Pernah dengar tentang kutu hama atau kutu bulu mata? Mungkin masih ramai yang tak tahu bulu mata pun berisiko untuk diserang kutu. Seoang wanita dikatakan mempunyai lebih 100 kutu hama di bulu matanya kerana kurang menjaga kebersihan seperti mencuci sarung bantal, cadar dan selimut secara kerap.

IKLAN

Kutu hama atau Demodex folliculorum ialah parasit yang berada di folikel rambut wajah. Selain bulu mata, kutu hama juga banyak ditemui di hidung dan pipi.

KUTU HAMA

Ia hidup di kulit terutama di bahagian kelenjar minyak dan folikel rambut. Jangka hayat kutu hama sangat singkat. Badannya tidak mempunyai organ khusus untuk membuang racun dari badannya sendiri.

Kutu hama memakan bakteria yang ada di kulit manusia. Kemudian ia akan bertelur dan mati dalam tempoh dua minggu setelah menetas. Ia biasanya hidup di dalam dan sekitar bulu mata. Jika jumlahnya semakin banyak barulah timbul gejala peradangan di sekitar bulu mata.

BULU MATA Pun Boleh Ada Kutu Kalau Malas Jaga Kebersihan!

PUNCA KUTU HAMA

Puncanya bukan semata-mata kerana penjagaan yang kurang bersih malah wanita yang sering memakai maskara juga berisiko tinggi untuk diserang kutu hama. Berkongsi maskara juga boleh mengakibatkan jangkitan kutu ke mata orang lain. Tidur dengan maskara boleh menambah jumlah kutu di bulu mata.

IKLAN

GEJALA

Kutu hama biasanya tidak menunjukkan gejala yang jelas. Namun begitu, anda tetap perlu tahu tentang gejalanya yang mungkin akan timbul seperti:

  • Kemerahan dan bengkak pada kulit.
  • Pori-pori tersumbat sehingga menimbulkan jerawat dan bintik-bintik hitam.
  • Kulit di sekitar mata kemerahan seperti ruam.
  • Kulit rasa gatal dan terbakar.
  • Rambut atau bulu mata mudah gugur.

Jika anda mengalami gejala-gejala di atas segeralah bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

IKLAN

BULU MATA Pun Boleh Ada Kutu Kalau Malas Jaga Kebersihan!

MENCEGAH DAN MERAWAT?

Mencegah dan merawat yang boleh anda lakukan di rumah seperti:

  • Menggunakan syampu bayi pada rambut dan bulu mata setiap hari.
  • Membersihkan wajah dengan pembersih dua kali sehari.
  • Elak penggunaan pembersih wajah berasaskan minyak atau oil-based cleanserserta kosmetik yang berminyak.
  • Lakukan rawatan peelingwajah atau pengelupasan sel kulit mati secara berkala.

Rawatan dengan acaricides atau ubat pestisida dapat membunuh parasit termasuk kutu bagi mengurangkan penyebaran kutu yang berlebihan serta menyembuhkan gejalanya. Pastikan ubat-ubatan tersebut disesuaikan dengan indikasi dan atas nasihat doktor.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI