Alahai cantiknya Puteri Sarah dan Bella Astillah ni. Berseri-seri macam anak dara! Terlupa sekejap yang kedua-duanya mak anak dua.
Apatah lagi Puteri Sarah, sejak dah jadi ‘single’ ni semakin hari semakin cantik. Itu tandanya hati sedang bahagia, kan?
Apa pun, pandai betul Puteri Sarah dan Bella jaga badan walaupun kedua-duanya dah berstatus ibu. Pinggang ramping, perut kempis, kulit pun flawless je. Jealous betul!
Ramai yang terpegun dan memuji kecantikan kedua-dua selebriti ini apabila Puteri Sarah memuat naik foto berdua mereka di Instagramnya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Telenovela 9.
“My Jakarta travel partner,” tulis Puteri Sarah di ruangan kapsyen.
Ads
Ia kemudiannya dibalas oleh Bella Astillah dengan pesanan ringkas.
“Lebiuuu! Dah pindah Jakarta nanti bagitahu k.”
Dari solekan sampailah ke pakaian segalanya terlihat sempurna. Puteri Sarah kelihatan anggun mengenakan dress rona silver rekaan fashion designer terkenal Raffiey Nasir.
Ads
BEST FRIEND FOREVER
Seperti diketahui, hubungan Puteri Sarah dan Bella Astillah sangat rapat. Walaupun Bella Astillah lebih muda daripada Puteri Sarah tetapi mereka nampak sebaya. Patutlah ramai puji nampak macam anak dara.
Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang dilahirkan di kota London kini berusia 39 tahun.
Puteri Sarah dikurniakan dua cahaya mata yang sangat comel iaitu Syaikhul Islam (5) dan Sumayyah (3) hasil perkahwinan terdahulu dengan pengarah terkenal Syamsul Yusof.
Ads
Manakala Bella Astillah berasal dari Sandakan, Sabah yang kini berusia 29 tahun.
Pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah yang juga isteri kepada penyanyi kacak Aliff Aziz ini turut dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Selain terpegun, rata-rata para pengikut dan peminat gembira melihat perubahan Puteri Sarah sekarang ini. Mereka turut menitipkan doa buat artis kesayangan mereka itu.
Semoga persahabatan Puteri Sarah dan Bella Astillah berkekalan selamanya serta bahagia dengan kehidupan masing-masing.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Soal kecantikan dan penampilan diri sememangnya menjadi antara keutamaan yang diberi perhatian khusus oleh wanita. Atas platform tersebut, Nu Skin Malaysia bekerjasama dengan majalah NONA menganjurkan majlis jamuan teh bertemakan Woman Empowerement bertempat di Element Kuala Lumpur baru-baru ini. Seramai 30 tetamu jemputan terdiri dari VIP dan pembaca setia majalah NONA diundang untuk mempelajari tentang keistimewaan produk Nu Skin yang telah berada di pasaran sejak tahun 1984 lagi. Turut memeriahkan majlis dengan kehadiran penyanyi Noryn Aziz dan usahawan Mawar Karim yang turut sama berminat untuk mengetahui tentang kelebihan serta keistimewaan produk Nu Skin ini.
Majlis santai pada petang tersebut dimulakan dengan ucapan pembukaan dari Editor Pengurusan majalah NONA, Kiffy Razak diikuti ucapan alu-aluan dari Pengurus Komunikasi, Cik Ng Mei Ling. Usai sesi pengenalan, para jemputan tidak sabar-sabar menunggu sesi demonstrasi penggunaan produk Nu Skin yang dipersembahkan oleh Product Trainer Nu Skin, Cik Sapura. Sepanjang sesi demonstrasi produk, para jemputan diberi peluang untuk mencuba secara hands on produk yang terdapat di Nu Skin antaranya termasuklah ageLOC Galvanic Spa, ageLOC LumiSpa dan sebagainya. Para jemputan teruja dengan pelbagai produk rawatan wajah yang terdapat di Nu Skin dan berpeluang untuk mencuba beberapa star prdouk keluaran Nu Skin.
Usai sesi demonstrasi produk Nu Skin, satu sesi santai berupa gubahan bunga pula mengambil tempat di mana Flora By Shayra pula mengambil tempat untuk berkongsi beberapa tips menggubah bunga yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Sebagai highlight untuk majlis tersebut, dua personaliti iaitu Mawar Karim dan Noryn Aziz diundang untuk sama-sama menggubah bunga untuk hiasan meja dan gelagat kedua-dua personaliti amat mencuit hati kerana masing-masing mengakui kurang arif mengenai gubahan bunga.
Majlis santai pada petang tersebut diakhiri dengan jamuan hi tea dengan pelbagai hidangan enak yang disediakan oleh Hotel Element Kuala Lumpur. Semoga para jemputan NONAX Nu Skin mendapat pelbagai manfaat sepanjang sesi pengenalan produk untuk memastikan kecantikan terus diberi keutamaan walaupun faktor usia semakin bertambah!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagaimana mahu kelihatan menyerlah di Aidilfitri? Adakah dengan memakai eyeshadow pelangi atau rona sedondon baju raya (bayangkan jingga atau hijau emerald), mampu membuat orang lain menoleh berkali-kali melihat anda? Fikirkan semula.
Salah satu elemen imej yang penting sewaktu beraya adalah solekan yang dikenakan. Taknak kelihatan pucat lesi, nampak tua atau berminyak, itu antara alasan mengapa kita selalu bersolek di hari raya. Kali ni, jom semak rahsia solekan kekal ayu sepanjang hari tanpa membuatkan anda kelihatan seperti badut bergerak.
ASAS SOLEKAN
Agar solekan anda nampak cantik sepanjang masa, apa kata anda berbelanja sedikit untuk produk bedak asas yang terbaik? Cara paling bijak adalah dengan mengunjungi kaunter solekan dan tanyakan pilihan paling sesuai jenis dan warna kulit anda pada konsultan kecantikan di sana. Mahu lebih yakin, calitkan bedak asas pada wajah sendiri untuk menilai kesesuaiannya.
MATA
Elakkan tragedi solekan mata comot kerana air mata bercucuran dengan menyapu primer khas di bahagian mata. Tip ini baik untuk memastikan eyeshadow anda tahan lama, malah menyerlahkan lagi warna yang dikenakan. Warna-warna evergreen untuk kelihatan ayu adalah nude, coklat dan pink lembut.
BIBIR
Sememangnya gincu bibir akan hilang sewaktu anda menjamah makanan yang terhidang. Jadi pilihlah gincu jenis matte kerana warnanya kekal lebih lama dan tidak mudah tanggal. Tip ini juga memastikan anda tak perlu touch up berulang kali.
PIPI
Layangkan pemerah pipi secara nipis untuk efek segar. Jangan tonyoh berus pipi berkali-kali sampai nampak macam kesan penampar pula!
SEMBUR PERFUME Akhir sekali, semburkan perfume kegemaran sebelum keluar beraya. Pilihan aroma manis yang berasaskan bunga atau buah-buahan lebih disarankan berbanding aroma yang kuat dan menyengat hidung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerana percayakan kecantikan asli dan dalaman lebih penting dari luaran, finalis Miss England melakar sejarah tersendiri di dalam pertandingan itu apabila menjadi ratu cantik pertama yang bertanding tanpa mengenakan sebarang solekan.
Melisa Raouf, pelajar kolej berusia 20 tahun berasal dari selatan London, turut mara ke pusingan separuh akhir pertandingan itu pada Isnin lepas.
“Ia amat bermakna bagi saya kerana saya merasakan ramai gadis daripada pelbagai peringkat usia bersolek hanya kerana berhadapan dengan tekanan untuk berbuat sedemikian. Pusingan akhir dijangka berlangsung Oktober ini dimana Melisa dicanang-canang berpeluang merangkul mahkota kejuaraan Miss England.
“Jika seseorang itu selesa dengan kulit dan diri mereka sendiri, kita tidak sepatutnya memaksa wajah asli mereka ditutup dengan sebarang solekan. Kelemahan diri yang menjadikan siapa kita sebenarnya dan perkara itu menjadikan setiap individu itu unik dengan car tersendiri” kata Raouf dalam satu temu bual dengan akhbar.
“Saya tidak pernah merasakan saya memenuhi piawaian kecantikan. Saya baru-baru ini menyedari bahawa saya kecantikan dengan kulit saya sendiri dan itulah sebabnya saya membuat keputusan untuk bertanding tanpa solekan,” jelasnya lagi.
“Ini adalah kali pertama saya melihat seorang peserta tanpa solekan bersaing di peringkat separuh akhir dan dia bersemangat untuk bertanding dengan semua peserta lain. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Melisa,” kata Beasley.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka dari sebuah rumah teres usang menjadi kediaman sentuhan moden elegan, jari-jemari emas Ashikin Amran terbukti berhasil mix & match hiasan tanpa bocorkan kocek.