Tahniah diucapkan kepada pelakon yang menempa populariti menerusi drama Titian Cinta ini kerana telah hamil anak pertamanya. Farah Nabilah telah berkongsi berita gembira ini melalui laman media sosialnya.

IKLAN

Pada penghujung tahun lalu, pelakon manis ini telah selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz besama pemuda pilihan hatinya, seorang juruterbang iaitu Mohammed Amirul Yunus.

Foto: Instagram @farahnabilahofficial

Merpati dua sejoli ini benar-benar kelihatan umpama Raja dan Ratu Sehari di majlis yang gilang-gemilang itu. Sudah pasti destinasi bulan madu pasangan ini menjadi perhatian dan ketika ditanya ke manakah destinasi bulan madu, usai majlis pernikahan pasangan ini dahulu, pasangan sama cantik sama padan ini bergurau sambil menjawab “Pulau Pinang”.

Foto: Instagram @farahnabilahofficial
Foto: Instagram @farahnabilahofficial

Ternyata destinasi bulan Farah Nabilah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin sangat indah. Farah Nabilah telah berkongsi momen indah tersebut di sebuah kepulauan Maldives yang terkenal dengan keindahan pantainya.

Dikatakan harga semalam resort ini hampir RM10,000 semalam. Patutlah cantik dan eksklusif destinasi bulan madu selebriti cantik ini. Lihat sahaja foto-foto yang telah dikongsi oleh Farah Nabilah ini.

IKLAN
Foto: Instagram @farahnabilahofficial

Seronok melihat momen indah yang dikongsi oleh Farah Nabilah di laman media sosialnya. Tergambar riak bahagia merpati dua sejoli ini. Seronok melihat Farah Nabila menikmati hidangan tengah hari di bawah dasar laut sambil disaksikan oleh ikan-ikan yang berenang berkeliaran di sana-sini. Kongsi Farah, “Had an amazing lunch at 5.8 Undersea Restaurant di Hurawalhi. Me loveeeeeee it!,“.

Foto: Instagram @farahnabilahofficial

Melihat kulit wajah Farah Nabilah yang sentiasa cantik tidak kira sedang bercuti atau tidak, timbul rasa cemburu. Kesempatan bertemu dengan pelakon ini dalam suatu majlis dahulu, terus bertanya apakah rahsianya, “Saya jaga kecantikan kulit dengan banyak minum air.

IKLAN
Farah Nabilah bersama anak Izara Aishah.
Foto: Instagram @farahnabilahofficial
Foto: Instagram @farahnabilahofficial

Pagi-pagi saya akan minum perahan lemon bersama air panas. Sikit jer pati lemon tu terus minum. Tanpa gula dan dengan perut kosong. Petua ini baik untuk detoks kulit. Sebab kan saya tak sempat nak exercise so banyak minum camtu kulit akan detoks sendiri,” terang Farah Nabilah sambil tersenyum.