Kagum dengan pendekatan usahawan kosmetik, Ili Zawani Ismail merencana dan menguruskan empayar niaga miliknya, Farmasi Color Cosmetics (FCC). Dia bukan hanya mementingkan kualiti dan keuntungan semata-mata. Malah turut memastikan setiap pekerja mendapat ilmu agama secukupnya melalui kelas yang diadakan di pejabat FCC. Tergamam seketika mendengar pengakuan Ili. Dalam kesibukan mencari kesenangan dunia… Pengarah Urusan FCC ini tidak lupa menambah bekalan akhirat!
“My mom adalah tunggak utama yang selalu ingatkan anak-anak mengenai agama. Kita ni nakal-nakal juga, tapi bukanlah jahat sebab ada mak yang selalu ingatkan dan pantau. Sesungguhnya islam agama indah… lebih-lebih lagi bila kita dapat menjadikan ia sebagai panduan dalam hidup,” ujarnya memulakan bicara.
Mengagumi dakwah ulama terkemuka seperti Mufti Menk, Ili turut menjadikan Profesor Muhaya sebagai sumber inspirasi. “Mereka ini banyak memberi gambaran sisi menarik tentang Islam. Mereka juga buat kita mahu kejar kejayaan dunia tapi dalam masa sama ultimate purpose adalah untuk kejar akhirat.
Bagi saya sendiri… bila bisnes yang diusahakan kian berkembang, ia sekaligus membuka peluang kepada saya untuk ambil lebih ramai orang bekerja, boleh tolong orang yang susah dan sebagainya.
Kalau tak ada source of income, macam mana nak tolong. Islam tu mudah, jalan semua dah ada. Cuma macam mana kita faham dan amalkan.”
Tambah ibu tiga anak ini lagi, “Pernah dulu saya jemput seorang ustaz datang ke office. Saya peruntukkan selama sejam untuk semua team berhenti kerja sekejap dan pergi attend kelas ustaz ini.
Ads
Dalam kelas tersebut, kami buat kelas mengaji Al-Quran, tadabur, baca sejarah Rasulullah SAW dan bila dah habis baca buku tu… kami belajar tauhid pula. Setiap hari.
Kami baru stop kelas ini pada hujung tahun lepas bila ustaz beritahu dia pergi mengerjakan haji. Rasanya memang kena terus buat kelas ini balik. Bak kata my mom, kalau kita busy je dengan dunia… bila pula hendak cari akhirat.
Kalau mati tengah sibuk dunia macam mana. Dan dia juga pesan kalau susah sangat hendak pergi kelas, dia minta ustaz untuk datang ke pejabat. Jadi tak ada lagi alasan.”
Ads
Memulakan perniagaan ketika masih menyambung pengajian dengan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), ayahnya iaitu Ismail Kamin memilih Ili meneruskan legasi minyak wangi yang diusahakan ketika itu.
“Pada usia 20 tahun, apalah sangat pengalaman yang ada. Waktu itu juga saya masih dalam pengajian tahun akhir di kolej. Tanpa berbekalkan ilmu perniagaan, saya sahut cabaran ayah dengan niat untuk membantunya. Di situlah segalanya bermula.
Daripada satu lawatan di sebuah ekspo kecantikan membuatkan saya tertarik untuk membawa jenama FCC ke Malaysia. Ketika itu FCC sudahpun mencipta nama di Istanbul, Turki. Di situlah juga jenama FCC dilahirkan dan mula mendapat tempat di kalangan rakyat Timur Tengah.
Setelah diteliti dari segi kualiti produk dan harganya yang berpatutan, saya semakin tertarik serta memikirkan cara untuk membawanya ke pasaran Malaysia.”
Ads
Jelas isteri Mohd Aminolrasyid Mohd Fauzi yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Perakaunan Universiti Oxford Brookes, “Awal-awal dulu, saya berdepan dengan cabaran komunikasi yang besar. Jurang usia menyukarkan lagi rencana perniagaan saya dengan orang yang lebih berusia. Apa yang mereka fikir tidak sama dengan apa yang saya mahukan.
Pun begitu, dorongan dan semangat yang diberikan oleh keluarga dan orang sekeliling menjadi pemangkin kepada saya agar melangkah lebih baik lagi. Saya perlu buktikan bahawa amanah yang dipikul ini mampu dipikul sebaik mungkin. Kata orang, biar kalah berusaha daripada terus mengalah.”
Ili merupakan penganjur utama dan juri tetap program realiti digital pertama pencarian makeup artist Fabulous MUA Nona x FCC.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Generasi muda harus mempunyai banyak inovasi dan keberanian untuk membawa perubahan, termasuk perubahan dalam persekitaran kehidupan terdekat mereka. Itulah yang dilakukan oleh Rima Sultana Rimu apabila melihat kawasan di mana dia dibesarkan.
Dibesarkan dalam keluarga petani kampung yang sederhana, Rima telah menunjukkan keberanian serta keazaman yang luar biasa dalam memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak sejak kecil.
Rima mengadakan bengkel mengenai hak wanita, kesihatan seksual dan reproduktif, dan mencegah keganasan terhadap wanita.
Dia mempertahankan hak wanita Rohingya dan mengajar betapa pentingnya melindungi hak wanita dalam situasi krisis.
Beri Inspirasi Dengan Keberanian & Keazaman
Rima membawa misi ini ke pelbagai forum antarabangsa dan mencipta namanya di kalangan aktivis dunia. Antaranya, Rima dimasukkan dalam senarai BBC 100 Women pada 2020.
Rima dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 wanita yang memberi inspirasi dan berpengaruh di dunia oleh BBC.
Rima menjadi inspirasi kepada wanita dan kanak-kanak lain di kem pelarian Rohingya kerana kecekalan dan keazamannya dalam mengangkat martabat wanita dan memperkasakan orang ramai untuk mengatasi halangan dan mencapai impian mereka.
Rima Sultana Rimu menjadi contoh luar biasa seorang wanita muda dari Generasi Z yang berani dan berdedikasi terhadap persekitaran tempatnya tinggal dan mampu membuat perubahan di dunia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tembok keselamatan yang menempatkan The National Aeronautics and Space Administration (NASA) di Amerika Syarikat dikawal ketat anggota tentera bertubuh sasa, lengkap berseragam kemas dengan senjata api di sisi. Bukan sebarangan individu yang diberi akses, kecuali pakar-pakar sains dunia dan pelawat tertentu untuk masuk ke dalamnya.
Namun seorang wanita Malaysia bernama Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim, beliau mendapat greenlight sama seperti kelebihan yang diterima warga Uncle Sam di sana. Kelebihan itu cukup membanggakan negara kerana perwakilan NASA sendiri yang memilih perkhidmatan dan kepakaran beliau, seorang warga negara Malaysia dalam salah satu kajian penting kelolaan NASA.
Apa agaknya kelayakkan yang membuatkan Dr Wan Amani dipilih untuk menrajui projek mega di NASA?
“Bekerja dengan orang putih ini mudah sahaja. Asalkan kita ada brain dan skill, mereka akan meletakkan kita sebaris dengan saintis-saintis lain walaupun berlainan negara, bangsa dan agama. Di dalam projek tersebut, saya berjaya meraih kepercayaan mereka dalam mengendalikan kajian.
Rasa berbaloi 16 jam saya dedikasikan waktu di dalam makmal hanya untuk melihat projek itu berjaya. Mereka nampak keupayaan kita untuk bekerja, bukan menilai kita dari warna kulit, darjat dan latar keluarga,” ujar Dr. Amani.
Ha, kata kuncinya adalah RAJIN dan DETERMINATION! Tambah Dr Amani lagi, kesungguhan yang diterapkan dalam setiap pekerjaan dilakukan adalah sesuatu yang positif untuk diikuti. Malah dia sendiri kagum dengan kelebihan yang dimiliki wanita Malaysia yang memikul pelbagai tanggungjawab termasuk menguruskan keluarga tetapi pada masa sama, masih boleh Berjaya.
