
Masih ingat lagi, detik bersejarah bagi negara apabila skuad bola jaring Malaysia berjaya merangkul pingat emas di saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017). Ketika itu pasukan negara berjaya menewaskan musuh tradisi, Singapura sekaligus menamatkan kemarau pingat emas selama 16 tahun sewaktu Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2011.
Nurfariha Abdul Razak, pemain di posisi tengah merupakan salah seorang penyumbang utama kejayaan itu.


Namanya menjadi sebutan setelah berjaya mengharumkan nama negara. Dikenali dengan panggilan Fariha Razak, gadis berusia 26 tahun ini merupakan penyampai berita sukan di Astro Arena.


Fariha bukan saja hebat di gelanggang sukan malah bijak akademik. Pada tahun 2019, graduan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor ini turut menerima Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Hj Hashim pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke-63. Lebih indah, saat itu Fariha menerima anugerah tersebut dari Tuanku Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.


Menurut Fariha, ketika itu segala usaha dan pengorbanannya terbalas walau terpaksa menangguhkan pengajian selama setahun bagi mengikuti latihan menghadapi temasya Sukan SEA ke-29 pada tahun 2017. Namun segalanya berbaloi apabila pasukan mereka berjaya merangkul pingat emas dalam acara tersebut.

BAKAT ‘RARE’
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, Johor serta Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ini boleh dikatakan seorang yang serba boleh. Selain hebat di gelanggang, Fariha juga berbakat besar sebagai hos dan penyanyi.
Selain itu, Fariha juga pandai bermain gitar. Wow, hebatnya! Mengikat kontrak dengan sebuah syarikat label, Werkit Record, Fariha sudah pun mempunyai single berjudul Sama-Sama.
RAHSIA SIHAT & CANTIK
Bergelar atlet semestinya Fariha sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Sebab itulah Fariha menyediakan satu ruang khas sebagai gimnasium mini di rumahnya. Bukan saja bergelar pemain bola jaring, Fariha juga sebenarnya ahli sukan silat olahraga dan pencinta sukan lasak.
Biarpun menjalani kehidupan yang aktif setiap hari tetapi Fariha juga gemar menjaga kecantikan dan menjaga penampilan. Tonton video ini bagi mengetahui rahsia sihat dan cantik Fariha sebagai seorang atlet:-
Kredit Foto: Instagram @farihaarazak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Didik Anak Dengan Surah Luqman Sejak Awal Mengandung. Ibu Ini Kongsi Pengalaman Dihiburkan Anak Dengan Surah Luqman.

Bila dah berkahwin, masing-masing sibuk merancang untuk dapat anak. Ada yang berusaha keras nak mengandung awal dan ada juga jenis ‘follow the flow’. Bila dapat khabar gembira dah mengandung, panjang pula senarai benda do and don’ts sepanjang kehamilan termasuklah senarai ayat dan surah WAJIB baca untuk dapatkan anak yang soleh, comel, bijak dan macam-macam lagi.
Dalam perkongsian Facebook Puan Adlil Rajiah, sejak mengandungkan anak lelakinya Ashraf Haikal, surah Luqman sentiasa diamalkan sedari trimester kedua sehingga anaknya bercerai susu pada usia tiga tahun. Surah ini juga bagai menyuntik semangatnya untuk menjadi seorang ibu yang lebih baik di saat-saat dirinya sedang down.
Sejak saya mengandungkan Haikal, Surah Luqman has always been my favourite surah. Dari mengandung trimester kedua sampai lah Haikal cerai susu pada usia 3 tahun– selalu baca surah ni. .Entah lah. Somehow surah ni memberi "rasa" kepada naluri keibuan saya. .Setiap kali rasa gagal sebagai ibu–surah ini lah yang memujuk saya untuk kembali mencuba. .Setiap kali rasa macam nak terjun bangunan tak larat dah nak hadap semua benda–surah ni jugak lah yang kutip semula setiap kepingan hati yang pecah. .Sekarang, Haikal dah 7 tahun–dan dia pula yang recite surah ni untuk hiburkan hati kami sekeluarga. ?.Untuk post kali ni, saya nak share tentang intipati surah Luqman — terutama kebijaksanaan "parenting style" Luqman Al Hakim, sehingga dia dimuliakan oleh Allah dan dijadikan contoh buat seluruh umat. .Luqman Al Hakim ni bukan nabi atau rasul– malah "orang biasa" saje. Tapi disebabkan oleh kebijaksanaan dan kehalusannya dalam mentarbiyah anaknya, maka diangkat namanya dalam Al-Quran. .Pesanan2 Luqman kepada anaknya yang direkodkan dalam surah Luqman ni sebenarnya adalah "guideline" kepada ibu bapa dalam mendidik anak2, supaya anak2 selamat di dunia dan di akhirat, dan supaya kita tenang dalam lubang kubur..Parenting Tips dari Surah Luqman:.?Bina "jambatan" yang baik dengan anak, panggil dengan nama2 indah, sebelum kita terapkan tauhid, ibadah dan akidah. .? Sentiasa ingatkan anak– jangan sesekali percaya ada tuhan selain Allah. Kerana syirik– adalah satu jenayah yang amat besar..? Untuk lebih meyakinkan anak bahawa satu2nya tuhan adalah Allah– ajak mereka renung betapa magical nya alam rahim. Masa anak berada dalam rahim ibu, takde siapa yang melindungi, takde siapa yang beri kesempurnaan pada rupa fizikal, fungsi organ, dan sebagainya– melainkan Allah. Alam rahim adalah bukti kuasa dan kasih sayang Allah terhadap manusia..? Ajak anak zahirkan kepercayaannya kepada Allah– dengan mendirikan solat. .? Sambil ajar anak solat, fahamkan mereka– kenapa kena solat? Tunjuk bukti2 kewujudan Allah, dan tanya anak — cuba tengok burung tu, agaknya siapa yang bagi dia keupayaan untuk terbang? Tengok bulan, siapa yang bagi dia cahaya cantik dan bentuk bulat tepat dan tanpa gagal keluar di malam hari? Dan tengok pula diri kita, tengok tangan kaki kita, tengok mata telinga hidung kita, siapa yang bagi nikmat ni semua? Solat– adalah bukti kita terima kasih pada Allah, dan mohon Dia pelihara semua nikmat ini. .? Ajar anak solat, paling lewat pada usia 7 tahun, dan jangan gunakan rotan. Ajar dengan sabar & penuh hikmah. Umur 10 tahun– baru rotan bila anak tak solat dengan sengaja. .? Beritahu anak tentang akibat kalau tak solat– jenayah yg kita lakukan (tak solat) pasti akan dibalas di Hari Kiamat nanti. Sebutir pasir yang bergerak di dasar laut pun Allah tahu– apatah lagi bila kita tinggal solat. Allah Maha Tahu Lagi Teliti..? Didik anak solat, sebab solat yang sempurna itulah yang akan membentuk akhlak terpuji– tak sombong, lembut tutur kata, rendah diri, bijak mengawal emosi, sentiasa bersederhana– menjadi orang yang disenangi dan disayangi. .? Bula anak mula rasa kemanisan dan kenikmatan bersolat, ajak anak berdakwah dan mengajak orang lain berbuat kebaikan–amal makruf nahi mungkar. .? Berdakwah dan mengajak orang berbuat kebaikan, akan membentuk kesabaran dan kematangan dalam diri..? Ciri-ciri orang yang capai darjat tinggi di sisi Allah– sabar, tak terkesan emosi dgn keadaan sekeliling, tenang bila berbicara, tak meninggi suara dan tak sombong. .? Ajar anak bersyukur– Bagi 2 kertas pada anak: Kertas pertama suruh dia tulis apa yg dia nak, dan kertas kedua suruh dia tulis benda yg dia dah ada. Pastinya, senarai kertas pertama lebih panjang dari kertas kedua. Itu lumrah manusia– sentiasa nak apa yg belum ada di tangan. Ajar anak– tak salah untuk bercita2, tapi jangan lupa syukur dulu dengan apa yang Allah dah bagi. .? SYUKUR– dapat bantu kita create happiness dalam diri dan bijak mengawal nafsu serta emosi..? Bila kita bagi nasihat pada anak, jangan berharap anak berubah kerana nasihat kita. Sebab yg beri hidayah pada anak ialah Allah. Ibu bapa berhak mendidik anak sebaiknya, tapi ingat– Allah juga sedang mendidik ibu bapa melalui anak2. Setiap usaha kita bukan untuk dapat respon daripada anak, tapi untuk dapat respon daripada Allah..? Kisah Luqman bukan sekadar contoh dakwah seorang bapa kepada anak, tapi contoh dakwah kepada semua manusia. Bila berdakwah kepada sesiapa sahaja, pandanglah mereka seperti "anak" — dengan pandangan kasih sayang dan penuh sabar. Bila nampak orang yang masih buat kemungkaran, pandang mereka seperti anak2 kecil yang masih merangkak dalam belajar agama. .Wallahua'lam bisawwab. .Kalau korang "rasa berbekas" dengan kisah Luqman Al Hakim ni– maka bersyukurlah dengan "rasa" itu. Sesungguhnya "rasa" itu pun adalah satu nikmat besar daripada Allah. .Letak phone sekejap, pergi pada anak2–dan lihat kuasa & kasih sayang Allah pada mereka. ❤️.Selamat malam,Adlil Rajiah.Sumber: Nota peribadi saya ketika belajar Taddabur Surah Luqman dengan Ustaz Syaari Abdul Rahman
Posted by Adlil Rajiah on Friday, 25 January 2019
Setiap kali rasa gagal sebagai ibu–
surah ini lah yang memujuk saya untuk kembali mencuba.
.
Setiap kali rasa macam nak terjun bangunan tak larat dah nak hadap semua benda–
surah ni jugak lah yang kutip semula setiap kepingan hati yang pecah.
.
Sekarang, Haikal dah 7 tahun–
dan dia pula yang recite surah ni untuk hiburkan hati kami sekeluarga. ?
Satu ketika dahulu, kisah Puan Adlil Rajiah pernah viral lima tahun lepas kerana anaknya di diagnos sebagai ‘excessive screen exposure’ oleh doktor psikiatri dan mempunyai ciri-ciri sangat mirip autism. Kini anaknya sudah pulih sepenuhnya dan beliau menjadikan pengalamannya sebagai pusat rujukan ibu bapa. Kini, beliau juga banyak berkongsi ilmu dalam mengkaji manusia generasi skrin dalam laman FB dan buku yang dihasilkan.
Intipati surah Luqman yang dikongsikan pula sangat menarik kerana ia dari pengalaman beliau sendiri.
Untuk post kali ni, saya nak share tentang intipati surah Luqman — terutama kebijaksanaan parenting style Luqman Al Hakim, sehingga dia dimuliakan oleh Allah dan dijadikan contoh buat seluruh umat.
Luqman Al Hakim ni bukan nabi atau rasul– malah “orang biasa” saje. Tapi disebabkan oleh kebijaksanaan dan kehalusannya dalam mentarbiyah anaknya, maka diangkat namanya dalam Al-Quran.
“Pesanan Luqman kepada anaknya yang direkodkan dalam surah Luqman ni sebenarnya adalah guideline kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak, supaya anak-anak selamat di dunia dan di akhirat, dan supaya kita tenang dalam lubang kubur.”kata Puan Adlil.
Parenting Tips dari surah Luqman
?Bina “jambatan” yang baik dengan anak, panggil dengan nama-nama indah, sebelum kita terapkan tauhid, ibadah dan akidah.
? Sentiasa ingatkan anak– jangan sesekali percaya ada tuhan selain Allah. Kerana syirik– adalah satu jenayah yang amat besar.
? Untuk lebih meyakinkan anak bahawa satu-satunya tuhan adalah Allah. Ajak mereka renung betapa magisnya alam rahim. Masa anak berada dalam rahim ibu, takde siapa yang melindungi, takde siapa yang beri kesempurnaan pada rupa fizikal, fungsi organ, dan sebagainya– melainkan Allah. Alam rahim adalah bukti kuasa dan kasih sayang Allah terhadap manusia.
? Ajak anak zahirkan kepercayaannya kepada Allah– dengan mendirikan solat.
? Sambil ajar anak solat, fahamkan mereka– kenapa kena solat? Tunjuk bukti2 kewujudan Allah, dan tanya anak — cuba tengok burung tu, agaknya siapa yang bagi dia keupayaan untuk terbang? Tengok bulan, siapa yang bagi dia cahaya cantik dan bentuk bulat tepat dan tanpa gagal keluar di malam hari? Dan tengok pula diri kita, tengok tangan kaki kita, tengok mata telinga hidung kita, siapa yang bagi nikmat ni semua? Solat– adalah bukti kita terima kasih pada Allah, dan mohon Dia pelihara semua nikmat ini.
? Ajar anak solat, paling lewat pada usia 7 tahun, dan jangan gunakan rotan. Ajar dengan sabar & penuh hikmah. Umur 10 tahun– baru rotan bila anak tak solat dengan sengaja.
? Beritahu anak tentang akibat kalau tak solat– jenayah yg kita lakukan (tak solat) pasti akan dibalas di Hari Kiamat nanti. Sebutir pasir yang bergerak di dasar laut pun Allah tahu– apatah lagi bila kita tinggal solat. Allah Maha Tahu Lagi Teliti.
? Didik anak solat, sebab solat yang sempurna itulah yang akan membentuk akhlak terpuji– tak sombong, lembut tutur kata, rendah diri, bijak mengawal emosi, sentiasa bersederhana– menjadi orang yang disenangi dan disayangi.
? Bula anak mula rasa kemanisan dan kenikmatan bersolat, ajak anak berdakwah dan mengajak orang lain berbuat kebaikan–amal makruf nahi mungkar.
? Berdakwah dan mengajak orang berbuat kebaikan, akan membentuk kesabaran dan kematangan dalam diri.
? Ciri-ciri orang yang capai darjat tinggi di sisi Allah– sabar, tak terkesan emosi dgn keadaan sekeliling, tenang bila berbicara, tak meninggi suara dan tak sombong.
? Ajar anak bersyukur– Bagi 2 kertas pada anak: Kertas pertama suruh dia tulis apa yg dia nak, dan kertas kedua suruh dia tulis benda yg dia dah ada. Pastinya, senarai kertas pertama lebih panjang dari kertas kedua. Itu lumrah manusia– sentiasa nak apa yg belum ada di tangan. Ajar anak– tak salah untuk bercita2, tapi jangan lupa syukur dulu dengan apa yang Allah dah bagi.
? SYUKUR– dapat bantu kita create happiness dalam diri dan bijak mengawal nafsu serta emosi.
? Bila kita bagi nasihat pada anak, jangan berharap anak berubah kerana nasihat kita. Sebab yg beri hidayah pada anak ialah Allah. Ibu bapa berhak mendidik anak sebaiknya, tapi ingat– Allah juga sedang mendidik ibu bapa melalui anak2. Setiap usaha kita bukan untuk dapat respon daripada anak, tapi untuk dapat respon daripada Allah.
? Kisah Luqman bukan sekadar contoh dakwah seorang bapa kepada anak, tapi contoh dakwah kepada semua manusia. Bila berdakwah kepada sesiapa sahaja, pandanglah mereka seperti “anak” — dengan pandangan kasih sayang dan penuh sabar. Bila nampak orang yang masih buat kemungkaran, pandang mereka seperti anak kecil yang masih merangkak dalam belajar agama.
Sempat juga beliau titip pesanan untuk ibu bapa:
“Tinggalkan handphone masing-masing dan bersamalah anak-anak. Lihat kuasa dan kasih Allah pada mereka.”katanya.
Sumber: Nota peribadi saya ketika belajar Taddabur Surah Luqman dengan Ustaz Syaari Abdul Rahman (Laman FB Adlil Rajiah)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari Ini Milik Makcik Kiah

Subuh tadi, Makcik Kiah bangun tersenyum syukur. Menarik nafas panjang dan menggerakkan tubuh manja. Alhamdulillah untuk satu hari lagi kehidupan, terima kasih Allah untuk nafas hari ini.
Makcik Kiah bangun menunaikan kewajipan solat Subuh dengan tenang tanpa perlu memikirkan hari semalam yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga, berfikir tentang esok yang belum tentu kedatangannya.
Selesai solat Subuh, Makcik Kiah masih duduk di sejadah sambil menadah tangan berdoa, berzikir dan membaca serta memahami Al-Quran dengan sekhusyuknya kerana hari ini adalah harinya, maka Makcik Kiah manfaatkan hari itu sebaik-baiknya.
Makcik Kiah anggap masa hidup hanya hari ini sahaja, seakan-akan dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Tidak mahu tersepit di antara masa lalu dengan pelbagai rasa sedih dan kegundahan atau memikirkan masa depan belum pasti dan mungkin menakutkan.
Hari ini, Makcik Kiah mulai membahagi waktu dengan bijak. Jadikan setiap minit itu seperti ribuan tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun, tanamkan segala kebaikan sebanyak-banyak pada hari itu. Makcik Kiah menyusun pelbagai aktiviti untuk pastikan segalan keindahan dan kebaikan itu ada pada hari ini.
Dengan rasa itu membuatkan hidup Makcik Kiah merasa aman dan tenteram, berdoa sungguh-sungguh untuk memohon keampunan Allah, menghabiskan masa bersama keluarga dengan tugas-tugas memasak dan mengemas rumah, dengan tangan terbuka dan rasa syukur.
Makcik Kiah tanamkan semangat positif dalam diri bahawa hari ini adalah miliknya. Bersyukur dapat makan nasi yang harum baunya, maka tidak lagi berfikir tentang nasi yang telah dimakan semalam.
Ada juga Makcik Kiah terfikir tentang apa nak dimasak esok, padahal esok masih angan-angan. Lalu Makcik Kiah terus menikmati nikmat hari ini dengan semangat dan tekad. Prinsip inilah membuatkan Makcik Kiah menyibukkan diri setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan.
Makcik Kiah tidak lagi membuang masa dengan tidak berfaedah, bergosip tentang artis bersama teman, tidak berkongsi fitnah atau perkara negatif melalui talian WhatsApp atau membenci orang lain. Kerana hanya hari ini, Mak Cik tidak mahu menyerabutkan keadaan. Biar semua berlalu dengan tenang dan bermakna untuk dirinya dan orang tersayang.
Hari ini juga, Makcik Kiah manjakan diri dengan membersihkan diri, jaga penampilan agar kelihatan cantik dan rapi. Pada waktu yang sama Makcik Kiah sempat membuat sumbangan derma melalui Tabung Prihatin COVID-19.
Makcik Kiah amat menghargai kehidupan hari ini dan sempat mengucapkan pada dirinya, “Wahai masa lalu yang telah selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi pemergianmu. Aku tidak mahu termenung untuk mengingati segala yang berlaku. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tidak akan kembali lagi.
Wahai masa depan yang belum pasti kemunculannya. Aku hanya mampu berdoa yang sebaik-baiknya bila ketibaan itu dan pasti akan bersyukur kala Allah memberi aku nafas untuk hadapi kehidupan seterusnya. Dan aku tanamkan dalam diri untuk buat yang terbaik pada hari-hari yang bakal aku jalani, insyaAllah,” bicara Makcik Kiah sambil menutup buku bertajuk Don’t Be Sad yang menjadi inspirasi dalam hidupnya. Kiffy Razak
Sumber Ilustrasi: @NPR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
GINGER Spice Girls Kini Bergelar Dr Halliwell-Horner, Terima Ijazah Kehormat Dari Universiti Ternama

Ketika menerima Ijazah Kehormat, bekas anggota kumpulan Spice Girls, Geri Halliwell-Horner menekankan betapa pendidikan adalah sangat penting dan mempunyai impak yang sangat besar dalam kehidupan seseorang.

Terkenal dengan panggilan Ginger Spice, dia yang kini bergelar Dr Halliwell-Horner menerima ijazah tersebut pada majlis graduasi Universiti Sheffield Hallam baru-baru ini.


“Saya suka belajar, satu perasaan yang sangat hebat berada di sini,” katanya ketika berucap di hadapan ratusan graduan. Halliwell kini berusia 50 tahun.
Universiti Sheffield Hallam memaklumkan, pemilihan Halliwell adalah sebagai mengiktiraf komitmennya yang menjadi inspirasi kepada kanak-kanak serta golongan muda di samping memperjuangkan hak wanita. Halliwell juga sukses dan cemerlang dalam industri muzik sejak 25 tahun lalu.
“Universiti Sheffield Hallam adalah sebuah institusi yang menakjubkan dan inklusif.
“Apabila mereka menawarkan Ijazah Kehormat ini, saya rasa sangat berbesar hati dan berterima kasih,” kongsi Halliwell.
Halliwell turut menjelaskan biarpun tidak melanjutkan pelajaran ke universiti tetapi dia sangat meminati subjek kesusasteraan Inggeris semasa di peringkat A-Level sebelum memilih untuk memulakan karier seninya bersama Spice Girls.
Untuk info penyanyi, penulis lagu, pengarang buku serta pelakon ini mula menempa nama dalam industri muzik sekitar era 90an bersama kumpulan terkenal Spice Girls.
Halliwell bagaimanapun mengundur diri daripada Spice Girls pada tahun 1999 untuk memulakan kerjaya solonya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


