Mungkin ada di kalangan wanita yang agak kurang yakin menggayakan skirt labuh. Apa kata sekali skala cuba berekspresi dalam berbagai-bagai gaya skirt agar penampilan dirimu tampak berbeza.

IKLAN

Berikut dikongsikan beberapa tip untuk memilih skirt labuh sesuai dengan bentuk fizikal dan personaliti diri anda.

SKIRT LABUH DENGAN PERINCIAN LIPATAN

Tidak hanya sekadar skirt labuh biasa, anda boleh mencuba skirt labuh dengan perincian lipatan. Jenis skirt labuh begini biasanya menggunakan fabrik sifon. Padu padankan dengan kemeja-T atau blaus yang ringkas. Daripada segi saiz pula, pilih skirt labuh dengan ukuran sederhana bersesuaian dengan mood kasual.

Boleh Saja Nak Pakai Skirt Labuh Asal Sesuai  Dengan Fizikal Dan Personaliti

SKIRT LABUH YANG SELESA

Dalam apa jua gaya fesyen soal keselesaan jadi keutamaan. Ini kerana keselesaan mampu menentukan gaya. Jika perincian skirt labuh terlalu penuh dan berlebihan, ia boleh menjejaskan pergerakan anda. Oleh itu pastikan anda memilih skirt labuh yang anda selesa pakai.

PILIH TEMA KASUAL

Gaya utama yang harus anda terapkan ialah gaya kasual dan ringkas. Pilih sahaja skirt labuh daripada bahan denim atau kapas. Elakkan sama sekali memakai skirt labuh daripada fabrik kulit mahupun satin. Skirt sebegini sesuai untuk digayakan ketika bersiar-siar.

IKLAN

PADUAN SUAI PADAN YANG TEPAT

Jika anda suka menggayakan skirt labuh daripada fabrik denim maka penampilan anda haruslah kasual. Anda boleh memaksimumkan gaya dengan kombinasi blaus polos yang diserasikan dengan jaket denim. Dengan cara ini gaya anda akan kelihatan lebih santai dan ranggi.

BERANI BERMAIN MOTIF

IKLAN

Jika anda seorang yang berani mencuba dan suka bereksperimen dengan fesyen, anda boleh memilih skirt labuh dengan aneka corak sama ada kotak-kotak, jalur dan juga cetakan flora. Jika anda mengenakan skirit labuh dengan corak flora, gandingkan bersama item yang polos sama ada blaus, kardigan dan sebagainya. Corak yang dipilih juga seelok-eloknya yang kecil dan ringkas. Elakkan daripada memilih corak-corak besar kerana ia akan menyebabkan perhatian tertumpu pada bahagian tersebut.

Boleh Saja Nak Pakai Skirt Labuh Asal Sesuai  Dengan Fizikal Dan Personaliti

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI