Satu demi satu kejayaan yang diraih pelakon kebanggaan negara kita, siapa lagi tidak lain tidak bukan Tan Sri Michelle Yeoh yang kini semakin menempa nama dalam industri perfileman Hollywood. Selain menjadi salah seorang pelakon wanita Asia yang menjadi pilihan penerbit dan studio untuk filem-filem berbajet besar, wajah Michelle Yeoh juga turut menjadi pilihan jenama-jenama produk kosmetik dan kesihatan.
Dan baru-baru ini, La Mer melancarkan kempen sosial krim lembutnya yang baru, dibintangi oleh pelakon terbaik Oscars 2023 tersebut. Sememangnya dikenali dengan bakat, personaliti dan aura elegannya, Michelle Yeoh dilihat cukup sesuai dengan misi La Mer dalam mempromosikan kualiti kekuatan dan kelembutan yang abadi.
“Kempen bersama Michelle Yeoh adalah semula jadi. Falsafah dipegang La Mer memanfaatkan kesihatan dan tenaga yang dilahirkan untuk mencapai kecantikan abadi, seriring dengan Michelle Yeoh. Michelle Yeoh berjaya menentang tanggapan konvensional tentang masa dan umur, dengan kerjayanya yang menjelma dan memberi inspirasi,” kata Sandra Main, Presiden Jenama Global La Mer.
Ads
Ads
Menerusi hantaran video yang dikongsikan di media sosial Michelle dan La Mer, Kempen yang menciduk inspirasi lautan ini diarahkan oleh Yvan Fabing, menceritakan perjalanan peribadi dan ritual menjadikannya seorang wanita berpengaruh hari ini. Michelle juga dijadualkan akan membintangi beberapa lagi siri video untuk kempen ini.
Untuk video pertama, Michelle Yeoh kembali ke masa lalu membentuk pengalaman dan memori, sambil menggambarkan penemuan La Mer Moisturizing Soft Cream. Krim mewah ini dilihat berjaya mengubah kulitnya dengan cahaya lembut yang menerangi skrin dengan anggun dan kekuatan.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya cukup akrab dengan anak-anak tirinya, lebih-lebih lagi dengan dua menantunya pelakon dari seberang isteri kepada Ashraf, Tya Arifin serta Izara Aishah, isteri kepada Adib.
Terdahulu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ada berkongsikan foto bersama dengan kedua-dua menantunya di laman Instagram sewaktu keluar bersama ahli keluarga berjaya undang perhatian ramai.
Manakan tidaknya, menerusi hantaran berkenaan, difahamkan mereka berada di sebuah restoran mewah terletak di ibu negara bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalif. Dan, majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah penampilan Tokti, di mana netizen tidak dapat menyembunyikan keterujaan melihat keayuan penyanyi 45 tahun itu.
Malah, raut wajah yang kelihatan awet muda dan persis sebaya apabila bergambar bersama kedua-dua menantu tirinya iaitu Tya Arifin dan Izara Aishah.
Team NONA, sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat penyanyi nombor satu negara itu bersetuju bahawa penyanyi kesayangan mereka ini tak lapuk dek usia.
Mereka mengatakan ketiga-tiga wanita di dalam gambar berkenaan seakan di lingkungan umur yang sama meskipun usia TokTi jauh lebih berusia.
Di ruangan komen, ramai yang mula membanjiri komen dengan memuji keanggunan Tokti serta kedua-dua menantu tirinya.
Untuk rekod, Datuk Seri Siti Nurhaliza melangsungkan perkahwinan bersama ushaawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006, di Masjid Wilayah Persekutuan. Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata, Siti Aafiyah, 6 dan Muhammad Afwa, 3 tahun.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Kalau ibunda tersayang yang juga usahawan kosmetik ternama iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton mempunyai empat darah kacukan, anak Kak Ton
ini pula dilahirkan dengan tujuh kacukan. Wah, patutlah Nadia Shahrul Annuar ini cantik, kulit putih kemerah-merahan, hidung mancung dan susuk tubuh langsing! Rupa-rupanya dia mewarisi keturunan yang cantik dan segak daripada kedua-dua ibu bapanya.
