Walaupun sudah mempunyai kehidupan selesa dan kewangan yang stabil, tapi masih ramai wanita begini yang memilih untuk terus bekerja. Umpamanya Datin Nana yang merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif di USANITA.

Barangkali ramai yang tertanya-tanya, kenapa masih ada sesetengah wanita yang berniaga walaupun sudah menjalani kehidupan idaman. Goyang kaki kan senang, semuanya ada… rumah besar dan kereta, kenapa mesti bekerja lagi?

IKLAN

Stigma di atas menjadi topik perbualan Majalah Nona dengan Datin Nana pada Khamis, menerusi sesi di Instagram Live. Dalam sesi ini, Datin Nana atau nama penuhnya Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan banyak memberi pencerahan sambil berkongsi pengalaman beliau sendiri yang turut bergelar usahawan.

Pernah Jadi Kerani, ‘Terpaksa Kerja’ Di Syarikat Sekuriti, Datin Nana Dedah Struggle Belajar Dari Bawah
Datin Nana merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di USANITA Sdn Bhd

 

Pernah Jadi Kerani, ‘Terpaksa Kerja’ Di Syarikat Sekuriti, Datin Nana Dedah Struggle Belajar Dari Bawah
Wanita jelita ini diiktiraf Nona Best Strategic Business Thinker Award di Nona Superwoman Award 2020

 

Tak sangka di sebalik ‘kesenangan’ beliau sekarang, rupanya banyak juga kepahitan yang dilalui. Tapi yang paling mencuri perhatian kami adalah ketika beliau mula-mula ‘dipaksa bekerja’ selepas tamat pengajian ijazah.

Tonton video rakaman IG Live Majalah Nona di bawah untuk kisah inspirasi Datin Nana…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

 

JADI KERANI

Berkelulusan Ijazah Perniagaan Antarabangsa di Multimedia University, Datin Nana awalnya pernah berhasrat mendaki tangga syarikat korporat.

“Habis je degree, saya terus diarahkan bekerja dalam syarikat keluarga. Tapi sebenarnya impian saya nak join syarikat korporat atau private sector, macam kawan-kawan lain.

Bila disuarakan niat tu, ayah saya cakap, ‘No. You cannot go there. Come and kerja dengan ayah di pejabat.’ Jadi saya terpaksa la kerja walaupun kurang faham dengan nature business tu.

Bayangkan saya di pejabat tu hanya seorang kerani. Even bukan di Jabatan HR atau Akaun! Malah saya masuk kerja tu pun dapat gaji biasa, macam gaji seorang kerani.

Saya pun expect mula-mula terus dapat jawatan tinggi… tapi tak! Saya dengan beberapa kerani lain bekerja masukkan data pelanggan. Ayah saya buka syarikat kawalan keselamatan, jadi kami banyak documentation disebabkan berurusan dengan jabatan kerajaan atau badan korporat.

Sebenarnya ayah nak saya belajar dan timba pengalaman dari bawah. Memang susah tapi dari situlah saya belajar sampai boleh mengelola perniagaan sendiri sekarang,” jelas Datin Nana yang mengagumi prinsip hidup ayahnya Prof. Dato Sri’ Dr. Hj Hasan bin Yusoff.

Pernah Jadi Kerani, ‘Terpaksa Kerja’ Di Syarikat Sekuriti, Datin Nana Dedah Struggle Belajar Dari Bawah
Seorang yang versatil, sukakan kecantikan dan dekorasi

 

Tambah Datin Nana yang menjadikan figura Iron Lady Datuk Dr Maznah Hamid sebagai mentornya, beberapa pesanan ini menjadi tangkal kejayaan untuk melangkah lebih jauh ke depan.

IKLAN

“Kata arwah, wanita kena sentiasa berani sebab bidang yang kita ceburi ni selalu dimonopoli oleh lelaki. Bidang keselamatan majoritinya dipegang oleh bekas-bekas Ketua Polis. Hampir semua lelaki memonopoli bidang kawalan keselamatan.

Jadi kita kena berani kerana bidang kawalan keselamatan ni sangat ‘tough’. Kita perlu berurusan dengan manusia, bukannya seperti menjual produk atau pegang stok.” Allahyarhamah Datuk Dr Maznah Hamid

 

HIDUP SENANG

Berbalik kepada topik IG Live iaitu ‘Hidup Senang, Kenapa Masih Bekerja?’, Datin Nana yang kini berusia 37 tahun turut memberikan pandangan tersendiri.

“Bagi saya, wanita nak bekerja sebab kita rasa minat dan wajib ada kerjaya. Dalam jiwa wanita tu memang ada sifat tak boleh duduk diam.

IKLAN

Bahkan sekarang pada musim pandemik, ramai yang bekerja dari rumah dan kita perasan ramai yang semakin kreatif serta inovatif mempelbagaikan peluang berniaga sambil bekerja.” Datin Nana

Pernah Jadi Kerani, ‘Terpaksa Kerja’ Di Syarikat Sekuriti, Datin Nana Dedah Struggle Belajar Dari Bawah
USANITA menyediakan pelbagai bantuan untuk para usahawan tanpa mengenakan bayaran

 

Persoalannya, betul ke peluang pekerjaan semakin terhad, sehinggakan banyak siswazah terpaksa berebut mendapatkan kerja?

“Ya. Daripada statistik Jabatan Perangkaan Negara (2019-2020), sekarang ni terlalu ramai graduan yang memohon pekerjaan. Pada suku tahun pertama, 500,000 orang telah berdaftar dengan Jobstreet dan majoriti daripadanya berasal daripada latar belakang keluarga B40.

Jadi sambil menunggu panggilan, mereka mulakan bisnes kecil-kecilan, jadi ejen, stokis atau dropshipper. Itu sebenarnya peluang yang mesti diambil oleh siswazah atau suri rumah untuk berniaga secara part time.

Saya juga terpanggil untuk berkongsi misi dan visi USANITA sebagai penaja utama Pencarian Nona Superwoman untuk para usahawan SME.

Kita sengaja menetapkan golongan B40 dan M40 di luar bandar, kerana kita tahu mereka mungkin mengalami masalah prasarana, sumber kewangan dan saluran ilmu yang banyak. Kita beri keutamaan pada mereka untuk serlahkan perniagaan dengan platform ini.” Datin Nana

Pernah Jadi Kerani, ‘Terpaksa Kerja’ Di Syarikat Sekuriti, Datin Nana Dedah Struggle Belajar Dari Bawah
Sesi IG Live Majalah Nona mendapat sambutan yang baik

 

Misi USANITA untuk memastikan sokongan dalam memperkasa pembangunan dan kesejahteraan masyarakat terutamanya golongan wanita serta B40, dilihat selari dengan niat Majalah Nona dalam memperkasakan ekonomi wanita Malaysia.

Organisasi ini membangunkan pelbagai peluang termasuk program pembangunan merangkumi bantuan kebajikan dan sosial, bantuan komuniti, seminar motivasi dan keusahawanan serta pendidikan yang berterusan. Untuk maklumat lanjut, hubungi USANITA sekarang!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI