Tak berkelip mata memandang Mira Filzah. Aduhai manis berseri, berhias cincin, gelang, jam tangan dan rantai Swarovski. Definisi Ramadan buat ibu Wan Khair Amir tahun ini tambah bererti… Lebih elegan namun masih mengekalkan nada kesopanan dalam berfesyen.
Syaaban bakal pergi, berganti pula bulan Ramadan yang membawa rahmat dan maghfirah tidak terhingga. Pasti ramai yang ternanti-nanti kedatangan bulan ibadah ini dengan semangat, tak sabar untuk bertarawih di masjid, berbuka puasa beramai-ramai dan membuat persiapan Syawal yang bakal menjelma.
Dapat bertemu semula dan bermaafan, berkumpul sambil menjamu hidangan, ketawa serta melepaskan rindu, tentu meriah! Diserikan lagi dengan helaian baju tradisi, penampilan anda dengan kerlipan aksesori Swarovski pasti tambah dipuji.
Tahun ini juga, Swarovski melengkapi gaya raya anda dengan himpunan aksesori secantik gaya aktres popular Mira Filzah. Berusia 30 tahun, isteri kepada Wan Emir Astar ini dilihat sedang kembali ligat berlakon. Antara drama terbaharunya, ‘Imam Instant Ustazah Scammer’ yang kini rancak ditayangkan di saluran Astro.
Dulu berdua, kini bertiga. Tak puas mata memandang gaya Mira Filzah dalam kempen eksklusif Swarovski, cukup terserlah pesonanya sebagai seorang isteri, ibu, selebriti dan usahawan terkenal.
Dengan rekaan menakjubkan dalam nuansa kehijauan, seleksi Ramadan Swarovski menampilkan aksesori gelang tangan, rantai dan cincin yang mencipta statement fashion.
Ayuh semak inspirasi gaya Mira Filzah dalam aksesori menawan Swarovski ni…
Iconic Swan RM695
Manis menawan, kenakan kalung Swarovski dengan loket ikonik Swarovski Swan rona hijau kristal dan rantai bersadur rose gold. Sesuai dipakai sebagai perhiasan utama menyempurnakan gaya Ramadan anda (klik sini).
Ads
Iconic Swan RM795
Gelang bangle dalam rekaan paling menawan untuk perhiasan di pergelangan tanganmu. Masih mengekalkan rekaan ikonik Swarovski Swan rona hijau kristal dan rantai bersadur rose gold yang memikat (klik sini).
Millenia RM695
Bagi yang menyenangi gaya klasik, gelang bangle dengan batuan hijau berpotongan oktagon serta bertatahkan kristal jernih menyerlahkan kesucian Ramadan. Sesuai dipakai solo atau digandingkan dengan set koleksi Millenia sepadan (klik sini).
Millenia RM665
Ads
Terkenal dengan rekaan ‘dancing stone’, rantai Millenia yang menawan ini diperbuat daripada batuan hijau potongan oktagon dengan bingkai bersadur rose gold bagi menaikkan seri malar segar. Sesuai untuk fesyen kasual mahupun pelengkap sentuhan pada musim Ramadan (klik sini).
Jam Tangan Attract RM1,900
Jam tangan Swarovski buatan Swiss dalam kemasan rose gold dan diperbuat daripada keluli tahan karat bertatahkan 251 batu kristal. Direka supaya menjadi perhatian mata, kenakan jam paling cantik ini sebagai petanda anda menghargai masa (klik sini).
Constella RM665
Ads
Seperti kerlipan bintang di jari-jemarimu, set 2 cincin Constella mengaplikasi keindahan Swarovski Zirconia dan saduran rose gold sebagai penyeri. Kenakan secara solo, bertindih dua atau di jari berasingan bagi mencipta gaya unik anda (klik sini).
Constella RM795
Terinspirasi daripada misteri angkasa lepas, rantai tangan ini direka khas untuk wanita dramatik dan feminin. Menggunakan rantai dengan batuan ‘brilliant cut’, rantai rekaan Pengarah Kreatif Giovanna Engelbert ini juga sesuai digandingkan dengan set dari koleksi Constella yang lain (klik sini).
Angelic RM795
Klasik dan sofistikated, sempurna sekali digandingkan gelang koleksi ini dengan set dari keluarga Angelic yang lain. Dengan rona metal rose gold dan bertatahkan pave kristal, ia sesuai digayakan untuk pelbagai acara. Paling cantik jika dipadankan bersama jam tangan Swarovski untuk acara siang! (klik sini).
Swarovski yang merupakan jenama warisan Austria jelas memahami jiwa setiap wanita sempena kedatangan Ramadan ini. Mengambil inspirasi Mira Filzah, anda juga mampu tampil cantik dan berkarisma dengan himpunan koleksi Swarovski yang serba menawan.
Mudahnya, semua di hujung jari! Kini boleh pesan koleksi kesukaan anda dari rumah dengan melayari website Swarovski (klik sini).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila jerawat ‘singgah’ pada wajah, mesti kita tak senang duduk. Cuba bayangkan jika kulit anda mudah naik jerawat dan tidak terkawal. Ngeri kan! Baik lelaki mahupun wanita, kesihatan kulit wajah tidak boleh diabaikan. Mesti anda gembira bila ada rutin penjagaan kulit wajah yang boleh membantu anda ‘membelai’ kulit dengan ringkas dan berkesan, tidak mengira usia!
Bersempena La Roche-Posay x Shopee Acne Fighters Super Brand Day, rangkaian penjagaan wajah baharu dari Loreal membawa berita gembira untuk anda yang sedang ‘bertarung’ dengan jerawat pada wajah. Bagai magis yang membantu menyelesaikan masalah kulit berjerawat, rutin penjagaan wajah anda menjadi lebih mudah.
Kata orang, prevention is better then cure, kan? Janganlah tunggu sehingga jerawat penuh di muka barulah hendak mencari produk. Dengan rangkaian La Roche-Posay, anda boleh letakkan keyakinan penuh dan jangan culas! Jom baca apa kebaikan produk ini.
Kami senaraikan rangkaian produk rutin penjagaan wajah yang anda perlu tahu:
#1 Effaclar Purifying Foaming Gel
Gel pembersih wajah ini membersihkan kulit daripada kotoran dan minyak serta mengekalkan keseimbangan pH kulit. Malah, ia tidak membuatkan kulit menjadi kering.
Berkesan mengurangkan jerawat, cela, bintik hitam dan mengawal kilau pada wajah.
BEBAS sabun, paraben, alkohol dan minyak.
Memberi keselesaan pada kulit
#2 Serozinc
Penyembur wajah oilblotter dengan infusi zink sulfat yang dicipta untuk memberi keselesaan pada wajah berjerawat, mengawal kilat dan mengetatkan liang pori pada wajah.
#3 Effaclar Duo (Untuk Kulit Berjerawat)
Pelembap anti-jerawat,anti-cela dan anti-pengulangan dengan salicyclic acid dan LHA
Keberkesanannya boleh dilihat seawall 12 jam
Menghilangkan cela wajah, ketidaksempurnaan kulit dan memperbaiki liang pori yang tersumbat
Memberi keselesaan
#4Effaclar K+ (Untuk Kulit Berminyak)
Pelembap dengan Salicyclic acid. Ia anti-oksida dan anti-sebum selama lapan jam
Sesuai untuk kulit yang dengan bintik hitam, tekstur tidak sekata dan kilau berlebihan
Selepas penggunaan satu bulan, tekstur kulit menjadi lebih halus, liang pori tidak tersumbat dan kilauan pada wajah lebih terkawal
Terbukti anti-pengulangan terhadap kesan cela dan bintik hitam
#5Effaclar Mat (Untuk Kulit Normal ke Berminyak)
Pelembap kawalan sebum
Menghalang kilau pada kulit dan memastikan kulit sentiasa halus dan matte
Memberi keselesaan
Apalagi, jangan lupa scroll laman web Shopee di SINI dan dapatkan La-Roche Posay. Rasai sendiri magis yang akan berlaku pada wajah anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhirnya yang ditunggu-tunggu, HUAWEI nova 7 SE bakal menemui anda esok! Smartphone 5G paling berbaloi pada harga RM1,499 ini bakal mencetuskan fenomena baru dengan ciri-cirinya yang hebat pada harga berpatutan.
Malah bukan itu saja, HUAWEI FreeBuds 3i juga boleh dimiliki pada harga RM399. Hebatkan?
Bagi yang masih tidak yakin dengan kehebatannya, tonton video di bawah dan lihat sendiri 9 keistimewaan siri HUAWEI nova 7 ni.
Tunggu apa lagi? Dengan setiap pembelian juga anda berpeluang untuk merebut Triple Rewards iaitu:
Dapatkan freebies bernilai sehingga RM1,256 iaitu HUAWEI Band 4, HUAWEI Cloud Storage – 15GB setahun, casing nova, Huawei Video (di bawah kategori Dimsum) selama 3 bulan, HUAWEI Book (sehingga 30 November 2020) & ganjaran Member Center sehingga RM1,000*
Hadiah percuma dari Karnival HUAWEI AppGallery dengan setiap pembelian produk terpilih.
Berpeluang untuk menang 1 daripada 3 buah kereta Proton X70 yang merupakan hadiah utama dalam Karnival HUAWEI AppGallery 2020.
*Tertakluk kepada terma & syarat. Sah selagi stok masih ada.
SERTAI PERADUAN
Ini mungkin peluang anda untuk memiliki sebuah HUAWEI nova 7 SE baharu dengan menyertai peraduan kongsi dan komen di bawah. Caranya mudah:
1. Tonton video ini (klik sini) berkenaan mengapa anda perlu miliki siri HUAWEI nova 7.
3. Kongsikan ke akaun FB anda (pastikan dalam tetapan Public).
4. Nyatakan 3 sebab ciri-ciri kesukaan anda tentang telefon pintar ini.
Peraduan hebat ini akan berakhir pada 21 Jun 2020 tepat jam 11:59 malam. Jadi jangan lepaskan peluang, siapa tahu andalah pemenang yang bakal diumumkan pada 24 Jun nanti. Good luck!
HUAWEI AppGallery
Ya, segala features hebat ini ternyata sangat berbaloi untuk pengalaman pengguna smartphone seperti anda. Lebih moden, menghiburkan dan memberi kepuasan menyeluruh.
Untuk memuat turun kebanyakan aplikasi kegemaran rakyat Malaysia, anda boleh menggunakan HUAWEI AppGallery di dalam siri Nova 7 ni. Dapatkan maklumat lanjut HUAWEI AppGallery ni di sini!
HUAWEI AppGallery semakin berkembang pesat di Malaysia. Jom tonton video ni untuk ketahui lebih lanjut! Untuk info lanjut tentang HUAWEI AppGallery, layari https://bit.ly/2Y1Gvek
Karnival HUAWEI AppGallery kini kembali lagi secara besar-besaran! Bermula 19 hingga 30 Jun ini, jangan ketinggalan untuk mendapatkan tawaran hebat dan rebut peluang untuk memenangi ganjaran lumayan hingga RM2 juta dalam sesi cabutan bertuah.
Tawaran berlangsung di semua HUAWEI Experience Stores (HES) dengan pelbagai hadiah menarik termasuklah tiga buah kereta Proton X70 serta 500 skuter elektrik untuk anda.
Jika pembelian dibuat sebelum 19 Jun ini di HUAWEI Store, anda juga boleh mendapat baucar bernilai RM160. Jadi tunggu apa lagi, jom pergi dapatkan kereta baru anda sekarang.
Ganjaran HUAWEI Member Center
Dengan setiap pembelian HUAWEI nova 7 SE, selera anda bakal dimanjakan dengan makanan lazat dan pelbagai ganjaran bernilai lebih RM1,000. Bersama rakan kolaborasi seperti Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Texas Chicken, PUMA, AirAsia Big dan sebagainya, pembelian smartphone hebat ni pasti sangat-sangat berbaloi untuk anda!
