NABILA FARHANA

Sama cantik sama padan! Selepas kejayaan Abdul Latif Romly di pentas Sukan Paralimpik, ramai yang mengikuti perkembangan atlet para negara ini. Tidak hanya mengambil tahu karier sukannya yang semakin bersinar, sisi kehidupan peribadi Latif Romly turut menarik perhatian.

Apatah lagi apabila jaguh sukan kelahiran Perlis tersebut mengumumkan pertunangan dengan gadis pilihan pada Oktober lepas. Secara tak langsung, tunangnya yang dikenali sebagai Nabila turut tidak terlepas tempias dunia glamor Abdul Latif Romly.

IKLAN

Tidak kekok dengan ‘perhatian’ khalayak sejak menjalin pertunangan dengan Latif Romly, Nabila atau nama penuhnya Nabila Farhana Musaidi ketika dihubungi Nona tenang menjawab soalan. Dia yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-24 pada 13 Disember lepas, Nabila dalam nada ceria terbuka berkongsi detik perkenalan mereka berdua.

Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya! Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya! Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya! Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya!

“Saya mengenali Latif sejak dari sekolah menengah. Kenal dah lama tapi mula rapat waktu Tingkatan 5. Masa tu ada beberapa minggu lagi sebelum SPM. Latif balik semula ke Perlis untuk ambil SPM selepas pulang dari Incheon. Dari situ kami bertanya khabar dan mula rapat lebih daripada kawan.”

Ditanya keistimewaan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu di matanya, dedah Nabila, “Latif ni seorang yang sangat bersemangat dan bermotivasi tinggi. Saya akui selepas jadi atlet kebangsaan, Latif banyak berubah jadi lelaki yang lebih matang. Kadang-kadang rasa macam dia ni tak ada kekurangan. Aura positif Latif ni lah membuatkan dia istimewa di mata saya.”

Tidak pernah menganggap keadaan tunang tersayang sebagai satu kekurangan, graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini bersyukur dan menerima Latif Romly seadanya. Malah, mereka berdua tidak menyangka akan bertunang dalam masa terdekat.

Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya! Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya! Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya!

“Tak terdetik pun nak bertunang dan berkahwin seawal ini. Latif ada tanya bila boleh meminang tapi saya belum bersedia waktu itu. Ibu bapa kami berdua pun pernah tanya, tak nak kahwin lagi ke? Paling paling pun tunang lah dulu.

Long story short, lepas kerajaan umum dah boleh rentas negeri kami sepakat untuk bertunang. Plan very last minute in just 2 weeks. Dengan izin Allah alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. InshaAllah, kami rancang berkahwin pada Disember 2022.

Kalau tanya impian perkahwinan, saya menginginkan sebuah majlis bertemakan outdoor. Itu pun kalau majlis boleh dibuat. Takut tiba-tiba PKP semula, hanya buat yang mana wajib sahaja.”

IKLAN

Menjelas lanjut penerimaan kedua-dua belah keluarga, Nabila bersyukur hubungan mereka mendapat restu ibu bapa. “Alhamdulillah keluarga saya sangat berhati terbuka menerima Latif. Family kami berdua pun kalau boleh nak satukan kami berdua lebih cepat sebab dah terlalu lama berkawan.”

Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya! Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya! Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya! Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya!

Sementara itu, Nabila yang bertugas sebagai guru sekolah turut berkongsi aktiviti harian. “Saya merupakan seorang guru Sejarah dan Muzik di sekolah rendah. Banyak masa saya habiskan di sekolah lah kalau hari bekerja. Rutin harian sama saja macam orang lain. Weekdays kerja, weekend pula dapatlah hang out dengan kawan-kawan. Kalau cuti panjang sikit, bolehlah nak balik ke kampung di Perlis.”

Meniti usia 24 tahun dan amat mementingkan penampilan diri, Nabila memberitahu dia cukup menitikberatkan soal kesihatan kulit kerana masalah yang dialami. “Saya mempunyai masalah kulit sensitif yang teruk di seluruh badan. Setiap bulan saya akan check up dan ebuat rawatan dengan dermatologist.

IKLAN

Untuk precaution saya hanya gunakan product-product recommended by the dermatologist sahaja. Cuma doktor nasihatkan kawal pemakanan, kurangkan makan manis dan minum air kosong secukupnya. Yang paling penting sentiasa lembabkan kulit bukan sahaja di muka tapi seluruh badan juga.”

Tambahnya lagi, dia turut mengamalkan gaya hidup sihat demi mendapatkan tubuh yang bukan hanya langsing tetapi juga cergas.

Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya! Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya!

Cantik & Bertugas Sebagai Guru, NABILA Dedah Sisi Istimewa LATIF ROMLY Di Matanya!

“Sejujurnya saya tiada masa untuk ke gym. Waktu terluang hanya ada pada hari minggu. Kerjaya saya memerlukan tenaga fizikal dan mental yang banyak. Selepas pulang bekerja saya hanya berehat dan sambung buat persiapan mengajar pada waktu malam.

Jadi waktu terluang yang ada saya akan berzumba sahaja di rumah sekurang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi. Jangan lupa breakfast walaupun sekeping roti, minum air secukupnya dan makan secara on time,” akhirinya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI