Penjagaan kulit wajah sering kali diambil mudah golongan wanita. Pemilihan produk yang tidak mengikut piawaian kesihatan juga menjadi salah satu punca ‘kerosakan’ kulit. Tahukah anda, penggunaan sleeping mask ketika tidur boleh membantu anda mendapat kulit wajah yang sihat dan anjal?
IKLAN
Pemilihan produk dari bahan-bahan semula jadi adalah perkara utama sebelum penggunaan sesuatu produk.
Tip penjagaan kulit
Kulit wajah ada kalanya berubah mengikut kitaran haid. Sesetengah wanita yang mengalami kulit kering dan ada kalanya kulit menjadi akan menjadi lembap. Bagi anda yang sering mengembara, terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan panduan:
i) Minum air secukupnya
ii) Jangan minum air beralkohol.
iii) Gunakan sleeping mask sewaktu di dalam penerbangan (walaupun kulit anda berminyak, ia masih memerlukan air agar terus lembap).
iv) Berikan masa untuk kulit ‘berehat’ atau bebas daripada solekan.
IKLAN
Terdapat beberapa persoalan mengenai kulit wajah antaranya:
1) Apa yang berlaku pada kulit wajah ketika sedang tidur?
– Fix atau memperbaiki : proses membaik pulih bermula. Sel kulit lama mula keluar, kerosakan radikal bebas ditanggalkan dan sel baru mula keluar di permukaan wajah.
IKLAN
– Fight: Tidur meningkatkan melantonin, antioksidan yang kuat membantu melawan tanda-tanda penuaan dan kedutan wajah.
– Firm: Pertubuhan hormon yang merangsang kolagen kulit, keelastikan dan firmness sewaktu tidur.
2) Apakah posisi tidur yang sesuai ketika menggunakan sleeping mask?
– Posisi terbaik adalah tidur menghadap atas (terlentang) agar tiada tekanan dikenakan pada wajah. Namun jika anda lebih biasa tidur secara mengiring, laburkan sedikit wang untuk membeli bantal yang bagus untuk kedudukan tidur agar dapat menghindari tanda berkedut.
Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu ‘Pencuri Hati’, Nur Suhada Jebat atau lebih mesra disapa sebagai Ayda Jebat. Terbaharu dia mendedahkan bahawa rezekinya semakin mencurah-curah.
Meskipun kini dia sudah berkeluarga, mempunyai seorang cahaya mata dan bakal menantikan ketibaan cahaya mata kedua hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Nabil Mahir.
Buktinya , dia masih lagi mendapat kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta bagi produk minuman berasaskan kolagen Aura White Global Sdn Bhd.
Ini Punca Mengapa Ayda Bersama Aurawhite, Selama Sembilan Tahun
Menurut pengasas Aurawhite, Datin Furyna Azmeer, ketika disoal bagaimana hubungan kerjasama antara Aurawhite dan Ayda Jebat dapat terjalin dalam jangka masa yang lama, jelas Furyna, Ayda Jebat merupakan selebriti yang mudah memberikan kerjasama.
“Kami memilih untuk mengekalkan Ayda Jebat sebagai duta Aurawhite sejak 2014, bermakna sudah sembilan tahun Ayda bersama Aurawhite.
“Sangat senang berurusan dengan Ayda, malah sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya cukup tersentuh dan masih mahu dia menjadi sebahagian daripada Aurawhite,” jelasnya lagi.
Ayda Berterima Kasih, Anggap Ini Rezeki Anak!
Manakala Ayda Jebat pula berterima kasih terhadap jenama tersebut kerana masih mengekalkan dirinya sebagai duta.
“Alhamdulillah, saya jatuh cinta dengan produk ini. Aurawhite bukanlah satu-satunya jenama yang saya pegang dalam tempoh yang lama.
“Kadang-kadang terfikir juga, bilakah kontrak akan berakhir kerana kadang-kadang terfikir pihak penaja tak mahu ke tukar dengan orang lain.
“Saya anggap ia sebagai rezeki. Alhamdulillah dari zaman bujang sampai dah nak masuk anak kedua,” ujar ibu kepada Ana Nayla ini.
Terdahulu, Aura White yang terkenal dengan tagline Shake Shake Uolls melancarkan produk minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini iaitu Aurawhite Dazzle Glopeptide yang bahan aktifnya lebih tinggi dan premium.
Kolagen peptida adalah kolagen yang dihidrolisis dimana ia lebih halus dari kolagen biasa dan memberikan penyerapan lebih cepat untuk tubuh badan.
Ia dapat membantu untuk memberikan pencerahan kulit lebih cepat, melembapkan kulit, memudarkan parut, mengurangkan jerawat dan jeragat, mengatasi masalah penuaan, menganjalkan kulit dan juga sangat baik untuk kuku, rambut dan juga tumit kaki.
Di Indonesia, penyanyi Raisa Andriana sememangnya popular dan sentiasa menjadi perhatian ramai. Bukan sekadar bersuara merdu, kecantikan ibu kepada seorang cahaya mempersonakan, bahkan kecantikannya sering kali menjadi inspirasi. Namun bagi Raisa, kelihatan cantik bukan sekadar tampil menawan, tetapi bagaimana seorang wanita mampu memainkan peranan penting dalam memperkasakan antara satu sama lain dalam berkongsi perkara positif dan menyokong antara satu sama lain.
Dan pada usia 31 tahun, Raisa dilihat telah banyak mememangi anugerah, menghiasi muka depan majalah terkenal dan mencipta muzik yang sentiasa mendapat tempat di hati pendengarnya. Biarpun sudah sedekad, Raisa sentiasa menampilkan karya terbaik yang menjadi penanda aras kepada bakal pelapis industri muzik dan hiburan.
Anak kepada pasangan Allan N. Rachman dan Ria Mariaty sememangnya berbakat dalam membawakan pelbagai genre muzik bermula dari Pop, Jazz, R&B dan Soul. Namun tidak ramai yang tahu, sebelum berjaya dan popular seperti sekarang, wanita yang lahir di Jakarta pada 6 Jun 1990 ini dah pun menempul pelbagai liku-liku kehidupan sebelum berjaya sehingga kini. Sejak berusia 3 tahun lagi, minat dan bakat Raisa dalam dunia nyanyian dah cukup terserlah kerana Raisa mendapat inspirasi untuk menyanyi dari ibunya.
Raisa sewaktu kecil bersama ibunya.
Dek suaranya yang merdu, seiring usianya Raisa menjadi pilihan untuk menyanyi di persembahan majlis hari jadi, reunion, malah pentas muzik dan seni, dan seterusnya menjadi penyanyi latar RAN. Dari situlah Raisa terus mengasah vokalnya hingga menjadi penyanyi terkemuka. Raisa juga turut mengagumi penyanyi Alicia Keys.
Pada usia 30 tahun, Raisa telah menerima banyak anugerah, menghiasi siri muka depan majalah terkenal dan mencipta muzik yang sentiasa mendapat tempat di hati pendengarnya. Biarpun sudah sedekad mula bekerja, Raisa sentiasa menampilkan karya terbaik yang menjadi penanda aras kepada bakal pelakon industri muzik dan hiburan.
Isteri kepada pelakon Hamish Daud, Raisa Andriana telah menjadi simbol wanita ideal yang menjadi contoh wanita yang sukses di karier dan keluarga. Raisa juga mempunyai kebolehan menguruskan beberapa bidang perniagaan yang laris di Indonesia di mana Raisa memiliki dua restoran Cipete, Jakarta Selatan dan Titik Temu di Seminyak, Bali.
Sebagai seorang ibu dan isteri, Raisa percaya setiap wanita mempunyai peranan penting dan tanggungjawab besar. “Setiap wanita mempunyai peranan masing-masing baik dalam kerjaya mahupun rumah tangga. Sebagai penyanyi, saya gembira dapat dapat memberi inspirasi kepada orang lain terutama generasi muda untuk sentiasa memajukan industri muzik negara,” katanya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Siapa yang tidak jatuh cinta dengan filem Ada Apa Dengan Cinta?, sebuah filem romantis Indonesia yang diterbitkan pada 2002 arahan Rudi Soedjarwo yang dibintangi oleh Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo.
Ia mencipta fenomen tersendiri walaupun filem tersebut tidak ditayangkan di pawagam tanahair, tetapi runut bunyi filem yang dihasilkan oleh Melly Goeslaw dan suaminya, Anto Hoed mencipta fenomena yang tersendiri.
Bakal mengimbas kembali memori indah filem berkenaan, penyanyi dan komposer hebat Indonesia, Melly Goeslaw, 48, bakal mengadakan konsert pertamanya di Malaysia selepas 30 tahun berkarya di arena muzik sehingga namanya dijulang tinggi di nusantara.
Menurut Melly, Ada Apa Dengan Melly? bakal menyaksikan memori zaman remaja dikembalikan di pentas sulungnya pada 3 Februari 2023 akan datang.
“Konsert ini diberi nama Ada Apa Dengan Melly? kerana semuanya tentang Melly, sebagai komposer, penyanyi, pembuat runut bunyi filem, jadi semuanya akan dipersembahkan di sini.
“Untuk sebuah konsert ini saya perlu berjumpa dengan rakan dan penganjur yang mempunyai visi yang sama dengan saya. Apa yang saya inginkan harus diterjemahkan dengan baik oleh penganjurnya.
“Konsert ini sangat penting kerana tahun 2023 saya sudah 30 tahun berkarya jadi ini waktu yang tepat untuk saya berterima kasih pada pencinta muzik saya dan yang berikan inspirasi kepada saya,” kata Melly ketika ditemui pada sidang media Ada Apa Dengan Melly? di ibu kota baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai mengenai persiapan yang bakal dilakukan, Melly dan suaminya Anto Hoed memberitahu mereka akan melakukan latihan fizikal bagi mendapat kecerdasan pada malam penuh istimewa itu.
“Persiapan susunan muzik bagi persembahan adalah 30 peratus. Pada Januari kita akan adakan latihan intensif selama satu minggu setiap hari supaya menjelang konsert kita akan fit.
“Saya harus buat latihan fizikal kerana tahun depan usia saya dah cecah 49 tahun. Jadi untuk menyanyikan lebih 30 lagu tidak mudah seperti dahulu. Jadi ia lebih kepada latihan fizik. Saya memilih aktiviti berjalan sahaja di atas treadmill,” ujarnya yang sudah sembuah sepenuhnya dari pembedahan bariatrik yang dilakukan baru-baru ini.
Tambah pelantun lagu Jika itu, Ada Apa Dengan Melly? bakal menyaksikan lebih 30 lagu akan dinyanyikan malah lagu-lagu ciptaannya juga turut dipersembahkan.
“Untuk konsert Ada Apa Dengan Melly?, bukan 30 lagu tetapi 30 track jadi satu track boleh terdiri daripada 3 lagu yang boleh di medley kan. Jadi mungkin lebih daripada 30 lagu nanti.
“Istimewanya, lagu-lagu ciptaan saya yang dibawa oleh orang akan dinyanyikan oleh saya sendiri. Insya-Allah, tak lebih daripada dua jam. Takut nanti bosan dan penat tetapi saya janjikan 2 jam yang sangat padat.
Memilih konsep kembali ke sekolah, Melly berharap peminat yang hadir akan turut serta menyarung seragam sekolah bagi mengembalikan nostalgia zaman remaja.
“Dalam kehidupan ini, salah satu hal paling cantik itu adalah memori dan acara paling menarik adalah reunion. Kerana saya mahu kembalikan zaman remaja.
“Filem Ada Apa Dengan Cinta dan Eifel I’m In Love adalah filem lagenda yang menjadi ikon percintaan remaja dan itu sangat menarik untuk dikenang kembali.
“Apabila kita memakai pakaian seragam sekolah, saya rasa kita semua setara,” jelasnya.
Konsert Ada Apa Dengan Melly? bakal berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com.my bermula dengan harga RM288 sehingga RM1588 mulai 2 Disember jam 3 petang.