Ads

Bright Hill Islamic Montessori School, Mendidik Setiap Anak Seperti Anak Sendiri

Bright Hill Montessori School
Bright Hill Montessori School

Bright Hill Islamic Montessori School membawa aspirasi pendidikan awal kanak-kanak dengan prinsip mendidik setiap anak seperti anak sendiri. Diasaskan oleh Puan Norlinda Daud yang berpengalaman lebih dua dekad dalam bidang pendidikan, Bright Hill memberi tumpuan bukan sahaja kepada kecemerlangan akademik, malah perkembangan keyakinan, sahsiah, komunikasi dan keberanian anak-anak sebagai asas penting dalam membentuk masa depan mereka.

Sebelum berjaya mendidik anak orang lain, saya mesti buktikan saya mampu mendidik anak sendiri,” begitulah prinsip yang dipegang Puan Norlinda sejak lebih dua dekad lalu.

Baginya, pendidikan bukan sekadar teori, sijil atau mengikut trend. Sebaliknya, sesuatu pendekatan perlu difahami, diamalkan dan dilihat sendiri keberkesanannya.

Sebelum dikenali sebagai pengasas Bright Hill, Puan Norlinda pernah bekerja sebagai pereka dalaman dan arkitek sebelum meneruskan kerjaya dalam sektor perbankan. Namun perjalanan hidupnya berubah apabila beliau membuka kelas tuisyen kecil-kecilan di rumah.

Bermula dengan mengajar adiknya sendiri sebelum disertai rakan-rakan adiknya, pengalaman tersebut membuatkan beliau menyedari bahawa tugas seorang pendidik jauh lebih besar daripada sekadar menyampaikan pelajaran. Pendidikan mampu membina keyakinan, mencungkil potensi dan akhirnya menentukan bagaimana seorang anak melangkah ke masa depan.

Bright Hill Islamic Montessori School Percaya Pendidikan Awal Bermula Dari Rumah

Selepas berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, fokus Puan Norlinda terhadap dunia pendidikan semakin mendalam.Bagi saya, sekolah pertama seorang anak ialah rumah.” 

Dari pengalaman sendiri, beliau mendidik sendiri anak-anak sejak kecil sambil terus mempelajari perkembangan awal kanak-kanak dan pelbagai kaedah pembelajaran termasuk fonik, yang kemudiannya menjadi antara asas pembelajaran di Bright Hill.

Bright Hill Montessori School
Bright Hill Islamic Montessori School

Menariknya, setiap ilmu dan pendekatan yang dipelajari akan terlebih dahulu diaplikasikan kepada anak-anak sendiri. Apabila menunjukkan keberkesanan, barulah pendekatan tersebut diperkenalkan kepada anak-anak lain.

Ads

Bagi beliau, pendidikan bukan sekadar teori, bukan sekadar sijil dan bukan juga sekadar mengikut trend. Segala yang diajar kepada ribuan anak di Bright Hill hari ini terlebih dahulu melalui satu proses yang sangat penting. Ia diuji, diamalkan dan dibuktikan pada anak-anaknya sendiri.

Hari ini, perjalanan empat anaknya menjadi antara bukti kepada falsafah pendidikan yang dipegangnya. Anak sulung, Dr. Fatin Nabilah merupakan seorang doktor di Warwick Hospital, United Kingdom. Anak kedua berada di tahun akhir pengajian Kejuruteraan Mekanikal di University of Nottingham. Sementara itu, anak ketiga dan keempat yang merupakan pasangan kembar sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan masing-masing di University of Southampton dan University of Nottingham.

Bright Hill Montessori School
Bright Hill Islamic Montessori School
Bright Hill Montessori School
Bright Hill Islamic Montessori School

Bagi Puan Norlinda, kejayaan tersebut bukan semata-mata untuk dibanggakan menerusi pencapaian akademik. Sebaliknya, ia mengukuhkan keyakinannya bahawa asas pendidikan yang tepat sejak usia kecil mampu membantu membentuk seorang anak menjadi individu berdisiplin, yakin dan berdikari.

“Kalau saya sanggup berikan yang terbaik kepada anak saya sendiri, kenapa saya tidak berikan perkara yang sama kepada anak orang lain?” ujarnya.

Bright Hill Montessori School
Bright Hill Islamic Montessori School
Bright Hill Montessori School
Bright Hill Islamic Montessori School

Bright Hill Islamic Montessori School Bukan Sekadar Mengejar Kecemerlangan Akademik

Prinsip tersebut akhirnya menjadi asas kepada pendekatan pendidikan di Bright Hill Islamic Montessori School. Di Bright Hill, pendidikan awal tidak hanya tertumpu kepada kebolehan membaca, menulis dan mengira. Kelas membaca menggunakan kaedah fonik dilengkapi dengan aktiviti komunikasi dan pembentangan yang bertujuan membantu kanak-kanak membina keyakinan sejak usia muda.

Ads

Malah, mereka turut didedahkan kepada pelbagai pengalaman menerusi program sukan seperti tenis dan renang, piano, Speech & Drama serta aktiviti luar bilik darjah. 

Semua ini bukan diwujudkan semata-mata kerana mengikut trend pendidikan semasa. Sebaliknya, Puan Norlinda sendiri telah melihat bagaimana pengalaman yang pelbagai membantu anak-anak membina keberanian, kemahiran sosial dan keupayaan menyesuaikan diri dengan dunia di sekeliling mereka.

Bright Hill Montessori School
Bright Hill Islamic Montessori School

Beliau percaya kecemerlangan akademik sahaja tidak mencukupi. Seorang anak juga perlu tahu berkomunikasi, bergaul, menghormati orang lain, menyelesaikan masalah dan mempunyai keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Inilah antara sebab mengapa pemilihan pendidikan awal yang tepat menjadi keputusan penting buat ibu bapa. Pada usia tiga hingga enam tahun, anak bukan sahaja sedang belajar mengenal huruf dan nombor, tetapi sedang membina asas personaliti, keyakinan serta cara mereka berinteraksi dengan dunia.

Ads

Bright Hill Islamic Montessori School Membina Generasi Masa Depan

Demi memastikan pendekatan pendidikan Bright Hill terus berkembang, Puan Norlinda tidak pernah berhenti menuntut ilmu. Beliau meneroka kaedah pendidikan awal kanak-kanak di beberapa negara termasuk New Zealand, Jepun, Portugal dan United Kingdom.

Ilmu dan pengalaman tersebut kemudiannya dibawa pulang serta disesuaikan dengan keperluan perkembangan kanak-kanak di Malaysia. Dengan pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak sejak tahun 1999, beliau turut menghasilkan beberapa buku pembelajaran yang digunakan khusus di Bright Hill.

Sehingga hari ini, lebih 5,000 kanak-kanak berusia antara tiga hingga enam tahun telah menerima pendidikan melalui pendekatan yang dibangunkannya, dengan ramai daripada mereka kini telah melangkah lebih jauh dalam perjalanan pendidikan dan bidang masing-masing.

Lebih daripada sebuah institusi pendidikan, Bright Hill lahir daripada pengalaman seorang ibu yang percaya setiap anak mempunyai potensi apabila diberikan ilmu, pengalaman dan persekitaran yang tepat.

Kerana pendidikan terbaik bukan tentang siapa paling cepat membaca atau memperoleh markah paling tinggi. Pendidikan yang baik ialah apabila seorang anak membesar menjadi insan berilmu, berakhlak, berkeyakinan, berani mencuba dan bersedia menghadapi kehidupan.

Dan bagi Puan Norlinda, itulah legasi yang mahu dibina melalui Bright Hill Islamic Montessori School, bukan sekadar melahirkan anak-anak yang cemerlang di sekolah, tetapi membantu membentuk sebuah generasi yang bersedia pergi lebih jauh.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/legasi-malaysia100-malaysia-2057/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Reen Rahim Mahu Bahagiakan Ibu Bapa

“Baba Dah Boleh Rehat, Pass Kat Kami,” Reen Rahim Mahu Tunai...

MasyaAllah, sejuk perut ibu mengandung dikurniakan seorang anak yang baik dan sangat menghargai kedua-dua ibu bapa. Perkongsian Reen Rahim yang sentiasa meratukan ibu dan membahagiakan bapa tersayang di media sosial bukan lagi perkara asing.