Ads

Cara Delevingne dan Puma Melancarkan Siri-Doku ‘Do You’

Jenama Sukan Global PUMA meneruskan komitmen mereka untuk memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia untuk kekal menjadi diri mereka. Bekerjasama dengan pelakon dan juga model terkenal Cara Delevingne, pelancaran siri-doku ‘DO YOU’ telah berlangsung di London Central Saint Martins College. Cara telah menghabiskan beberapa bulan mencari dan bercakap secara langsung kepada wanita dengan cerita unik dan pandangan mereka tentang bagaimana untuk menjadikan dunia ini lebih baik. Empat dokumentari pendek yang dihasilkan merangkumi topik dari pemerkasaan remaja melaui puisi, gejala buli dan juga mempertahankan diri.

Cara Delevingne dan Puma Melancarkan Siri-Doku ‘Do You’

Siri-doku ‘Do You’ ini dilihat sebagai satu platform terbaik yang mengumpulkan wanita dari pelbagai kawasan berbeza untuk duduk bersama dan membincangkan cerita menarik. Paling menyentuh hati setiap seorang bercerita tentang keberanian dan dan juga keyakinan wanita dalam dunia kini yang penuh mencabar tanpa berselindung. Setiap kisah nyata memberi inspirasi. Terbahagi kepada empat episod siri-doku ini adalah sebuah dokumentari pendek yang wajib anda tonton.

Ads
Cara Delevingne dan Puma Melancarkan Siri-Doku ‘Do You’
Rekaan Tali Kasut Istimewa Khusus Untuk Kempen ‘Do You’

Selain penghasilan empat episod siri-doku, Puma turut bekerjasama dengan Cara bagi menghasilkan rekaan tali sepatu istimewa yang sudah mula dijual bermula 27 Julai yang lalu bagi pasaran Eropah dan juga Amerika Syarikat. Keuntungan jualan tali kasut istimewa ini akan disalurkan kepada badan kebajikan UNHCR.-Fiezreen Ahmad

Ads

Ads

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Isaac Raees Pimpin Solat, Peminat Puji Zahirah & Aiman

Isaac Raees Pimpin Solat, Warga Maya Tersentuh Didikan Agama Zahirah &...

Sejuk perut ibu mengandung dapat melihat anak lelaki sulung menjadi imam solat. Perkongsian aktres cantik, Zahirah MacWilson di media sosialnya baru-baru ini mengenai permata hati kesayangan iaitu Isaac Raees nyata meraih perhatian warga maya. Terutamanya peminat setia bintang drama bersiri popular, Good Boys Go To Heaven berkenaan.