Melimpah ruah rezeki Uyaina Arshad sejak berkahwin dan bergelar ibu. Seorang anak yang baik, bijak dan berbakat besar, Uyaina bukan saja menjadi sumber inspirasi kepada ramai wanita. Bahkan kerjayanya juga kian bersinar.
Memulakan karier sebagai pengacara, percaturan untuk masuk ke dunia seni dan penyiaran membuahkan hasil meskipun wanita cantik ini memiliki kelulusan undang-undang.
Dari seorang pengacara, Uyaina kemudian berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan kini menjadi tumpuan banyak jenama dan syarikat untuk menjadikan dirinya sebagai duta.
Biarpun sudah bergelar isteri kepada penyanyi, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 namun populariti Uyaina semakin melonjak naik dan menerima banyak tawaran.
Malah, kredibiliti dan kemampuan anak bongsu daripada empat beradik ini juga kian bersinar. Biarpun sudah mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Raja Urhan pada 8 September 2022.
Orang kata kalau memang berbakat, walau dah berkahwin dan pergi ke mana-mana pun tetap bersinar!
Ads
Terbaharu, satu lagi pencapaian dan kejayaan manis diraih wanita jelita ini apabila dia diundang sebagai hos bagi program realiti popular D’Academy 6.
Uyaina menjadi satu-satunya hos dari Malaysia yang diberi kepercayaan menjayakan program itu di samping empat hos popular Indonesia iaitu Ramzi, Gilang Dirga, Irfan Hakim dan Jirayut Afisan.
D’Academy 6 turut menghimpunkan peserta dari Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, Timor Leste, Thailand, Philippines dan Turkiye.
Difahamkan Uyaina berangkat ke negara jiran sejak pertengahan Jun lalu dan berada di sana selama lebih dua bulan!
Ads
Tidak sekadar menjadi hos D’Academy 6, lebih istimewa apabila Uyaina juga ditawarkan menjadi hos bersempena Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-78.
Kongsinya, “First time diberi peluang hosting Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-78 bareng teman-teman kesayangan.”
Ujarnya lagi, “Indonesia dan Malaysia berkongsi bulan kemerdekaan yang sama, iaitu bulan Ogos atau Augustus. Indonesia tanggal 17, dan kemerdekaan tahun ke-78, Malaysia tanggal 31, dan kemerdekaan tahun ke-66.
Honestly, I am so elated to be here celebrating RI’s Independence Day. Pokoknya, pengalaman yang amazing banget gitu. Terima kasih Indonesia karena udah jadi rumahku.”
Sepanjang berada di sana, Uyaina turut ditemani suami, anak dan ibu tersayang.
Menginjak usia 30 tahun, figura ini juga merupakan Duta Ariani. Mengenali Uyaina, dia sememangnya seorang wanita yang rajin dan sentiasa menyebarkan aura positif kepada semua. Semoga usaha dan kejayaan Uyaina terus berkembang sekaligus menjadi inspirasi ramai.
Sebagai seorang ibu sememangnya sebak tengok Rita Rudaini menghantar anak sulungnya mengikuti persekolahan di sekolah berasrama penuh.
Hanya wanita yang bergelar ibu sahaja yang faham apa yang dilalui oleh selebriti anak kelahiran Kangar, Perlis ini. Umum mengetahui Rita Rudaini membesarkan dua orang anak lelakinya sendirian. Mengenangkan ini, lagi sebak tengok Rita Rudaini memeluk anaknya itu.
Ibu tunggal ini sanggup melakukan apa sahaja demi memperjuangkan hak anak-anaknya. Rita Rudaini seorang wanita yang berhati waja dan cekal menempuh dugaan hidup yang tertulis dalam kanvas hidupnya.
Teringat lagi ketika sesi temu bual bersama wanita hebat ini ketika menjadi penghias muka depan NONA tahun 2018 lalu. Wajahnya benar-benar ceria apabila bercerita tentang anak-anaknya.
Foto: Instagram @ritrud727
Sebagai seorang selebriti, usahawan dan ibu, Rita Rudaini bijak menyusun jadual hariannya agar pelajaran anak-anak tidak terabai. Antara perbualan kami ketika itu, “Seperti biasa saya sibuk dengan persekolahan anak-anak.
Kini saya lebih selektif dalam memilih naskhah dan watak lakonan kerana anak-anak. Mereka sedang membesar dan memerlukan pantauan daripada ibu mereka. Berlakon pun sekarang kena tengok masa saya dengan jadual anak-anak.
Saya tidak lagi boleh tinggal mereka selalu kerana mereka makin membesar dan perlukan saya untuk kerja-kerja sekolah dan aktiviti sekolah yang lain. Jadi saya hadkan masa saya,” terang Rita Rudaini panjang lebar.
Foto: Instagram @ritrud727
Bukan sahaja Rita Rudaini malah setiap ibu di luar sana mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tidak ada seorang pun sanggup spoil anak mereka. Pengaruh media sosial yang berleluasa telah menggugat tugas ibu sebagai pendidik terhadap anak-anak mereka.
Rita Rudaini juga salah seorang ibu yang gerun dengan pengaruh media sosial terhadap anak-anak yang masih kecil dan memerlukan panduan serta tunjuk ajar.
“Ancaman media sosial terhadap anak-anak yang masih kecil memang saya pandang serius. Sebab itu saya tidak dedahkan anak-anak untuk menguruskan sendiri akuan Instagram mereka.
Foto: Instagram @ritrud727
Akaun Instagram mereka pun wujud atas permintaan kawan-kawan tetapi saya tetapkan syarat untuk menjadi admin mereka.
Secara jujurnya anak-anak pun sebenarnya tidak berminat ke arah tu. Penggunaan gajet seperti telefon bimbit memang saya tidak benarkan kecuali apabila cuti persekolahan sahaja.
Quality time dengan keluarga lebih penting dan itu yang saya terapkan pada anak-anak. Saya dan anak-anak sebenarnya suka menghabiskan masa di rumah sahaja.
Foto: Instagram @ritrud727
Mungkin anak-anak mengikut perangai saya yang suka memerap di rumah sahaja berbanding bersantai di luar. Kami jenis suka duduk rumah dan menonton filem bersama-sama. Kadang-kadang jika ada masa terluang kami akan keluar menonton di panggung wayang.
Saya lebih suka mengikut kesukaan anak-anak. Saya tidak pernah mengatur itu ini dan memaksa mereka buat ikut kemahuan dan kesukaan saya” tutur Rita Rudaini yang pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja 98/99, dan berjaya menjadi finalis.
Foto: Instagram @ritrud727
Nyata berbaloi pengorbanan Rita Rudaini membesarkan anak-anaknya. Kini, tinggal Rita Rudaini bersama anak bongsunya sahaja di rumah apabila abangnya tinggal di asrama. Semoga anak-anak Rita Rudaini menjadi anak soleh dan bakal meneman hari tua ibu mereka kelak.
Jika industri tanah air boleh berbangga kerana mempunyai sebutir permata yang bersinar sejak daripada filem hitam putih Melayu era 1960-an, Seniwati Datuk Hajah Sarimah Ahmad. Bollywood pula bangga kerana memiliki insan seni yang mekar sejak dulu sehingga kini, Hema Malini.
Aktres Bollywood yang satu ini, bukan calang-calang pelakon dan merupakan salah seorang pelakon glamor era 70an menjadi idola kepada setiap wanita yang meminatinya. Memang wajar Hema Malini diangkat sebagai idola kerana sejak di awal penampilannya dalam industri seni dan sehingga kini wajahnya tetap jelita bak kata pepatah Inggeris, ageing gracefully.
Kejelitaan yang dimiliki oleh isteri kepada pelakon terkenal Dharmendra ini dicemburui ramai. Namun, pelakon cantik ini begitu merendah diri dan berkata, “Kejelitaan ini merupakan anugerah dari Tuhan dan kita sepatutnya tidak mengabaikan anugerah yang satu ini. Menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan kulit sentiasa bersih dan bebas daripada solekan,” kata Hema Malini.
Hema Malini juga tidak lokek berkongsi rahsia kecantikan yang diamalkannya walau sudah menjangkau usia 71 tahun.
Minum air kosong – Rahsia kulit Hema Malini berseri adalah dengan minum air kosong dengan jumlah yang agak banyak. Air boleh membantu membuang segala toksin dalam badan dan membantu kulit terhidrasi.
Solekan – Seboleh mungkin Hema Malini cuba elak kulitnya bersolek tebal. Namun, mana mungkin kerana tugasnya sebagai seorang selebriti yang memerlukan solekan. Rahsia yang diamalkan oleh Hema Malini adalah menyapu minyak aroma ke wajah sebelum mula bersolek.
Menari – Pelakon Bollywood memang terkenal dengan seni tariannya. Kalau tak pandai berlakon sukar nak memegang watak heroin. Hema Malini merupakan trained classical dancer dan menari merupakan salah satu senaman yang dilakukan oleh pelakon ini selain melakukan aktiviti berbasikal dan yoga.
Puasa – Kehebatan berpuasa memang telah diperakui sehingga wujudnya pola diet yang digelar Intermittent Fasting. Hema Malini juga berpuasa sebagai salah satu rutin dietnya. Pelakon yang lahir pada 16 Oktober 1948 ini akan berpuasa dua kali seminggu.
Makan Malam Awal – Pelakon yang fasih bertutur bahasa Tamil ini akan mengambil hidangan makan malamnya selewat-lewatnya pukul 8.00 malam. Ibu kepada pelakon Esha Deol ini hanya mengambil hidangan yang hadam sebagai makan malamnya. Lagi satu, Hema Malini kurang mengambil hidangan berminyak dan pedas dalam makanannya.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Kejelitaan Engku Aleesya Engku Emran, 11 tahun mewarisi kejelitaan ibunya, Primadona Erra Fazira. Khabarnya, puteri tunggal Miss Malaysia World 1992 ini telah menerima banyak tawaran dalam industri seni terutamanya lakonan iklan.
Walau bagaimanapun pelakon dan penyanyi yang berasal dari Rawang Selangor ini sentiasa menyokong apa sahaja keputusan yang dipilih oleh puteri kesayangannya itu. Cuma buat masa sekarang Engku Aleesya perlu mendapat restu daripada bapanya terlebih dahulu.
Foto: Instagram @errafazira
Teringat kala bertemu dengan pelakon filem Sembilu ini bercerita tentang anak kesayangannya ini di sebuah majlis dahulu. Cerita Erra Fazira tentang Engku Aleesya, “Saya jaga Aleesya tiga hari dan empat hari seterusnya bersama ayahnya.
Saya berbicara dengan Aleesya macam orang dewasa tapi ada juga masa untuk bermanja. Apabila saya nak menjelaskan sesuatu tu saya kena ada fakta, saya bagi contoh untuk buka minda dia. Jadi di situ saya cerita bagaimana kehidupan dewasa nanti apa expectation kita.
Cantik macam mana pun kalau perangai tak elok orang tak suka. Walaupun saya nampak muka dia macam tak berapa faham tapi itu tanggungjawab saya. Saya fikir dalam pada saya ‘simbah (siram) air’ sedikit sebanyak ada penyerapan,” ujar Erra Fazira.
Mendidik anak remaja bukan suatu tugas yang mudah lebih-mebih lagi membesar di era teknologi ini. Erra Fazira juga mengakui turut menghadapi masalah yang sama. “Saya dah mula merasa bahang bila anak meningkat remaja ni makin mencabar tugas sebagai seorang ibu. Bila kita cakap sepatah dia ada jawapan dia, dulu masa kecil hanya “yes mom“.
Foto: Instagram @errafazira
Tapi itu cabaran saya juga, saya pun tidak sempurna. Saya belajar daripada pengalaman dan dalam masa yang sama, saya rasa tanggungjawab ibu zaman sekarang kena banyak membaca, cari pengetahuan atau ilmu parenting untuk mendidik anak.
Saya ada buku saya yang saya beli macam mana nak mendidik anak. Jadi, itu semua saya ambil kira. Sebab masa saya terhad dengan dia. Dalam tiga hari itu lah masa saya nak mendidik, marah dan nak bermanja,” ulas wanita yang berusia 47 tahun ini.
Ramai yang memuji kecantikan dan penampilan Engku Alesya dan adakah ibunya sudah mengajar untuk menjaga kecantikan? “Memang saya dah mula didik Aleesya jaga kecantikan. Macam-macam saya beli untuk dia tapi, being budak dia buat apa dia nak buat. Bila tanya dah pakai, dah bila tengok tak pakai pun.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Saya dulu pun macam tu bila mak membebel kita belum tentu nak pakai tapi bila ada kesedaran baru kita tahu, dulu mak suruh pakai tapi tak pakai kan. Jadi, sekarang ni tiba masa saya membebel dekat Aleesya dan besar harapan saya satu hari dia ada kesedaran untuk menjaga kecantikan,” kata Erra yang mahu beri pendidikan seimbang buat anak tersayangnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.