Biarpun sudah bergelar ibu, namun figura ini sentiasa tampil menawan setiap kali membuat persembahan. Memiliki tubuh badan yang kecil, wajah yang jelita serta suara yang lunak menjadikan penyanyi ini antara barisan selebriti yang memiliki pakej yang lengkap. 

Ads

Cantik Menawan Selepas Bergelar Ibu, ERNIE ZAKRI Kongsi Perspektif Tampil Sempurna Di Media Sosial

Ernie Zakri atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, tidak memandang peranan ibu sebagai batu penghalang untuk dirinya terus ligat berkarya dalam industri muzik tempatan, pelantun lagu Ku Bersuara ini komited untuk memberikan yang terbaik kepada peminat-peminatnya.

Cantik Menawan Selepas Bergelar Ibu, ERNIE ZAKRI Kongsi Perspektif Tampil Sempurna Di Media Sosial

Malah, diari kariernya terus berkembang apabila baru sahaja melancarkan single terbaru Astana. Bukan itu sahaja, malah penyanyi yang pernah menjuarai Bintang RTM 2019 ini juga layak untuk ke Anugerah Juara Lagu ke-37 menerusi lagu Korban. Sudah terang lagi bersuluh, wanita ini tidak pernah lelah untuk mencapai impiannya.

Namun, statusnya yang kini bergelar ibu dan juga sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera serta bualan netizen, semestinya mahu tampil sebaik mungkin di laman sosial untuk tatapan peminat istimewanya. 

Cantik Menawan Selepas Bergelar Ibu, ERNIE ZAKRI Kongsi Perspektif Tampil Sempurna Di Media Sosial

Pun begitu, menurut ibu kepada Nur Khawla Sofea, untuk tampil sempurna di media sosial bukanlah perkara yang mudah. Sudah pasti istilah ‘kesempurnaan’ itu sukar untuk dicapai sebagai manusia biasa. Tetapi, ia bukanlah alasan untuk tidak menjadi yang lebih baik dari semalam.

Jujurnya, untuk menjadi sempurna di laman sosial bukanlah perkara yang mustahil. Apatah lagi, kita sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Tetapi, harus diingat, kita sentiasa menjadi yang lebih baik dari semalam.

Cantik Menawan Selepas Bergelar Ibu, ERNIE ZAKRI Kongsi Perspektif Tampil Sempurna Di Media Sosial

Ads

Bagi dirinya sebagai seorang selebriti, dan juga memiliki bilangan pengikut yang ramai di laman sosial, dia menggunakan sehabis baik untuk menyebarkan nilai-nilai positif.

Kongsinya lagi, untuk tampil sempurna di laman sosial pastinya menjadi impian semua orang. Namun, usahlah jadikan laman sosial sebagai platform yang menyebarkan nilai negatif.

Cantik Menawan Selepas Bergelar Ibu, ERNIE ZAKRI Kongsi Perspektif Tampil Sempurna Di Media Sosial

Ads

Cantik Menawan Selepas Bergelar Ibu, ERNIE ZAKRI Kongsi Perspektif Tampil Sempurna Di Media Sosial

Kita tidak mungkin jadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.

“Berbaiklah dengan yang lain dan berilah komen dan kata-kata yang positif. Usah terlalu mudah untuk menghukum di laman sosial sehingga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling.

Sekadar info, Ernie Zakri mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Sofea.

Sumber gambar: Instagram Ernie Zakri

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI