Ikon antarabangsa yang cukup terkenal, Audrey Hepburn merupakan salah seorang selebriti paling terkenal sepanjang masa, malah hingga kini namanya sering disebut oleh pencinta seni dunia.
Tidak hanya bersandarkan pada wajah yang cantik semata-mata, kemampuannya untuk menunjukkan bakat yang dimiliki memang tidak dapat dinafikan. Malah, beliau juga seorang dermawan yang amat disegani.
Meninggal pada tahun 1993, Hepburn ternyata telah mewariskan kecantikannya pada cucunnya, Emma Kathleen Hepburn Ferrer.
Ads
Meskipun Emma tidak sempat berjumpa dengan neneknya, Ferrer membesar dengan baik dan memperoleh atau mewarisi kecantikan Audrey. Sikap lemah lembut dan baik hati yang dimilikinya juga persis neneknya.
Ferrer dilahirkan pada 1994 di Swiss dan telah berpindah ke Los Angeles pada usia 4 tahun. Namanya menjulang naik pada tahun 2014 ketika dia mengambil bahagian dalam pemotretan untuk mengenang Hepburn dari mulai gambar paling berkesan dan sejarahnya bersama Harper’z Bazaar.
Ads
Mengikuti jejak si nenek, Ferrer juga memiliki komitmen untuk turut menyalurkan bantuan pada pihak memerlukan atas nama kemanusiaan. Ferrer tercatat sebagai duta besar Amerika Serikat untuk UNHCR iaitu organisasi di bawah naungan PBB.
Selain itu, Ferrer juga benar-benar meniru jejak langkah Hepburn untuk bekerja di UNICEF. Tidak hanya bakat seni dan empati yang begitu besar diwariskan pada Ferrer, beberapa barang berharga Hepburn juga turun pada cucu cantiknya tersebut.
Ads
Di antara barang bersejarah tersebut ada kasmir Ralph Lauren turtleneck dan kalung hati emas milik Hepburn yang kini diwariskan pada Ferrer.
Nenek dan cucu ini ternyata sama-sama cantik dan seorang pejuang kemanusiaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkembangan gaya solekan sama seperti peredaran dalam dunia fesyen. Sentiasa berubah mengikut selera generasi masa kini. Mekap artis adalah orang yang berani untuk mengubah trend solekan untuk dijadikan ikutan wanita yang gemar bergaya. Nama Alha Alfa bukan suatu yang asing dalam dunia solekan. Namanya mekar seiring dengan mekap artis selebriti yang lain.
Sentuhan magis jemari juru solek yang satu ini kala berkarya mampu menaikkan seri wajah mempelai dan sentiasa menjadi pilihan selebriti terkenal seperti pelakon adik-beradik Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose. Pernah suatu ketika menjadi tular kerana bersolek menyerupai pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan. Kuasa solekan yang diadunnya atas wajah mencetus impak luar biasa dan menjadi momen terindah untuk dikenang.
APAKAH GAYA SOLEKAN YANG MENJADI PERMINTAAN PADA TAHUN 2017?
Gaya solekan 2017 lebih kepada natural, sweet style dan tidak terlalu merubah wajah pengantin. Melalui teknik yang betul pengantin nampak lebih minimalis tetapi dipengaruhi sentuhan solekan Barat.
APAKAH RAMALAN ANDA GAYA SOLEKAN PENGANTIN 2018?
Andaian saya bakal pengantin 2018 lebih kepada solekan super natural menggunakan teknik effortless yang bermaksud sangat ringkas. Beralih kepada gaya English Wedding Style. Contohnya kening tak lukis sangat, tiada eyeliner tebal-tebal dan tanpa bulu mata. Solekan lebih kepada natural beauty. Perkembangan ini bagus untuk industri mekap di Malaysia kita nampak penambahbaikan.
Suatu masa dahulu menggayakan solekan berwarna-warni, beralih kepada solekan mata mengikut warna baju, kemudian kepada mekap doll pengaruh Korea dan sekarang beralih kepada solekan natural. Saya juga telah mencipta solekan natural mengikut gaya saya yang tidak terlalu heavy dan pengantin nampak manis. 2018 solekan akan jadi lebih pemalas, tanpa bulu mata, kening bersepah-sepah dan shading pun tidak beria sangat. Effortless dan penuh gaya solekan wanita Barat.
5 DO & DON’T BUAT BAKAL PENGANTIN
DO
DON’T
BOLEH BERI TIP BUAT BAKAL PENGANTIN UNTUK TAMPIL BERSERI-SERI PADA HARI BAHAGIA MEREKA?
Bakal pengantin perlu menjaga bahagian dalaman dan tidak membuat persiapan saat akhir. Buat kerja last minute ini akan ganggu emosi kita menjelang tarikh perkahwinan nanti. Kalau boleh seminggu sebelum majlis segala persiapan telah siap dan masa untuk berehat. Serahkan tugas yang berbaki kepada keluarga atau wedding planner. Stres akan memberi kesan yang tidak cantik dan tidak naik seri pada wajah. Waktu sedang mekap sediakan masa untuk mekap sahaja. Jangan dicampuradukkan dengan perkara lain.
SOLEKAN BEGITU PENTING BUAT PENGANTIN WANITA. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMILIH MEKAP ARTIST?
Cari mekap artis yang anda sendiri pernah lihat sendiri hasilnya. Bukan melalui media sosial yang telah ditapis atau menggunakan aplikasi nampak lebih cantik. Jangan menilai solekan lebih-lebih lagi solekan selebriti kerana mereka memang sudah sedia cantik. Sebaliknya tengok look pada selebriti tersebut. Contohnya kalau selebriti tu suka mekap heavy kita teliti hasil solekannya begitu juga kalau selebriti itu suka solekan natural kita amati cara solekannya. Kemudian bagaimana touch mekap artis tersebut kepada orang lain.
Tidak salah sekiranya mintak kebenaran pengantin (kawan-kawan) sekejap untuk melihat cara mekap artis bekerja. Kalau jauh tidak berkesempatan untuk melihat cara mekap artis bekerja boleh mencari foto ‘tagged’ di Instagram lebih-lebih lagi foto daripada juru foto rasmi mereka. Pengantin mesti menetapkan sendiri look yang mereka kehendaki. Kena study sikit look yang bersesuaian dengan wajah sendiri.
Kredit foto: Instagram @alhaalfa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Aida Khalida bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Berpuluh-puluh tahun menjadi anak seni, bakat lakonan pelakon veteran tersebut masih diiktiraf dan menerima banyak tawaran sampai ke hari ini. Siapa sangka, dalam usia lewat 60an namanya tetap utuh di persada seni.
Sinonim menjayakan watak ibu, Aida Khalida atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad meniti usia 65 tahun. Cukup berdisiplin dalam karier, Aida bukan hanya ibu kepada dua anak malah sudah pun bergelar nenek kepada lima orang cucu.
Tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, aktres ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 65 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pembedahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, Aida menerusi sebuah portal mendedahkan dia menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air.”
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak gembira apabila wang yang ‘dilaburkan’ untuk membeli produk kecantikan boleh membantu gadis seluruh dunia menyambung pendidikan di sekolah dan mungkin dapat membebaskan mereka dari kemiskinan keluarga. Clé de Peau Beauté, jenama kecantikan mewah antarabangsa bekerjasama dengan UNICEF untuk merealisasikan inisiatif ini.
Clé de Peau Beauté bakal menderma sebahagian daripada hasil jualan global The Serum kepada UNICEF di mana ia akan disalurkan terus kepada pendidikan gadis di seluruh dunia bagi membongkar potensi mereka melalui Pendidikan.
Inisiatif yang bermula sejak Mei hingga Jun 2020 ini menjadi satu komitment syarikat untuk memainkan peranan proaktif untuk perubahan positif dalam isu sosial terutamanya dari segi pendidikan gadis seluruh dunia terutamanya di Bangladesh, Kygyzstan, Nigeria dan negara-negara lain.
“Menyingkap potensi setiap gadis melalui pendidikan menjadi matlamat utama Clé de Peau Beauté menjalin kerjasama dengan UNICEF, dan kami berbesar hati meneruskan kerjasama ini dengan meletakkan kuasa kepada pembeli.
Menerusi inisiatif ini, kita akan menggalakkan dan memperkasa wanita-wanita lain untuk menyertainya secara peribadi demi memberi pendidikan dan pemerkasaan kepada gadis seluruh dunia hanya dengan pembelian The Serum. Clé de Peau Beauté dibina berdasarkan satu kepercayaan; keserian wanita boleh mempengaruhi perubahan positif kepada dunia.”- Ms. Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Pejenamaan Clé de Peau Beauté.
The Serum, ‘teman karib’ yang membantu memberikan wajah anda belaian manja yang diperlukan. Setiap olesan pada wajah meninggalkan kulit menjadi lebih lembut dan lembap. Ia mudah menembusi kulit, tanpa meninggalkan kesan melekit malah ia juga menampakkan kulit wajah yang gebu.
Langkah mudah untuk aplikasi The Serum sangat ringkas. Ikuti langkah di bawah:
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keanggunan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sering meraih perhatian rakyat. Meskipun sudah meniti usia 50an namun penampilan baginda tidak mencerminkan umur sebenar. Malah Raja Permaisuri Perak ini sentiasa kelihatan awet muda dan bertenaga!