Tahniah buat personaliti televisyen cantik, Norliza Mohd Zain yang merangkul anugerah Penyampai Berita TV Terbaik menerusi Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022)! Tampil menawan dengan persalinan elegan rona hitam, tidak dinafikan figura ini memiliki aura dan pesona memikat.
Liza yang cukup sinonim dengan Buletin Utama TV3 ini bukan lagi asing dalam dunia penyiaran tanah air. Bakat dan kepetahannya menyampaikan sesuatu berita kepada khalayak cukup memberi kesan kepada penonton.
Malah, dia juga mempunyai identiti tersendiri dan disifatkan seorang penyampai berita yang komited serta profesional dalam mengendalikan tugas.
Lebih sedekad mewarnai industri penyiaran dan berpengalaman luas dalam arena tersebut, Liza disenangi rakan sekerja kerana sikapnya yang mesra dan tidak lokek berkongsi ilmu.
Selain bergelar personaliti televisyen, Liza juga merupakan penerbit dan turut menerima tawaran sebagai pengacara bagi pelbagai program berkaitan kerajaan mahupun swasta. Ibu kepada empat cahaya mata ini turut berbakat dalam bidang masakan.
Liza diumumkan sebagai penerima Penyampai Berita TV Terbaik 2022 selepas menewaskan beberapa calon penyampai berita TV lain seperti Ivan Toh (RTM), Hazel Desmond (RTM), Farhatul Aishati Othman (RTM) dan rakan setugasnya, Azaria Tagaya.
Ads
Terdahulu, Anugerah Penyampai Berita TV pernah disandang penyampai berita RTM, Norashikin Abdul Rahman yang kini Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Liza membawa pulang trofi kemenangan dan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali imbas pasti ramai yang menyangka wanita ini baru meniti usia 20an. Hakikatnya, wanita Indonesia bernama Puspa Dewi ini merupakan nenek kepada dua orang cucu dan berusia lebih separuh abad.
26 September nanti, Puspa bakal mencecah 55 tahun! Namun penampilannya tidak mencerminkan usia berkenaan bahkan kekal awet muda.
Nama Puspa mula menarik perhatian warga net termasuk di Malaysia apabila foto dirinya menyambut ulang tahun kelahiran bertebaran di media sosial. Waktu itu, dia berusia 50 tahun dan sama sekali tidak menyangka meraih perhatian luar biasa.
8 Mei lalu, Puspa menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-28 di samping suami tercinta iaitu Andreas Hadi. Bukan hanya dikurniakan suami dan anak-anak penyayang, Puspa juga bertuah kerana mempunyai dua orang cucu comel iaitu Neil dan Leeon.
Kongsi Puspa di Instagram miliknya, “Foto saat ulang tahun 50, empat tahun lalu. Tuhan berikan aku viral mendadak sampai aku bingung. Mulai dikenal orang-orang yang semula aku tidak mengerti buat content IG, setelah itu harus belajar buat content dari anak-anakku.”
Melihat perkongsian Puspa di media sosial, wanita ini kelihatan seperti gadis remaja. Lebih-lebih lagi tengok stamina Puspa setiap kali bersenam. Aktif betul!
Ketika namanya tular, dia merupakan seorang pegawai di Bank Danamon Indonesia. Namun kini dia merupakan usahawan minuman fiber iaitu Flimty. Flimty mula berada di pasaran Indonesia pada tahun 2020.
Bersandarkan populariti, wajah cantik dan kesihatan Puspa, perniagaan yang diusahakan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Apatah lagi anak sulungnya ialah pakar nutrisi dan kecergasan.
Tak hairanlah Puspa boleh mengekalkan tubuh ideal dan mementingkan kesihatan diri.
Tak lekang mengukir senyuman, ibu kepada Dennis Hadi dan Daniel Hadi ini gemar menjalani amalan gaya hidup sihat.
Miliki susuk tubuh sihat dan cantik dengan Zero ZT-Romeo Treadmill di sini. Guna kod NONGPS5 untuk diskaun!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kini setiap orang mempunyai handphone untuk keperluan harian. Bukan sahaja generasi milenium tidak boleh hidup tanpa gajet malah golongan veteran juga tidak ketinggalan.
Gajet sudah menjadi item keperluan yang akan di bawa ke mana-mana saja. Sebelum tidur mesti meneliti Instagram, Facebook, Snapchat atau mengedit gambar. Malah sebaik sahaja bangun tidur terus meneliti notifikasi sebelum mula bersenam.
Tidak ada salahnya gila gajet tetapi tahukah anda kebiasaan terlalu menghadap gajet boleh menyebabkan kulit kusam dan cepat tua. Tidak percaya? Perhatikan apa yang dilakukan secara tidak sengaja bersama gajet dan solusi mengatasi masalah cepat tua dengan gajet.
(a) Terlalu lama menunduk
Ketika melayari Internet atau melihat sosial media di telefon pintar, anda sering menunduk. Jika menunduk terlalu lama dan dilakukan saban hari selama berjam-jam akan membuat kulit leher berkedut dan membentuk lipatan. Jika umur masih terlalu muda tetapi kulit leher sudah berlipat dan berkedut pasti mengundang rasa malu dan hilang keyakinan diri. Bukan itu sahaja tabiat ini mengundang penampilan kurang menarik, otot leher menjadi kaku dan mata cepat penat.
Apa yang boleh dilakukan:
Kerap membuat regangan di bahagian leher, muka dan mata. Jangan biarkan otot di kawasan sekitar ini kaku dan penat. Selain itu, boleh memelihara kecantikan kulit leher dengan menggunakan produk khusus untuk leher. Anda boleh menggunakan topeng atau mask di kawasan leher untuk meningkatkan jumlah sel-sel untuk regenerasi kulit serta meningkatkan kadar lembapan kulit leher. Terdapat juga ekstrak buah-buahan yang boleh merangsang pengeluaran kolagen di bahagian kulit leher.
(b) Kemunculan mata panda
Apa yang sering dilakukan ketika tersekat di jalan raya? Selfie, edit gambar atau bermain candy crush? Jangan tipu diri sendiri, paling tidak anda akan stalk Instagram rakan atau artis pujaan. Apa yang dilakukan tidak baik untuk mata kerana daya tumpu diarah kepada gajet yang kecil itu. Terlalu lama menatap skrin telefon pintar akan membuat ketajaman mata semakin menurun, mata cepat kering, merah dan penat. Tahukah anda apabila mata menjadi kering akan mempengaruhi kelembapan kulit di sekitar mata.
Gelombang biru terpancar melalui telefon pintar atau gajet lain boleh mengganggu ritma tidur tanpa sedar. Berjaga malam sambil memaksa mata memberi tumpuan pada skrin gajet akan mewujudkan mata panda.
Apa yang boleh dilakukan:
Pastikan mata berehat selepas 20 minit menghadap gajet. Anda boleh juga melakukan senaman mata seperti melihat pokok-pokok hijau yang paling jauh di mata. Selain itu jangan lupa menyapu krim mata untuk memberi lembapan di kawasan kulit sekitar mata. Istilah mata panda apabila kawasan kulit sekitar mata menghitam, kulit kering dan berkedut. Hyaluronic acid (HA) boleh membantu memberi lembapan dan mengurangkan kedutan.
(c) Skrin gajet punca jerawat
Kadang-kadang sukar dipercayai bahawa gajet menjadi punca jerawat. Tetapi ini adalah hakikat sebenarnya. Anda menyentuh skrin telefon pintar atau gajet lain ratusan kali sehari dan ia diletakkan di pelbagai tempat malah ada yang menjadi teman setia ketika di dalam tandas. Gajet jarang sekali dibersihkan atau nyahbakteria, setuju kan? Ditambah lagi dengan mulut manusia penyumbang utama bakteria. Kombinasi dua elemen ini memindahkan bakteria ke wajah dan jerawat akan muncul.
Apa yang boleh dilakukan:
Amalkan membersihkan skrin telefon pintar setiap hari. Anda boleh juga menghilangkan jerawat dengan membuat rawatan wajah khusus untuk membuang jerawat. Jika tidak mahu membuat rawatan di spa atau klinik boleh melakukan sendiri dengan membeli krim mengeringkan jerawat. Baca dengan teliti kandungan krim tersebut dan sesuai dengan jenis kulit. boleh juga menggunakan madu dan lemon untuk mengecutkan jerawat secara semula jadi. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik perkahwinan Menteri Besar Selangor dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad mencecah usia 21 tahun. Meskipun sudah lebih dua dekad hidup bersama namun kehangatan cinta dan kasih di antara mereka masih mekar.