Seharian suntuk di pejabat, harapkan pulang ke rumah nanti ada gemalai jari jemari membelai tubuh lesu. Tempoh lebih lapan jam memang memenatkan, apa lagi terpaksa meredah kesesakan lalu lintas untuk pulang berehat. Namun sering kali kepulangan tidak dinanti, betapa hampanya hati melihat sang suri tidak mengambil peduli.

Ads

Sewaja-waja besi, lebur juga dimamah api. Inikan pula lelaki, mudah saja cair dipujuk rayu isteri. Namun tanpa dijangka, MASA bisa melupakan. Tiada lagi layanan kelas pertama buat suami tercinta, ucapan cinta sayang apalagi peluk dan cium. Segalanya kini bagaikan hambar dimamah usia.

Lelaki, walaupun bibirnya membisu seribu bahasa, hatinya tetap becok berkata-kata. Kami bukan berkira, kami hanya mahu diri ini kembali dihargai, ingin terasa kembali dijaga rapi, dibelai dan dimanja seperti dulu. Justeru wahai isteri, ambillah peluang ini untuk kembali menjadi puteri, yang sesekali menghamba diri buat kekasih hati. Curilah sedikit masa luang, buatkan kami makanan kesukaan, sesekali kita ke pantai berlarian atau cukuplah teman kami menonton di kamar TV.

Bukan Lagi Rahsia, 7 Perkara Ini Yang Diharapkan SUAMI Sekembalinya Dari Tempat Kerja! No 6 Tu, Isteri Kena Take Note

Hubungan rumah tangga perlu sentiasa dibajai dengan kasih sayang. Ia bukan tindakan bermusim, ada masanya anda peduli dan ada masanya tidak mengerti. Ia mesti dilakukan pada setiap ketika dalam kehidupan anda dan pasangan. Menurut kajian, majoriti 60% golongan lelaki mengharapkan isteri yang sedia mendengar dan memahami keadaan mereka. Ini bererti rumah tangga dibina agar hidup lebih bererti, berteman dan tidak bersendiri. 40% lagi mahukan isteri yang mampu menjadi suri terbaik dan penyayang terhadap anak-anak manakala selebihnya ingin melihat isteri menjadi kekasih terhebat. Lihatlah begitu besar impian lelaki dalam perkahwinan, namun aduhai wanita, tahukah anda apa yang paling dihargainya?

Hadiahkanlah sebuah senyuman manis kala menyambutnya pulang dari tempat kerja. Itu lebih memadai menjadi penyelamat dari hubungan yang kian renggang, hambar tanpa belaian. Curilah sedikit waktu, semarakkan sumbu asmara agar rumah tangga kembali hangat bergelora. Ikuti tip NONA tentang cara istimewa, 7 yang lelaki harapkan sekembalinya mereka dari kerja.

Bukan Lagi Rahsia, 7 Perkara Ini Yang Diharapkan SUAMI Sekembalinya Dari Tempat Kerja! No 6 Tu, Isteri Kena Take Note

  1. WUJUDKAN SUASANA REHAT MENENANGKAN

Benar kata orang, rumah ku syurga ku. Justeru, pastikan dekorasi kediaman anda cantik tersusun kemas. Jangan biarkan permainan si comel bertaburan, gusar menambah semak di fikirannya. Semburkan pewangi lavender ke seluruh rumah atau nyalakan sedikit minyak aromaterapi untuk menaikkan mood. Alunan muzik sentimental juga mampu membantu.

Ads
  1. MENGERDIP NAKAL

Ya, sedikit sifat keanak-anakan masih comel dipraktikkan untuk bermanja dengan suami. Pulang saja dari pejabat, alangkah senangnya hati melihat isteri datang membantu membukakan pintu. Bagaikan hilang segala tekanan. Nah, kala bersenang-senang di kamar tidur, nikmati masa bermain mata dan berjenaka.

  1. BELAI DENGAN LEMBUT

Seluruh sendi terasa sengal melenguhkan, inilah masanya untuk merasa urutan isteri mengendurkan otot-otot yang sakit. Sambil membelai tengkuk dengan lembut, tumpukan urutan di bahagian bahu, kepala dan tapak kaki.

  1. BERBISIK DENGAN JELAS

Lelaki inginkan keperluannya ditanya dengan nada lembut dan sedikit berbisik. Mungkin banyak yang dipintanya, sabarkan hati kerana sepanjang hari itu mungkin terlalu banyak pemberiannya kepada orang lain.

Ads
  1. BERPAKAIAN SELESA

Sarungkan pijama lembut kain kapas atau persalinan yang kemas bersih. Ia cukup memberi keselesaan kepada anda dan pasangan. Usah sekali-kali melayan suami dengan persalinan kusam bertanda tumpahan sisa kari.

  1. BERWANGI-WANGI

Semburkan pewangi yang lembut memikat, lapisan demi lapisan. Rendamkan tubuh dalam tab buih mandian dan sental kulit-kulit mati di tubuh. Cuci rambut agar harumannya bertebaran. Kemudian taburkan bedak talkum wangi ke seluruh tubuh, sebaiknya yang tahan lama berpanjangan. Akhiri dengan semburan pewangi dari haruman senada, caranya dengan menyembur ke udara dan berjalanlah di bawah titisan wap.

  1. BERIKAN MASA REHAT

Selepas menjalankan semua tanggungjawab suri mithali dan memastikan keperluan suami dilayan sesempurna mungkin, berikanlah masa untuknya berehat dan tidur. Jangan mengharapkan balasan dan terasa hati dengan tindakannya kerana seharian suntuk dia bekerja untuk kebahagiaan anda dan keluarga. KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI