Ads

Bosan Dengan Baju-Baju Sedia Ada? Ubah Gaya PENAMPILAN YANG LESU Dengan 3 Tip Mudah Ini!

Kekangan masa kadangkala membuatkan anda tidak sempat untuk bersiap. Ditambah tugas harian yang padat membuatkan penampilan anda lesu dan tidak bermaya.

Namun ada cara mudah yang boleh dipraktikkan agar gaya anda sentiasa tampak menarik dan memukau. Nona kongsikan 3 tip mudah untuk ubah penampilan lesu kepada gaya yang lebih trendy dan stailo!

(1) KOT BERBULU

Bosan Dengan Baju-Baju Sedia Ada? Ubah Gaya PENAMPILAN YANG LESU Dengan 3 Tip Mudah Ini!

Ads

Kot berbulu adalah antara item yang mempunyai aura yang kuat. Tidak kiralah jika anda menggayakan baju-T kosong bersama denim atau dress paras bawah lutut, sarungkan saja kot berbulu dan stail anda sudah sempurna!

(2) SUBANG DEMPAK

Bosan Dengan Baju-Baju Sedia Ada? Ubah Gaya PENAMPILAN YANG LESU Dengan 3 Tip Mudah Ini!

Ads

Ya! Subang memang memainkan peranan penting. Ini kerana ia berdekatan dengan wajah anda. Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersolek, sekurang-kurangnya pakai subang dempak untuk menutupi wajah lesu anda.

Pilih warna-warna ceria seperti jingga, hijau atau merah. Antara lain, anda juga boleh memilih anting-anting labuh berlabuci bagi memenuhi ‘kekosongan’ pada sekitar bahu anda.

Ads

(3) BAJU-T BERMOTIF

Bosan Dengan Baju-Baju Sedia Ada? Ubah Gaya PENAMPILAN YANG LESU Dengan 3 Tip Mudah Ini!

Jika anda memakai helaian seperti ini, lampirkan ia dengan denim kosong atau skirt polos. Elakkan memakai rantai ataupun subang kerana ia akan memberi kesibukan pada gaya anda.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Majlis Rumah Terbuka Noor Nabila Mewah & Indah

‘Macam Majlis Kahwin!’ Rumah Terbuka Noor Nabila Mewah & Glamor, Siap...

Sememangnya Noor Nabila mempunyai cita rasa mewah dan elegan. Tengok saja bagaimana kakak kepada Noor Neelofa ini menganjurkan Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri pada 18 April lalu. Kemewahan acara tersebut menjadi bualan hangat peminat. Sehingga ramai yang menyangka Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd bernikah pada tarikh tersebut.