Memang cantik atlet boling kebangsaan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi. Persis seorang model. Baru berusia 27 tahun, nama Syaidatul Afifah menjadi bualan hangat rentetan kejayaan atlet muda ini memenangi pingat emas dan perak di Sukan Asia ke-18 Jakarta-Palembang baru-baru ini.
Beliau yang telah berkecimpung dalam arena sukan boling sejak 2002 nyata berjaya mempertahankan prestasi cemerlang sampai ke saat ini. Sepanjang pembabitan tersebut, pelbagai kejuaraan sudah dirangkul antaranya Pingat Emas Acara Berpasukan Kejohanan Boling Dunia Las Vegas 2017 dan Pingat Emas Sukan SEA di Singapura.
Ads
Gembira kerana mampu membawa pulang pingat emas dan perak dalam temasya Sukan Asia kali ini, Syaidatul Afifah meluahkan rasa syukur atas sokongan padu yang diberikan kepadanya.
“Pertama sekali, syukur alhamdulillah. Saya sangat berbesar hati mewakili Malaysia dan berpuas hati dengan prestasi saya di Sukan Asia ini. Syukur saya dapat menyumbangkan pingat emas dan perak untuk negara tercinta ‘Malaysia’. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, OCM, ISN, MSN, MTBC, podium program, para penaja, Air Asia, Kerajaan Negeri Perak, fisioterapi dan para penyokong atas doa yang diberikan sepanjang Sukan Asia. Akan terus berusaha membanggakan Malaysia di mata dunia,” kongsinya di Instagram.
Ads
Di samping ibu bapa
Ads
Memetik kenyataan Syaidatul Afifah dalam Stadium Astro, “Saya telah beraksi dalam empat edisi Sukma sebelum ini. Mewakili Malaysia bersama-sama idola saya, Shalin Zulkifli sudah tercapai serta mencapai kejayaan di pentas antarabangsa.”
Dalam Sukan Asia 2018, atlet ini merangkul emas dalam acara trio wanita bersama Esther Cheah dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman. Sementara pingat perak acara berpasukan wanita pula diraih bersama Siti Safiyah Amirah, Cheah Mei Lan, Natasha Mohamed Roslan, Sin Li Jane dan Shalin Zulkifli.
Kredit: Instagram Syaidatul Afifah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau bertandang ke toko-toko jamu sekitar zaman 90-an dulu, jenama jamu, kosmetik dan penjagaan diri Sari Ayu yang diasaskan Dr Martha Tilaar ini memang cukup terkenal. Kini melangkah ke usia 85 tahun, perusahaan Ratu Kosmetik Indonesia yang terkenal itu sudah diwariskan kepada anak-anak dan salah seorang yang menerajuinya adalah Wulan Tilaar.
Berusia 46 tahun, Wulan Tilaar merupakan anak perempuan kepada Dr Martha Tilaar dan Dr Henry Alex Rudolf Tilaar. Ketika muda, pakar O&G pernah menyatakan ibunya mandul selepas lebih 11 tahun berkahwin namun wanita hebat itu berhasil melahirkan anak pertama pada usia 42 tahun.
Jutawan dan pemilik empayar Martha Tilaar Group tersebut akhirnya memiliki empat cahaya mata iaitu Bryan Emil Tilaar, Pinkan Tilaar, Wulan Tilaar dan Kilala Tilaar.
Tahun 1970, bermula dengan sebuah salon kecil di Jakarta, Martha’s Salon mula meniti bibir pelanggan yang suka memanjakan diri di sana. Usahawan itu mula membuka salon kedua dengan nama Sariayu Martha Tilaar, sebelum membangunkan perusahaan kosmetik dan jamu sendiri serta terus berkembang menguasai pasaran Indonesia.
LEGASI
Ditugaskan untuk mengambil alih perusahaan keluarga bukanlah semudah yang disangka. Apatah lagi empayar perniagaan gergasi dan dianggap legenda, pewarisnya perlu memikul cabaran untuk mengekalkan reputasi yang ada.
Inilah yang diakui oleh puteri kepada pengasas Martha Tilaar Group – Wulan Tilaar – yang kini bergelar Pengarah.
Sejak kecil Wulan telah dibekalkan dengan pengalaman dan pengetahuan tentang ilmu kecantikan Nusantara. Berkat minat yang mendalam, beliau mendalami bidang ini dengan serius dan menyeluruh hingga layak digelar Holistic Beautifier.
Menerusi CNBC Indonesia, Wulan digambarkan sebagai sosok usahawan yang lemah lembut dan bersahaja, namun kepimpinannya cukup disegani.
“Sejak zaman persekolahan lagi saya sudah sering ke sini. Mungkin kerana sekolah berdekatan jadi ibu saya banyak memberikan pendedahan termasuk tentang beauty school dan spa.
Tapi jika bercakap tentang perjalanan karier, secara profesionalnya bermula pada 1 Januari 2005. Usia saya baru 28 tahun ketika itu.
Memandangkan latar belakang pendidikan saya dari jurusan rekaan dan pengiklanan, jadi saya ditugaskan di Art Division. Pengalaman ketika itu tidak banyak mungkin disebabkan tugas saya hanya sebagai penyelia sahaja.
Jadi saya pun minta ditukarkan ke unit bisnes Martha Tilaar di bahagian services Puspita Martha International Beauty School dan Martha Tilaar Spa.
Baru beberapa bulan kerja di unit ini, saya mula merasakan cabarannya kerana tugas operasi itu rupanya amat berbeza dari sekadar observasi semata.
Saya rasa tidak memiliki kelayakan sepatutnya kerana latar pendidikan saya berbeza dari yang saya jalani. Jadi pada tahun 2007, saya mula mendalami program Cidesco (Comité International d’Esthétique et de Cosmétologie) di sekolah Puspita MaDrrtha.
Di sinilah saya diajarkan bagaimana menjadi seorang spa therapist dan beauty therapist yang sebenar. Saya mula belajar cara mengurut, membuat manicure dan pedicure, facial dan sebagainya.
Memandangkan program Cidesco adalah ujian antarabangsa, jadi setiap pelajar mesti benar-benar menguasai kemahiran tersebut untuk mendapatkan sijil kelayakan. Jurinya pula dari luar negara.
Ternyata inilah yang menjadi titik tolak pertama saya secara teknikal dalam bidang beauty school, spa dan salon.” Wulan Tilaar
Menjawab pertanyaan tentang cabaran Wulan mengambil alih bisnes keluarga, wanita jelita ini pantas berterus-terang dengan keadaan yang dilaluinya.
“Ramai beranggapan bahawa saya hanya menjalankan sahaja perusahaan keluarga yang sudah dibentuk. Saya kira mulanya juga begitu, tapi tidak.
Kerana dalam bisnes ini menurunkan jiwa dari generasi pertama ke generasi kedua itu lebih sulit sebenarnya.”
Persaingan kosmetik sangat luar biasa apabila banyak kosmetik luar khususnya dari Korea mendominasi pasaran produk kecantikan tempatan.
Bagi Wulan, dia menganggap bahawa persaingan itu amat sihat dan bagus untuk pertumbuhan jenama tempatan. Cara bersaing yang diterapkan adalah berinovasi dan menyuntik pembaharuan.
Sebagai wanita berkerjaya, Wulan tidak dapat lari daripada stres di tempat kerja. Ditanya tentang caranya mengendalikan tekanan, wanita ini mengakui sering membelai diri dengan perawatan facial dan creambath setiap dua kali sebulan serta membuat urutan sekurangnya sekali sebulan. Me time!
Kredit: Instagram @wulantilaar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kepimpinan para pemimpin muda telah diperakui di seluruh pelosok dunia kini dalam percaturan politik dunia yang pelbagai. Jika dahulu pemimpin muda tidak pernah diberi ruang untuk ‘berdamping’ dalam pentadbiran negara, kini pemikiran itu sudah jauh ketinggalan.
Pengiktirafan terhadap pemimpin muda ini telah memberi ruang suntikan idea-idea baru dan segar yang ‘luar kotak’ dalam membantu pembangunan ekonomi negara.
Begitu juga dengan wanita cantik yang bernama Shamma Al Mazrui, 26 tahun ini. Shamma Al Mazrui telah mencipta sejarah dan memahat namanya sebagai menteri termuda di dunia.
Pengiktirafan sebagai menteri termuda ini telah tercatat di Guinness of World Records 2018. Wanita yang tampil cantik berhijab ini memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Belia bagi negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada usia 22 tahun lagi.
Shamma Al Mazrui merupakan satu di antara lapan orang wanita yang menganggotai ahli kabinet UAE yang jumlah keseluruhannya 29 orang. Wanita yang mempunyai akuan Instagram dengan nama @shamma dengan 323 ribu pengikut bukan calang-calang wanita. Shamma Al Mazrui telah dilahirkan dan membesar di Abu Dhabi.
Shamma Al Mazrui memegang Bachelor of Arts in Economics dari New York University Abu Dhabi. Kemudian beliau meraih Ijazah Sarjana Public Policy dari the University of Oxford, 2015. Wanita hebat ini merupakan pelajar pintar di University of Oxford dan merupakan satu-satunya warga UAE dan satu-satunya wanita yang mendapat biasiswa Rhodes yang sangat terkenal itu.
Wanita ini juga telah mendapat banyak pengiktirafan di mata dunia dengan meraih penghargaan Distinction Award Mansour bin Zaid Al Nahyan, meraih penghargaan Coutss Future Leader Award pada tahun 2015, malah saluran berita CNBC telah memasukkan namanya di antara tujuh wanita muda yang dapat mengubah dunia. Shamma Al Mazrui juga aktif di PBB sehingga menjadi perwakilan UAE di PBB.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ada sesetengah dari anda mengenali wanita anggun ini dan mungkin ada yang tidak. Isteri kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron ini sedang mencipta nama sendiri di dalam kelompok fesyen global. Walaupun Brigitte Marie-Claude Macron berumur 64 tahun, usia tidak menghalang dirinya untuk kelihatan chic dan fashion forward berbanding isteri-isteri Presiden atau Perdana Menteri negara lain.
Walaupun perbezaan umur mereka mencipta sedikit kontroversi ketika kemenangan Emmanuel, namun kini nampaknya kehadiran Brigitte sebagai First Lady negara tersebut diterima baik.
Jom kita lihat penampilan Brigitte yang cukup mengagumkan. Beliau dilihat memberikan satu dimensi baru sebagai seorang isteri ketua negara menerusi gaya yang cukup menarik yang selalu dikaitkan dengan gadis Perancis yang pandai bergaya. Siluet busana pilihannya juga tidak rigid seperti apa yang selalunya dipakai oleh First Lady sebaliknya memilih gaya yang popular.
Fakta Menarik
Brigitte dan Emmanuel berkenalan sebagai seorang guru dan pelajar. Ketika itu Emmanuel baru berusia 15 tahun manakala Brigitte pula berusia 39 tahun. Namun pasangan ini hanya bercinta apabila Emmanuel berusia 18 tahun.
Percintaan ini mendapat halangan dari orang tua Emmanuel namun tiada apa dapat menghalang cinta mereka, walaupun Emmanuel telah jauh dihantar ke kota Paris bagi tujuan memisahkan mereka. Pada tahun 2007 sejurus Emmanuel tamat pelajaran di Universiti, mereka melangsungkan perkahwinan. Fiezreen Ahmad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.