Peminat game juga boleh mendapat ganjaran baucar The Diamond Royale. Ikut cara-cara ini untuk menebusnya:
Buka aplikasi HUAWEI AppGallery > Pilih tab ‘Gift’ > Tebus hadiah Free Fire ‘Diamond Royale’ > Salin kod
Yang pastinya ramai teruja dengan tawaran hebat HUAWEI ni. Rancang kunjungan anda sekarang supaya tak bersesak atau beratur panjang di HUAWEI Store atau HUAWEI Experience Stores (HES) terdekat.
HUAWEI juga ada sediakan pelan ansuran serendah RM5.20 sehari untuk anda yang sedang berjimat-cermat. Memang bertimbang rasa pada waktu lepas PKP ni.
Pastikan anda tak ketinggalan pada 19 Jun ni. Untuk info lanjut, layari di sini untuk maklumat lanjut HUAWEI nova 7 SE dan klik di sini untuk peranti HUAWEI yang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan persiapan mental semata, tapi persiapan kesihatan pada usia senja juga perlu dijaga umpamanya dengan mengamalkan Minyak Ikan Omega-3 dan CoQ10 kalau nak pakai badan lama!
Gaya hidup sihat bukan sahaja membantu mengekalkan tenaga, malah dapat mencegah pelbagai risiko penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan masalah jantung yang semakin tinggi seiring pertambahan usia.
Pengambilan suplemen sebagai salah satu langkah pencegahan juga dapat membantu tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi, terutamanya apabila badan mula kekurangan zat yang penting untuk kesihatan keseluruhan.
Kebaikan Minyak Ikan Omega-3 & CoQ10
Usia dewasa adalah waktu yang sangat sibuk. Mengamalkan suplemen adalah cara bijak untuk memenuhi keperluan vitamin yang diperlukan tubuh badan. Tapi, suplemen apakah yang terbaik untuk diamalkan?
Minyak Ikan Omega-3 terkenal dengan manfaatnya untuk kesihatan jantung. Kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang mengandungi asid lemak EPA dan DHA, yang terdapat dalam Omega-3 dapat menyokong kesihatan jantung secara menyeluruh.
EPA dan DHA berperanan dalam mengekalkan tahap trigliserida yang sihat serta membantu menstabilkan tekanan darah. Dengan manfaat ini, Omega-3 dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan fungsi kardiovaskular, menjadikannya pilihan penting untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung.
CoQ10 merupakan suplemen penting yang membantu mengekalkan tahap lipid darah yang sihat, termasuk trigliserida dan kolesterol, sekali gus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Ia berperanan mengurangkan pengoksidaan dan kerosakan akibat radikal bebas pada lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) iaitu kolesterol jahat yang boleh menyebabkan penyumbatan arteri.
Sebagai antioksidan, CoQ10 juga menyokong kesihatan saluran darah seperti arteri, vena, dan kapilari, memastikan peredaran darah yang lancar dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
GAYA HIDUP
Sebelum ditimpa penyakit, adalah lebih baik untuk mencegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Mulakan dengan senaman secara konsisten, yang membantu meningkatkan stamina dan kesihatan jantung.
Jaga pemakanan dengan memilih makanan yang seimbang dan berkhasiat, serta kurangkan makanan bergula dan berlemak. Pengambilan suplemen yang betul juga boleh menyokong keperluan nutrisi harian, memastikan tubuh mendapat zat penting yang mungkin tidak mencukupi melalui diet sahaja.
Hari Jantung Sedunia
Sempena sambutan Hari Jantung Sedunia, jenama suplemen terkenal dari Australia, BLACKMORES bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung.
Penting untuk memilih suplemen dengan reputasi terbaik. Suplemen atau makanan tambahan bukan sahaja perlu disahkan halal, malah dibuat mengikut standard pengilangan tertinggi, menepati piawaian GMP dan telah diuji selamat.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan suplemen jenama ini bolehlah berkunjung ke booth BLACKMORES di Aeon Mall, Shah Alam bermula 24-29 Sep 2024 ini pada jam 10.00 pagi – 10.00 malam. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan adalah:
Ceramah Kesihatan
Percubaan produk BLACKMORES
Pelbagai aktiviti menyeronokkan
Usah lepaskan peluang ini untuk memulakan gaya hidup sihat dari sekarang. Maklumat lanjut tentang produk BLACKMORES, boleh layari: https://www.blackmores.com.my/.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.