“Jelas terlihat wanita di Malaysia sebenarnya memikul banyak tanggungjawab dan they are wearing many hats. Saya sendiri kagum melihat saintis Malaysia, kawan-kawan saya yang boleh berjaya walaupun perlu menguruskan suami dan anak-anak. Pada masa sama, mereka juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga dan ada yang ingin meneruskan minat dalam bidang diceburi. It’s a standing ovation to all of them!”
Bersempena bulan kemerdekaan ini, sesuai benar jika kita dapat mencontohi kesungguhan Dr Amani untuk mencipta kejayaan yang boleh membanggakan negara. Banyak lagi kisah yang Dr Amani kongsikan untuk pembaca Nona.
Jadi, jangan lupa dapatkan naskhah Nona edisi Ogos 2019 untuk menanam semangat kenegaraan dalam jiwa!
Kredit foto: Facebook Leading Ladies Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengacara dan pelakon versatile Nabila Huda cukup terkenal dengan watak-watak antagonis dalam drama mahupun filem serta sikapnya yang ‘gila-gila’ dalam pengacaraan.
Kredit Foto: Instagram Nabila Huda.
Nabila Huda atau mesra dengan panggilan Abil merupakan anak sulung kepada penyanyi rock legenda tanahair, Datuk Amy Search.
Kredit Foto: Instagram Amy Search
RAJIN MASAK
Terbaru, Abil sering berkongsi di media sosial tentang aktiviti-aktivitinya bersama Keisha termasuklah rutin menyiapkan menu sarapan atau bekal ke sekolah buat Keisha.
Bagi yang mengikuti akaun Tiktok dan Instagram Nabila Huda pasti akan teruja melihat menu-menu yang disajika setiap hari. Bukan calang-calang menu tau.
Salah satu menu bekal sekolah yang dimasak oleh Nabila Huda untuk anaknya. (Kredit Foto: Instagram Nabila Huda)
Paling menarik perhatian ramai ialah menu daging wagyu untuk bekal ke sekolah Keisha.
Wow, siap dengan buah dan sayur, complete set! Cantik je susunannya. Yang penting mudah, cepat dan sedap.
Kredit Foto: Instagram Nabila Huda.
Rata-rata para peminat dan pengikutnya merasa sangat kagum serta memuji Abil yang rajin dan konsisten dengan tugasnya sebagai isteri dan ibu.
Kredit Foto: Instagram Keisha Laila.
Salute betul dengan Abil yang bijak menguruskan masanya untuk suami dan anak walaupun sibuk dengan karier seni.
KEISHA MAKIN CANTIK
Cepat sungguh masa berlalu. Anak kesayangannya, Keisha kini sudah pun menginjak ke usia 13 tahun. Makin cantik dan ceria macam ibunya.
Kredit Foto: Instagram Keisha Laila.
Malah, hubungan ibu dan anak ini sangat rapat dan sering ‘outing’ bersama-sama.
Sekali imbas macam kakak dan adik pula.
Untuk info, Abil berkahwin dengan Zaidy Zailani pada 2008. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Kesha Laila yang dilahirkan pada 2009.
Pun begitu, jodoh mereka tidak panjang. Pasangan ini memfailkan perceraian pada tahun 2011.
Abil kemudiannya berkahwin buat kali kedua pada 2015 dengan pemilik kafe hipster, Mohd Izwan Johar.
Tahun ini genaplah usia perkahwinan mereka yang ke-8 tahun namun belum dikurniakan zuriat.
Abil sebelum ini pernah hamil sebanyak dua kali, namun keguguran iaitu pada April 2019 dan Oktober 2020.
Abil atau penuhnya Nabila Huda Suhaimi pernah membintangi filem-filem terkenal seperti Munafik (2016), Rock (2005) dan Lagi-Lagi Senario (2001).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun Mira Filzah merupakan selebriti terkenal tanah air dan cukup sebati dengan dunia fesyen namun aktres jelita ini mengakui ibu mentua, Datuk Mastura Yazid lebih pandai bergaya dan berani mencuba pelbagai warna dalam fesyen harian berbanding dirinya.