Pengakuan tersebut dibuat Nadia kepada Nona tidak lama dahulu. Ditemani Kak Ton, usahawan Be Group ini membuka bicara. “Kalau mummy ada empat kacukan iaitu
Thailand, Laos, Pakistan dan Arab. Saya yang anak ini ada ekstra lah. Sebab ayah ada keturunan Malaysia dan Indonesia,” ujar personaliti TV ini sambil tertawa.
Yang pasti Nadia bukan hanya mewarisi kecantikan Kak Ton, bahkan dia turut mengikut jejak langkah ibunya dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan berasaskan
kecantikan.
Hadir dengan label keluarannya sendiri iaitu Nadia’s Secret, rangkaian produk yang diusahakan Nadia adalah mampu milik dan berkualiti. Mengambil singkatan namanya
sendiri sebagai jenama perniagaan, dia yang mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam industri pengacaraan menggunakan segala ilmu kecantikan yang diperoleh bagi
menghasilkan produk Nadia’s Secret.
“We believe in quality and want our customers to fall in love with each new product we develop and then fall head over heels when they find out it is all affordable! Nadia’s secret diciptakan oleh wanita, direka oleh wanita dan dihasilkan buat seluruh kaum wanita di luar sana.”
Antara produk Nadia’s Secret ialah minuman kesihatan dan kecantikan Be The Glamorous yang diformulasi untuk membantu menurunkan berat badan, detoks, anti penuaan dan
pemutihan kulit. Terbaru, Nadia hadir dengan pati makanan tambahan Be Lemtox yang mempunyai ramuan istimewa diimport dari Itali. Be Lemtox juga berfungsi dua dalam
satu kerana selain membantu menurunkan berat badan ia juga bagus untuk proses detoks.
Yang pasti, produk ini menggabungkan 100% ramuan asli bagi pelangsingan tubuh dan kesihatan kulit. Pengguna yang ingin mencuba Be The Glamorous Drink dan Be Lemtox
tidak perlu berasa was-was terhadap produk ini kerana ia telah disahkan Halal daripada pihak JAKIM.
“Ini adalah bukti bahawa Nadia sensitif kepada keperluan pengguna khususnya pengguna Muslim yang mahukan produk halal. Dengan adanya pengesahan Halal ini, Be The
Glamorous Drink mendapat jaminan kualiti berasaskan syarak yang menekankan aspek mutu produk, kesucian dan keselamatan.”
Walau pun sibuk menguruskan suami dan anak, namun Nadia tetap komited dalam apa jua bidang yang diceburi baik dari segi kecantikan diri mahupun perniagaan. Sudah
beranak dua pun badan masih langsing dan cantik!
Moga pekerjaan yang dilakukan Nadia mampu memperkasakan kredibiliti para wanita dan menyuntik semangat inspirasi buat semua.
12 Petua Kecantikan Yang Diamalkan Nadia Annuar
Kredit foto: Instagram Nadia Annuar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban hari, teknologi kecantikan berkembang bagai tiada kesudahan. Perkembangan ini boleh dilihat dari segi positif dan ada juga negatifnya.
Secara positif, pengguna dapat membuat pilihan terbaik untuk kulit mereka tetapi di sebaliknya, pengguna juga terdedah kepada risiko penggunaan bahan kimia secara berlebihan.
Biar bagaimanapun caranya, percayalah dengan air sahaja boleh menjadi medium kecantikan semula jadi untuk anda. Ingin tahu caranya?
(a) Pelembap terbaik
Hanya ada satu sahaja yang boleh dikatakan mengenai air. Kulit amat memerlukan air untuk memelihara kelembapan. Air juga memastikan kulit wajah lebih halus, anjal dan bersih.
Penjagaan kulit wajah amat penting terutamanya pada anda yang sering menaiki pesawat dan berada dalam persekitaran berhawa dingin. Namun, kekerapan mencuci wajah juga akan menyebabkan kulit kehilangan lembapan dan menjadi kering. Jadi pastikan anda membawa semburan pelembap seperti Evian dan semburkan pada wajah pada bila-bila masa yang diperlukan.
(b) Menghalang penuaan
Kadar elastik wajah dipertingkatkan dengan air kerana ia juga membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Apabila sistem dalaman anda berfungsi dengan baik, ia akan terpancar pada wajah. Minum air putih secukupnya agar ia mampu ‘berbaik’ dengan sistem dalam badan.
Jauhkan diri daripada pengambilan kafein. Setiap cawan kafein akan menyebabkan anda perlu minum tambahan lapan gelas air sehari!
(c) Jerawat berkurangan
Jerawat mula timbul apabila liang pori pada wajah anda dilitupi dengan toksin yang tidak keluar daripada badan. Pengambilan air putih pada kadar tertentu seperti lapan gelas sehari boleh menyingkirkan toksin dan memastikan buah pinggang serta hati berfungsi lebih baik.
(d) Selamat tinggal bibir kering!
Kesibukan kerja boleh membuatkan anda terlupa untuk minum air putih secukupnya. Cuaca panas dan lembap di negara kita boleh membuatkan badan kekurangan air apalagi sekiranya anda bekerja di luar pejabat. Bibir yang lembap dan mungil boleh diperoleh dengan mudah, hanya banyakkan minum air putih!
(e) Berenang untuk kecantikan
Sukan renang boleh menguatkan otot manakala lap training pula menguatkan jantung anda. Berita baiknya, senaman melibatkan air seperti renang membolehkan kulit sentiasa lembap serta kelihatan cantik dan halus.
(f) Mengurangkan bau mulut
Mungkin anda merasakan bau mulut bukan penilaian kecantikan seseorang. Tetapi percayalah, jika mulut anda berbau, secantik mana sekalipun anda pastinya akan membantutkan kecantikan yang anda miliki. Pengambilan air putih yang secukupnya menggalakkan pengeluaran air liur dan pada masa sama membersihkan mulut anda.
(g) Nafas baru untuk kulit dan tubuh
Sementelah produk kecantikan kulit menjalankan kerja-kerjanya memperbaiki kulit wajah, air putih juga berfungsi membaiki sel kulit mati. Tubuh kita mengandungi 70 peratus air. Jika sel mula dehidrasi, ia akan mengganggu keseluruhan sistem dalam badan.
(h) Rawatan berasaskan air
Rawatan berasaskan air banyak digunakan di spa serata dunia, meninggalkan memori kepada kita bahawa air membantu mencantikkan kulit juga memberi ketenangan. Antara water spa yang sering ditawarkan adalah balneotheraphy dan mandian jacuzzi. Tapi berada di dalam air terlalu lama boleh menyebabkan kulit kering, atasinya dengan sapuan losen badan.
(i) Mengawal berat badan
Saat anda terasa lapar di tengah-tengah malam, minum segelas dua air suam ataupun jua buah-buahan agar terhindar daripada pengambilan makanan yang lebih berat. Apabila berat badan terkawal, wajah pula kelihatan lebih ceria dan cantik!
4 KESALAHAN HIDRASI
(1) Tidak semua air bagus untuk kulit
Sesetengah air mengandungi mineral yang tidak boleh diserap kulit. Ini akan menimbulkan iritasi pada kulit di kemudian hari.
(2) Jangan berlebihan
Kerana terlalu taasub menjaga kecantikan kulit, anda mungkin bertindak berlebihan. Membersihkan wajah terlalu kerap boleh meninggalkan kesan iritasi dan kulit menjadi terlalu kering.
(3) Bezakan hidrasi dan melembap
Hidrasi dan kelembapan adalah dua perkara berbeza. Kita menghidrasi bahagian luar kulit dengan air. Untuk memastikan kulit sentiasa lembap, krim pelembap digunakan. Krim pelembap berfungsi sebagai halangan daripada kekeringan.
(4) Minum cukup air
Ramai wanita berpendapat, krim pelembap sudah cukup untuk menjadi ‘makanan’ kulit. Kata orang, biarlah cantik luar dan dalam. Krim dioles pada bahagian luar dan air diminum agar dapat membantu sistem badan berjalan lebih lancar. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jumaat Terakhir Rejab mengingatkan umat Islam tentang malam Israk dan Mikraj. Ketahui 3 amalan ringan yang sahih dan menenangkan jiwa, khusus buat wanita.