Salah satu acara yang dinanti-nantikan di Academy Awards ke-91 yang berlangsung di Dolby Theater, Los Angelas sudah pastinya acara red carpet. Selebriti terkenal antarabangsa memperagakan busana ilham pereka terkenal yang menjadi tumpuan pada malam tersebut.

IKLAN

Siapa sangka, acara red carpet kali ini mampu menjadi kebanggaan Asia. Filem popular yang banyak diperkatakan iaitu “Crazy Rich Asians” mempersembahkan para bintangnya dalam balutan gaun yang cukup menawan sekaligus menjadi tumpuan di anugerah berprestij itu.

Constance Wu

Constance Wu tiba di karpet merah Oscar 2019 dengan salah satu pilihan mode yang dipandang paling berani. Wu mengenakan gaun atelier karya Versace yang benar-benar memukau dengan warna kuning kenarinya, berleher off shoulder yang dihiasi kristal. Wu melengkapi penampilannya dengan perhiasan Neil Lane dan dandanan rambut pony tail.

Michelle Yeoh

Aktres yang berasal dari Malaysia, Michelle Yeoh di antara bintang yang tampil cukup menawan. Yeoh tiba di karpet merah dengan mengenakan ball gown ala princess bermotif perak warna-warni rekaan pereka popular Elie Saab. Rambut sang bintang “Crouching Tiger, Hidden Dragon” ini dibiarkan lepas megurai. Yeoh melengkapi penampilannya dengan anting-anting panjang, gelang, dan clutch berwarna perak.

IKLAN

Gemma Chan

IKLAN

Belum selesai terpesona dengan aura magis oleh Wu dan Yeoh, fokus kamera juga menangkap kemewahan nyata yang diperagakan oleh aktres filem Crazy Rich Asian itu, Gemma Chan. Chan tiba di red carpet dengan gaun Valentino Haute Couture. Gaun cantik berwarna merah jambu terang tersebut cukup breathtaking sekaligus memeriahkan acara red carpet. Chan sengaja mengikat rambutnya untuk dipadankan dengan rekaan leher ala era victoria dan menghiasi kedua sisi telinganya dengan anting-anting kontra jenama Bulgari.

Henry Golding

tidak mahu kalah dengan para selebriti wanita, actor utama dalam filem tersebut terliaht cukup tampan dalam tuksedo lengkap rekaan Ralph Lauren. Tampil cukup kemas dengan sisiran rambut klasik yang memberi sisi elegan dan eksklusif tiada tara.