Menerima kehadiran anak pertama pastinya memberi sinar kebahagiaan kepada pasangan. Inilah titik permulaan untuk si ibu mempelajari cara terbaik untuk menjaga mereka. Paling utama, si ibu perlu tahu bagaimana untuk menyusukan anak.

Ads
  1. Sebaik sahaja bayi lahir, letakkan dia di dada anda. Sebaik-baiknya lakukan sewaktu masih di dalam bilik kelahiran (delivery room).
  2. Bayi yang baru lahir akan bergerak dengan sendirinya ke arah dada si ibu dan menyusu. Proses ini mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam. Beri masa pada si ibu dan bayinya untuk mengenali antara satu sama lain. Sentuhan kulit ke kulit di antara si ibu dan bayi membuatkan bayi lebih selesa.
  3. Bayi memerlukan sekurang-kurangnya 12 kali penyusuan sehari. Komitmen si ibu memberi penyusuan penuh secara berkala dapat meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu.
  4. Susukan bayi selama mana bayi perlukan. Biasanya untuk melengkapkan penyusuan, bayi memerlukan masa lebih kurang 45 minit.
  5. Elakkan menyusu bayi ketika dia sedang menangis. Redakan tangisannya terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi.
  6. Posisikan kedudukan anda untuk menyusu dengan betul. Gunakan bantal untuk kedudukan lebih selesa.

Posisi yang salah ketika menyusukan bayi bukan hanya boleh menyebabkan si ibu tidak selesa tetapi ia juga boleh membawa maut. Beberapa kes yang sedang menular di Malaysia mengenai bayi tersedak susu acapkali dipaparkan di dada akhbar dan televisyen. Langkah awal perlu diambil agar perkara ini tidak berulang.

TEKNIK PENYUSUAN BAYI

Kedudukan badan

  • Pastikan posisi anda selesa. Sandarkan badan pada dinding atau menggunakan bantal kerana anda memerlukan waktu yang lama untuk menyusukan bayi.
  • Rapatkan badan anda dengan mulut bayi dan alaskan bahagian bawah bayi dengan bantal.
  • Penggunaan kusyen dan bantal lembut untuk menyokong anda dan bayi semasa penyusuan amat penting.

Cara memegang bayi

  • Pastikan kepala, leher dan tubuh bayi dalam keadaan lurus.
  • Wajah bayi dihadapkan ke arah payu dara dan hidungnya bertentangan puting payu dara ibu.
  • Bayi perlu berada rapat dengan ibu.

Cara memegang payudara

Ads
  • Cara yang betul untuk memegang payudara adalah dengan pegangan C iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain pada bahagian bawahnya.
  • Elakkan pegangan ‘gunting’ iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting manakala jari lain pada bahagian bawahnya.

POSISI PENYUSUAN

Bina Hubungan Mesra Bersama Bayi Ketika Sesi Penyusuan

Ads

Posisi mendukung/buai

  • Si ibu memangku bayi dengan lengan.
  • Kepala dan muka bayi menghadap payudara.

Posisi mendakap

  • Ibu duduk dengan badan bayi di sokong sepanjang lengan dan bahagian kaki dibalut longgar.
  • Ibu memangku bahu bayi dan memegang kepala.
  • Pastikan terdapat ruang yang cukup kepada bayi ketika menyusukannya agar bayi tidak lemas. Ibu tidak perlu membongkokkan badan kepada ke hadapan.

Posisi baring

  • Bayi baring mengiring menghadap ibu. Posisi ini sesuai untuk ibu yang hendak lebih santai dan berehat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI