Kini setiap orang mempunyai handphone untuk keperluan harian. Bukan sahaja generasi milenium tidak boleh hidup tanpa gajet malah golongan veteran juga tidak ketinggalan.
Gajet sudah menjadi item keperluan yang akan di bawa ke mana-mana saja. Sebelum tidur mesti meneliti Instagram, Facebook, Snapchat atau mengedit gambar. Malah sebaik sahaja bangun tidur terus meneliti notifikasi sebelum mula bersenam.
Tidak ada salahnya gila gajet tetapi tahukah anda kebiasaan terlalu menghadap gajet boleh menyebabkan kulit kusam dan cepat tua. Tidak percaya? Perhatikan apa yang dilakukan secara tidak sengaja bersama gajet dan solusi mengatasi masalah cepat tua dengan gajet.
(a) Terlalu lama menunduk
Ketika melayari Internet atau melihat sosial media di telefon pintar, anda sering menunduk. Jika menunduk terlalu lama dan dilakukan saban hari selama berjam-jam akan membuat kulit leher berkedut dan membentuk lipatan. Jika umur masih terlalu muda tetapi kulit leher sudah berlipat dan berkedut pasti mengundang rasa malu dan hilang keyakinan diri. Bukan itu sahaja tabiat ini mengundang penampilan kurang menarik, otot leher menjadi kaku dan mata cepat penat.
Apa yang boleh dilakukan:
Ads
Kerap membuat regangan di bahagian leher, muka dan mata. Jangan biarkan otot di kawasan sekitar ini kaku dan penat. Selain itu, boleh memelihara kecantikan kulit leher dengan menggunakan produk khusus untuk leher. Anda boleh menggunakan topeng atau mask di kawasan leher untuk meningkatkan jumlah sel-sel untuk regenerasi kulit serta meningkatkan kadar lembapan kulit leher. Terdapat juga ekstrak buah-buahan yang boleh merangsang pengeluaran kolagen di bahagian kulit leher.
(b) Kemunculan mata panda
Apa yang sering dilakukan ketika tersekat di jalan raya? Selfie, edit gambar atau bermain candy crush? Jangan tipu diri sendiri, paling tidak anda akan stalk Instagram rakan atau artis pujaan. Apa yang dilakukan tidak baik untuk mata kerana daya tumpu diarah kepada gajet yang kecil itu. Terlalu lama menatap skrin telefon pintar akan membuat ketajaman mata semakin menurun, mata cepat kering, merah dan penat. Tahukah anda apabila mata menjadi kering akan mempengaruhi kelembapan kulit di sekitar mata.
Gelombang biru terpancar melalui telefon pintar atau gajet lain boleh mengganggu ritma tidur tanpa sedar. Berjaga malam sambil memaksa mata memberi tumpuan pada skrin gajet akan mewujudkan mata panda.
Ads
Apa yang boleh dilakukan:
Pastikan mata berehat selepas 20 minit menghadap gajet. Anda boleh juga melakukan senaman mata seperti melihat pokok-pokok hijau yang paling jauh di mata. Selain itu jangan lupa menyapu krim mata untuk memberi lembapan di kawasan kulit sekitar mata. Istilah mata panda apabila kawasan kulit sekitar mata menghitam, kulit kering dan berkedut. Hyaluronic acid (HA) boleh membantu memberi lembapan dan mengurangkan kedutan.
Ads
(c) Skrin gajet punca jerawat
Kadang-kadang sukar dipercayai bahawa gajet menjadi punca jerawat. Tetapi ini adalah hakikat sebenarnya. Anda menyentuh skrin telefon pintar atau gajet lain ratusan kali sehari dan ia diletakkan di pelbagai tempat malah ada yang menjadi teman setia ketika di dalam tandas. Gajet jarang sekali dibersihkan atau nyahbakteria, setuju kan? Ditambah lagi dengan mulut manusia penyumbang utama bakteria. Kombinasi dua elemen ini memindahkan bakteria ke wajah dan jerawat akan muncul.
Apa yang boleh dilakukan:
Amalkan membersihkan skrin telefon pintar setiap hari. Anda boleh juga menghilangkan jerawat dengan membuat rawatan wajah khusus untuk membuang jerawat. Jika tidak mahu membuat rawatan di spa atau klinik boleh melakukan sendiri dengan membeli krim mengeringkan jerawat. Baca dengan teliti kandungan krim tersebut dan sesuai dengan jenis kulit. boleh juga menggunakan madu dan lemon untuk mengecutkan jerawat secara semula jadi.
Semasa proses penuaan berlaku ia merangkumi keseluruhan, bukan sekadar pada kulit bahkan kuku juga mengalaminya. Antara tanda-tanda penuaan pada kuku ialah kusam dan menipis. Selain itu, pertumbuhannya juga perlahan serta permukaannya tidak sekata. Bagaimana untuk memperlahankan proses penuaan pada kuku? Berikut Nona kongsikan caranya:
SUPLEMEN
Tambahkan suplemen untuk memaksimumkan kesihatan kuku. Minta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya. Suplemen yang disarankan untuk kuku ialah:
Biotin atau Vitamin B7
Vitamin ini banyak ditemui dalam beberapa makanan seperti bunga kobis, kerang, cokelat, kacang, ayam, gandum dan berbagai olahan susu.
Kalsium
Kandungan yang sangat penting untuk pertumbuhan kuku. Kekurangan kandungan ini boleh mengakibatkan kuku kelihatan kering dan rapuh.
Vitamin D
Kandungan ini diperlukan untuk memaksimumkan penyerapan kalsium ke dalam tubuh.
Omega 3
Merupakan lemak baik yang diperlukan oleh tubuh. Kekurangan kandungan ini boleh menyebabkan kuku menjadi mudah patah.
KRIM KHUSUS
Jaga kelembapan tangan dan kuku dengan krim khusus. Pilihlah yang mengandungi minyak jojoba atau wheat germ oil.
BUFFER ATAU FILE
Gunakan salah satu daripadanya untuk tujuan menghaluskan permukaan kuku yang tidak rata. Lakukan gerakan sama arah agar kuku tidak mudah rosak dan pecah.
PEWARNA KUKU
Bataskan penggunaan pewarna kuku iaitu seminggu sekali sahaja agar kuku dapat bernafas serta tidak kering.
PETUA KUKU SIHAT BERKILAU
DAUN LIDAH BUAYA
Bersihkan daun lidah buaya dan sapukan secara merata pada kuku. Lakukan rawatan ini secara rutin dan anda akan dapati kuku terlihat lebih cantik dan jernih.
AIR PUTIH
Perbanyakkan meminum air putih. Ini merupakan salah satu cara mudah untuk mencantikkan dan menguatkan kuku dari dalam. Konsumsi air putih membantu agar kuku tidak kering.
LIMAU NIPIS
Sediakan satu sudu jus lemon dan campurkan dengan ubat gigi. Gaul hingga rata kemudian disapukan pada kuku. Tunggu sehingga ia mengering. Setelah itu basuh kuku dengan air suam. Lakukanlah secara teratur sekurang-kurangnya seminggu sekali. Warna kuku akan kembali kepada normal.
BAWANG PUTIH
Parut bawang putih hingga halus, kemudian sapukan pada kuku. Tunggu beberapa minit, setelah itu bersihkan kuku. Boleh juga terus menggosokkan bawang putih tanpa diparut pada kuku. Lakukanlah secara rutin, kuku akan semakin kuat dan tidak rapuh.
CAMPURAN MADU, TELUR & MINYAK ZAITUN
Untuk melembabkan dan melembutkan kuku. Campurkan dua sudu makan madu dan minyak zaitun. Panaskan dan gaul hingga rata, kemudian sediakan telur yang siap dipukul. Campurkan adunan madu dan minyak zaitun dengan telur kemudian sapu rata pada kuku. Tunggu sehingga 10-15 minit kemudian bersihkan kuku.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernahkah anda mengalami mata bengkak atau sembab semasa bangun pagi? Biasanya kalau tidur lewat atau menangis hingga tertidur boleh juga menyebabkan mata bengkak. Sebenarnya terdapat punca-punca lain yang boleh menyebabkan perkara ini terjadi.
POSISI TIDUR
Tidur dengan posisi kepala yang tidak ditinggikan boleh membuatkan cairan terkumpul di bawah mata. Sebaiknya, letakkan bantal di bawah kepala semasa tidur agar tidak berlakunya mata bengkak.
JANGKA MASA TIDUR
Waktu tidur yang cukup bukan hanya membantu badan berfungsi dengan baik bahkan turut mempengaruhi kadar peradangan dalam badan. Jika tidak cukup tidur pembuluh darah di bawah mata akan membesar dan lebih dekat dengan permukaan sehingga tampak lebih bengkak.
MAKANAN & MINUMAN YANG DIAMBIL SEBELUM TIDUR
Jika anda mengambil makanan tinggi natrium atau minuman alkohol berlebihan kemungkinan boleh menjadikan mata bengkak. Kandungan natrium yang tinggi menyebabkan badan menahan air sehingga mengakibatkan mata bengkak. Minuman beralkohol pula penyebab dehidrasi sehingga menyebabkan kulit bawah mata lebih nipis dan mata membengkak.
BAGAIMANA MENCEGAH?
Amalkan meletak hirisan timun atau kain, kapas mahupun uncang teh basah beberapa minit pada kedua mata selepas bangun tidur bagi membantu mengecilkan pembuluh darah.
Tekan tulang di sekitar mata secara lembut untuk melancarkan aliran darah dan mengurangkan cairan yang berlebihan.
Jika mata bengkak akibat makan makanan masin pada malam hari, minumlah air putih saat bangun tidur bagi membantu mengurangkan mata bengkak.
Berusahalah untuk cukup tidur. Gunakan bantal untuk menyokong kepala sehingga dapat mencegah pengumpulan cairan di sekitar mata sepanjang anda tidur.
Jika mata bengkak disebabkan alergi terhadap sesuatu, kenalilah punca alergi tersebut. Barangkali ia berpunca daripada alergi terhadap sabun, kosmetik atau ubat tertentu. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aura dan wajah cantik Kristine Hermosa dalam drama popular Filipina, Pangako Sa’yo suatu masa dulu masih terpahat kemas di hati peminat hingga sekarang meskipun...