Selepas melangsungkan ijab kabul, pada 30 Ogos lalu, mualaf dan selebriti media sosial Clara Shinta dan suami, Muhammad Alexander Assad atau dikenali sebagai Lxa mengadakan majlis resepsi pada hari yang sama.
Menariknya, majlis pasangan ini mengangkat tradisi masyarakat Batak. Adat mangulosi dilakukan di mana kedua-dua mempelai diselubungi dengan kain khas.
Clara Shinta kembali meraih kebahagiaan selepas sah bergelar isteri. Malah, anak lelakinya daripada perkahwinan terdahulu turut hadir melengkapkan hari bahagianya itu.
Ads
Doa serta nasihat turut dititipkan oleh kedua orang tua mereka agar rumah tangga yang dibina sentiasa rukun dan damai.
Ucapan tahniah membanjiri ruangan komen di akaun media sosial Clara Shinta dan suami. Mereka mendoakan agar pasangan ini mengecap kebahagiaan sampai syurga.
Apatah lagi, Clara Shinta dan suami sama-sama melalui perkahwinan kedua. Tahniah buat pasangan pengantin baharu ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpesona memandang kejelitaan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman saat meraikan ulang tahun ke-39. Aura diraja yang dimilikinya jelas terpancar, kekal anggun dan langsing meskipun telah dikurniakan empat cahaya mata.
Keindahan peribadi ini bukan sekadar pada rupa, tetapi turut mencerminkan disiplin, gaya hidup sihat dan keperibadian yang tenang. Sosok wanita bangsawan ini terus menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakyat Brunei, malah wanita serantau yang mengagumi keseimbangan antara keluarga, kesihatan dan tanggungjawab diraja.
Meninjau ke laman sosial, majoriti rakyat Brunei tidak melepaskan peluang menitipkan ucapan penuh kasih sempena ulang tahunnya yang ke-39. Ucapan yang diluahkan sarat dengan doa kesejahteraan dan tanda penghargaan terhadap keperibadian baginda yang dekat di hati rakyat.
Perkongsian Uniklearn sempena Hari Raya Open Centre 2026 mereka yang dihadiri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah baru-baru ini pastinya lebih bermakna. Kejutan kek hari jadi buat Tuanku gembira!
Menerusi perkongsian di laman media sosial oleh akaun @thelittleleafbakery, wajah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah yang mengenakan busana kurung hijau lembut mencuri perhatian ramai.
Antara ucapan yang dikongsikan berbunyi, “Happy 39th Birthday to HRH Princess Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman. May Allah bless HRH with good health, long life and infinite love and happiness with your family and your beloved people.”
Ucapan tersebut disusuli dengan doa dalam Bahasa Melayu, “Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan-Nya, bahagia di dunia dan akhirat.”
Tanggal 9 April bukan sekadar tarikh ulang tahun, tetapi menjadi momen istimewa yang menyatukan doa dan kasih rakyat Brunei terhadap personaliti diraja yang disayangi.
Di sebalik kelembutan peribadi, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah turut dikenali sebagai wanita berpendidikan tinggi. Baginda merupakan graduan Universiti Brunei Darussalam dan berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Dasar dan Pentadbiran Awam dengan Kepujian Kelas Pertama.
Kecemerlangan akademik ini mencerminkan ketajaman intelektual serta komitmen baginda terhadap ilmu, sekali gus memperkukuhkan peranan sebagai figura wanita diraja yang berwibawa dan berpengaruh.
Selain menyerlah dalam bidang akademik, baginda juga aktif dalam aktiviti kecergasan dan kebajikan. Antara pencapaian membanggakan termasuk penyertaan dalam pertandingan kecergasan antarabangsa HYROX yang berlangsung di Singapura pada Julai 2025.
Tidak terhenti di situ, baginda turut aktif menyertai acara larian serta sukan pickleball, menunjukkan komitmen terhadap gaya hidup sihat yang konsisten.
Dalam aspek kebajikan, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah juga dikenali dengan usaha berterusan menderma darah setiap tahun. Menerusi perkongsian akaun SR Design Brunei, baginda dilihat tenang menjalani prosedur menderma darah di Pusat Derma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Sikap prihatin ini memperlihatkan keperibadian baginda yang merendah diri dan sentiasa mendahulukan kepentingan masyarakat.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah mendirikan rumah tangga bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah ketika berusia 17 tahun.
Istiadat perkahwinan diraja tersebut mendapat perhatian dunia dan pernah digelar sebagai Asian Wedding of the Year. Majlis yang berlangsung penuh adat istiadat itu disaksikan oleh pemimpin dunia serta tetamu kenamaan dari pelbagai negara.
Hasil perkahwinan ini, pasangan diraja dikurniakan empat cahaya mata iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az Zahraa Raihaanul Bolkiah.
Pada usia 39 tahun, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bukan sekadar melambangkan keindahan diraja, tetapi turut menjadi simbol kekuatan wanita moden yang seimbang antara keluarga, tanggungjawab dan pembangunan diri.
Keanggunan baginda tidak dibentuk oleh kemewahan semata mata, tetapi oleh disiplin, ilmu dan nilai kemanusiaan yang tinggi. Inilah yang menjadikan sosok diraja ini terus disanjung dan dihormati oleh rakyat.
Pemilik nama Nadia Amira Othman bukan hanya disenangi peminat seni tanah air. Bahkan dalam kalangan rakan-rakan artis dan mereka yang berada di belakang tabir juga menyenangi keperibadian figura cantik berkenaan. Salah seorang yang kagum dengan sikap Amira ialah makeup artist yang sinonim dalam kalangan pengantin perempuan dan hijabi iaitu Naqiah Rahim.
14 September lalu Naqiah diberi kepercayaan oleh Amira Othman untuk menata rias wajahnya pada majlis pernikahan. Ini bukanlah kali pertama dia bekerjasama dengan pelakon drama ‘Abang Bomba I Love You’ tersebut.
Sebaliknya Naqiah sudah pun beberapa kali menyolek wajah mulus Amira untuk pelbagai majlis hiburan dan keraian.
Antara selebriti wanita yang pernah mendapatkan khidmat solekan Naqiah Rahim sebelum ini seperti Nabila Razali, Azrinaz Mazhar Hakim, Wany Hasrita dan Hawa Rizwana.
Terharu menjadi pilihan Amira untuk majlis bersejarahnya bergelar isteri pada tanggal 14 September lepas, Naqiah menitipkan rasa teruja dan syukur melihat penyanyi ini akhirnya bertemu jodoh yang dinanti-nantikan.
“At last, she kawin jua. Tahniah Miwa (Mira), thank you so much for always trusting me as your makeup artist. Akak always appreciate every opportunity and your endless support sebab Miwa jugalah Kak Naqia jumpa Bella, Wany, Radin dan Abang Eddy.”
Dalam pada itu, Naqiah turut mendedahkan sikap Amira Othman yang disifatkan seorang wanita yang memiliki pakej lengkap.
“Alhamdulillah rezeki Allah bagi sebab dapat jumpa Miwa, baik nak mampuz. Always love your beautiful heart, please stay sweet forever okay.
I know you’ll be the sweetest, solehah wife to Fattah. May Allah bless your journey with happiness and love till Jannah.”
Sebelum ini, Naqiah Rahim turut pernah menata rias wajah isteri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang iaitu Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Solekan indah Naqiah pada malam pernikahan Setulus Takdir Fattah Amin dan Amira Othman meraih pujian ramai. Tidak sekadar berjaya menaikkan seri pengantin, teknik solekannya turut menyerlahkan kecantikan semula jadi pengantin perempuan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah lama tak dengar cerita tentang kakak kepada usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa ini terutama di media sosial.
Noor Nabila Mohd Noor atau dikenali sebagai Nabila merupakan Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd.
Seperti yang kita tahu, adik beradik perempuan Nabila semuanya mewarisi kecantikan ibu mereka.
Kelebihan buat mereka kerana dilahirkan dalam keluarga berketurunan Pakistan-Arab.
Maka tak lengkap perbualan kami kalau penulis tidak kongsikan tentang rahsia atau petua sihat cantik Nabila buat pembaca.
Ini yang diamalkan Nabila termasuklah petua yang diamalkan Mama kesayangannya, Datin Noor Kartini atau Datin Tini.
Berusia 50an, Datin Tini yang merupakan ibu 9 anak masih nampak awet muda sampai sekarang. Patutlah anak-anak perempuannya cantik manis semuanya!
“Salah satu petua yang selalu diamalkan oleh Mama ialah suka makan madu. Kalau rutin kecantikan pula, Mama paling pantang kalau kami tak cuci muka bersih-bersih.
“Bagi Mama kulit kena jaga betul-betul terutamanya muka. Bersih luar dan dalam. Itulah antara petua yang dikongsi oleh Mama dengan kami adik beradik.”
Untuk info, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada tahun 2017 namun bercerai pada Julai 2020.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!