Pernah tak dengar kawan-kawan yang tengah berdiet berkata mereka langsung tidak mengambil gula dalam pemakanan. Ada juga yang elak garam kerana bimbang selera makan bertambah sebab menikmati makanan yang sedap. Betul ke cara diet yang diamalkan itu? Sebenarnya garam dan gula dalam masakan atau juga minuman hanya sebagai bahan perisa. Namun, apabila garam dan gula diambil secara berlebihan dan membiasakan pola makan tidak sihat sejak muda, boleh mengundang risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi, gangguan jantung, dan gangguan ginjal.

IKLAN

Buang Garam & Gula Dalam Diet Boleh Kurus, Betul Ke?

Gula digunakan kebanyakan sel dalam badan seperti otak dan otot. Hampir seluruh tenaga untuk otak bekerja dibekalkan secara eksklusif oleh glukosa. Kehadiran glukosa ini boleh mempengaruhi otak kita untuk berfungsi.

Gula yang berlebihan disimpan sebagai lemak dalam tubuh, boleh menyebabkan obesiti. Malah, jika sentiasa mengambil makanan yang manis, kita berpeluang besar untuk menghidap penyakit diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis. Kesan jangka masa panjang adalah kerosakan buah pinggang dan masalah jantung.

Buang Garam & Gula Dalam Diet Boleh Kurus, Betul Ke?

Garam mengandungi 40 peratus sodium iaitu sejenis bahan galian yang penting untuk menyelaraskan keseimbangan kandungan air di dalam badan. Sodium juga penting dalam menentukan perjalanan otot-otot dan saraf, penyerapan zat-zat makanan ke dalam sel-sel dan juga kepada keseimbangan bahan-bahan asid di dalam darah dan air kencing.

Garam yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami dehidrasi, iaitu kekurangan air di dalam sel dan tisu badan kerana air mengalir masuk ke dalam pembuluh darah. Ini menjadi punca yang menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Kesan jangka panjang akibat darah tinggi adalah masalah jantung, kerosakan buah pinggang, dan risiko strok.

Buang Garam & Gula Dalam Diet Boleh Kurus, Betul Ke?

IKLAN

SOLUSI

Rasa manis dan masin itu perlu dipelihara untuk mencipta rasa tetapi boleh diganti dengan bahan semula jadi tanpa gula dan garam. Stevia adalah contoh pengganti gula yang diperoleh dari daun pokok dengan memiliki nilai kalori lebih rendah. Selain itu, madu dan gula perang juga adalah pengganti gula yang baik. Sebagai pengganti garam, guna rempah-rempah dan perasa seperti air lemon, jeruk nipis, bawang putih dan bawang bombay.

Bahan semula jadi adalah yang terbaik. Jadi pengambilan bahan semula jadi tidak berisiko dalam kesihatan diri. Makanan segar dan semula jadi mempunyai nilai kesihatan yang lebih tinggi berbanding makanan yang diproses. Penggunaan bahan kimia seperti bahan awet dan pewarna yang dicampurkan semasa penyediaan makanan proses boleh memudaratkan kesihatan.

IKLAN

Buang Garam & Gula Dalam Diet Boleh Kurus, Betul Ke?

Terdapat juga golongan yang terlalu ketagih dalam pengambilan gula dan garam. Oleh itu, elak membeli dan menyimpan terlalu banyak minuman bersirap atau kordial di rumah. Sediakan sekadar hanya untuk keperluan jika ada tetamu yang berkunjung. Mengurangkan kadar penggunaan garam adalah satu perkara yang mudah. Hanya campur kadar garam yang paling minima ke dalam makanan semasa memasaknya. Gunakan keju yang tidak bergaram dan cuba kurangkan ataupun elakkan daripada mengambil makanan-makanan siap yang mengandungi garam yang banyak.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI