja untuk yang tercinta! Balas la yang sama, hargailah isteri, kerana banyak pengorbanan yang kami dah lakukan,” tulis Anzalna di Instagram.
Jadi sebagai wanita, apa pandangan anda tentang isu ini?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Power-couple Hollywood, Priyanka Chopra dan Nick Jonas akhirnya mendedahkan wajah anak perempuan mereka untuk tatapan umum selepas sekian lama menyembunyikan mukanya. Bintang siri televisyen Quantico itu dilihat tidak kekok mendukung anak perempuannya itu dengan penuh kasih sayang dan ramai teruja melihat kecomelan Malti.
(Kredit Foto: Getty/Shutter Images via @justjared)
Malti Marie Chopra membuat kemunculan sulungnya sewaktu ayahnya, Nick Jonas bersama dua ahli kumpulan The Jonas Brothers, Joe dan Kevin Jonas menerima ‘bintang’ mereka di acara Walk Of Fame bagi menghargai sumbangan kumpulan The Jonas Brothers dalam industri muzik Hollywood hampir dua dekad. Turut hadir ialah isteri kepada Joe Jonas, Sophie Turner, serta isteri Kevin, Daniella Jonas.
Ketika berucap di upacara tersebut, Nick Jonas sempat memberikan ucapan istimewa buat isteri kesayangannya. “Buat isteri saya, anda sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Kamu adalah anugerah terindah buat saya, dan saya gembira dapat menjalani kehidupan sebagai bapa kepada anak kita bersama kamu”.
Malti dalam bahasa Sanskrit membawa maksud ‘bunga kecil yang harum’ atau ‘cahaya bulan’. Pasangan popular tersebut berkahwin pada 1 Disember 2018 itu mengumumkan berita tentang kelahiran bayi mereka yang diperoleh menerusi kaedah ibu tumpang pada 15 Januari lalu. Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan di usia kandungan 27 minggu di Hospital Southern California.
Sophie Turner dan Priyanka bersama Malti. (Kredit Foto: Getty/Shutter Images via @justjared)
Priyanka dan Nick berkahwin pada 2018 dalam majlis gilang gemilang di India setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta. Semoga anak perempuan mereka membesar dengan sihat dan dapat membanggakan kedua ibu bapanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!