Secara luaran, Permaisuri Suthida memiliki pesona penuh kelembutan dan elegan. Setiap gerak-gerinya teratur kemas dan sopan sekaligus melambangkan seorang wanita bangsawan. Sebelum dimahsyurkan sebagai Permaisuri Thailand kira-kira enam tahun lalu, Baginda sebenarnya merupakan wanita berjiwa aktif dan lasak.
3 Jun lepas Permaisuri Suthida Bajrasudhabimalalakshana menginjak usia 47 tahun. Meskipun sudah berusia lewat 40an namun stamina Permaisuri Thailand ini kekal bertenaga. Mana tidaknya, Baginda mengamalkan gaya hidup sihat dan gemar melakukan pelbagai jenis sukan.
Kejelitaan Permaisuri Suthida turut menjadi bualan rakyat. Tidak sekadar mempunyai raut wajah awet muda, kemulusan kulit Permaisuri Suthida juga meraih pujian khalayak. Natural beauty!
Kehidupan Permaisuri Suthida
Siapa sangka, wanita cantik Thailand yang dulunya pernah bertugas sebagai pramugari kini merupakan wanita pertama Negara Gajah Putih. Dari kerjaya di awan biru, Permaisuri Suthida memasuki bidang ketenteraan diraja sebelum dilamar ‘majikan’ Raja Maha Vajiralongkorn.
Dilahirkan di Songkla, Thailand, portal Royal Central UK melaporkan Permaisuri Suthida ialah anak kepada Kham dan Jangheang Tidjai. Baginda memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Komunikasi pada tahun 2000.
Selepas tamat pengajian, Permaisuri Suthida menyertai JALways Airlines selama tiga tahun sebagai pramugari. Baginda kemudian berhijrah ke Thai Airways dari tahun 2003 hingga 2008 sebelum menyertai Royal Thai Army pada tahun 2010.
Ads
Permaisuri Suthida turut pernah berkhidmat sebagai Royal Security Command. Pada 1 Disember 2016, Baginda dinaikkan pangkat sebagai Jeneral dan Komander Unit Operasi Khas King’s Guard.
Tidak sampai setahun, Baginda menerima pelantikan Komander Royal Thai Aide-de-camp.
Oktober 2017, Baginda menerima First Class the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao apabila Raja Maha Vajiralongkorn menaiki takhta.
Bagaikan sudah terbiasa dengan aktiviti lasak dan mencabar, Permaisuri Suthida pada Jun 2024 memperoleh lesen motobot dan perahu layar dari Switzerland dan RYA Coastal Skipper dari Itali.
Ads
Malah, Baginda juga aktif menyertai perlumbaan sukan pelayaran di samping Raja Thailand. Memang sepadan suami isteri ini dan berkongsi minat yang sama.
Bukan itu saja, dalam satu majlis kesukanan di daerah Phichit di Thailand, Permaisuri Suthida membuat kejutan menunggang basikal BMX!
Permaisuri Suthida Sah Menjadi Suri Hati Raja Maha Vajiralongkorn
Istana Thailand mengumumkan Raja Vajiralongkorn berkahwin dengan Permaisuri Suthida pada tahun 2019. Pasangan ini berkahwin pada 1 Mei 2019 yang menyaksikan upacara perkahwinan disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Pada 4 Mei, Suthida secara rasmi diisytihar Her Majesty Queen Suthida (Somdet Phra Nang Chao Suthida Bajrasudhabimalalakshana Phra Borommarajini).
Dikurniakan raut wajah cantik, penampilan Permaisuri Suthida yang sopan dan mempunyai cita rasa fesyen menarik yang menjadi sumber rujukan serta inspirasi kepada rakyat Thailand.
Hendak dapat kulit cantik sihat macam Permaisuri Suthida, cuba amalkan sunscreen ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ratu Jordan, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari American University of Cairo pada tahun 1991 yang
pernah berkhidmat di sektor perbankan dan teknologi sebelum berkahwin dengan anak lelaki sulung Raja Jordan, King Hussein iaitu Putera Abdullah Al Hussein pada 10 Jun 1993.
Hasil perkahwinan selama hampir 30 tahun, Queen Rania dan Putera Abdullah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Putera Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem.
Sebagai Ratu Diraja Jordan, Queen Rania dikenali di seluruh dunia bukan saja kerana kecantikan yang dimiliki bahkan jiwa penyayang beliau membela nasib golongan kurang
bernasib baik terutamanya kanak-kanak dan wanita di Jordan.
Selain itu, beliau juga dilihat sangat komited merapatkan jurang perbezaan kaum dan budaya di peringkat antarabangsa.
Tumpuan utama Queen Rania adalah pendidikan dan beliau percaya setiap kanak-kanak Jordan sama ada lelaki mahupun perempuan perlu diberikan hak pembelajaran sepenuhnya mengikut peredaran masa kini.
Demi memastikan ia bukan sekadar cakap kosong, Queen Rania mewujudkan pelbagai inisiatif antaranya menerusi Jordan Education Initiative, Queen Rania Teachers Academy, Madrasati (atau bermaksud sekolah) dan Edraak yang bermaksud kesedaran.
Tidak cukup dengan itu, Queen Rania juga terlibat dengan United Nations Foundation dan World Economic Forum serta menjadi individu penting dalam UNICEF dan dilantik UN sebagai Panel Kehormat yang berperanan meningkatkan taraf kehidupan penduduk dunia menjelang tahun 2030.
Paling mengagumkan, kerana naluri keibuan yang menebal dalam diri Queen Rania berpeluang menghasilkan beberapa buku kanak-kanak yang berkisar pengalaman beliau
sewaktu kecil. Antara naskhah istimewa karya Queen Rania adalah The Sandwich Swap, Eternal Beauty, Maha of the Mountains dan The King’s Gift.
Memang terinspirasi dengan semangat dan jiwa besar Ratu Jordan ini. Malah, personaliti Queen Rania turut menjadi perhatian penggemar fesyen lantaran gaya dan cita rasa
menawan yang ditampilkan Queen Rania tatkala berada di khalayak. Tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau tidak ubah seperti supermodel yang cantik berjalan di karpet merah. Cukup memukau!
Disebabkan kecantikan, usaha murni dan peribadi menarik yang dimiliki, Queen Rania turut diberi julukan sebagai antara Personaliti Diraja Tercantik Di Dunia menerusi portal Heart.co.uk. Sebaris dengan kenamaan diraja terkenal seperti mendiang Lady Diana.
Setiap kali muncul bertemu rakyat dan menghadiri majlis rasmi, kelibat Queen Rania pasti mencuri tumpuan. Apa sahaja busana yang dipakai nampak terletak kemas di tubuh langsingnya.
Kredit foto: Instagram Queen Rania
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ariana Grande tampil menjawab kebimbangan peminat setelah fotonya yang kelihatan terlalu kurus tular di media sosial.
Kenyataan Ariana Grande itu adalah tindak balas terhadap beberapa komen yang kurang menyenangkan oleh netizen mengenai penampilannya di konsert Jeff Goldblum di London, England, baru-baru ini.
Pada masa itu, dia memakai kot bersaiz merah jambu yang menampakkan tulang belikatnya.
“Kenapa Ariana Grande kurus sangat?” tanya seorang netizen di Twitter.
Seorang lagi berkata, “Serius, dia sangat kurus. Saya risaukan dia.”
Penyanyi lagu ‘Thank U Next’ ini memberi penjelasan di akaun TikTok miliknya yang berdurasi tiga minit. Dalam video itu, Ariana meminta para peminat mengulas tentang penampilannya.
“Badan saya dulu adalah versi yang tidak sihat. Sebelum ini, saya melakukan diet yang tidak sihat. Saya sedih bila anda kata saya sihat sedangkan saya tidak sihat,” katanya.
Ariana Grande menasihati orang ramai supaya lebih empati dalam komen mereka kerana ianya boleh menyinggung perasaan orang lain.
Dia lebih menghargai orang yang tidak bercakap buruk tentang penampilannya.
“Cubalah berbuat baik kepada orang lain supaya semua pihak dapat menjaga satu sama lain.
“Kerana anda tidak pernah tahu apa yang dialami oleh orang itu,” kata bintang filem Wicked ini.
Semoga Ariana kekal cantik dan sihat seterusnya sukses dalam karier. Pentingnya menjaga kesihatan mental lebih-lebih lagi bagi seorang yang terkenal seperti Ariana.
Kata-kata negatif mahupun kecaman boleh mempengaruhi emosi seseorang. Diharapkan Ariana menjadi seorang yang lebih positif.
Kredit Foto: Instagram Ariana Grande
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari kelahiran ke-38 buat Yang Berbahagia, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra. Beliau meninjak usia 38 tahun pada tanggal 6 Jun lalu.
Meniti usia lewat 30an, keanggunan dan kejelitaan isteri Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra ini tetap menyerlah.
Che Puan Sofie bergelar isteri kepada Yang Amat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019 dan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Pasangan diraja ini menimang cahaya mata sulung mereka yang juga bayi lelaki pada 17 Julai 2023. Menerusi perkongsian Che Puan Sofie di Instagram, anakanda kesayangan yang diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra ini kian membesar sihat dan comel.
Tengku Muhammad Johan Petra juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Malah bakal meniti usia setahun tidak lama lagi. Kehadiran Tengku Muhammad Johan Petra pastinya menambah seri rumah tangga Dr Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie.
Che Puan Sofie yang berasal dari Sweden menarik perhatian ramai kerana raut wajahnya yang cantik dan peribadi lemah-lembut. Bahkan beliau dilihat selesa menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Melayu dan pandai memasak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.