Bertempat di restoran eksklusif The Roomah Publika baru-baru ini, sebuah sidang media istimewa diadakan bagi mengumumkan beberapa agenda yang direncanakan oleh figura bidang kecantikan terkemuka negara yang tidak asing lagi iaitu Dato’ Sri Alha Alfa.

IKLAN

Selain giat menjalankan pelbagai aktiviti bersempena Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) sebagai penaja utama, ‘Title Sponsor’ bagi konsert Mahalini pada Februari tahun hadapan, ‘Year End Sale’, keluaran terbaharu Alha Alfa Cosmetics, beliau juga teruja untuk membuat beberapa pengumuman istimewa buat semua.

Ceburi Bidang Nyanyian, Dato’ Sri Alha Alfa Perkenal New Lineup Kolaborasi Bersama DS Umie Aida & Zara Zya

‘Jenama’ Alha Alfa Cosmetics turut melakar sejarah dengan mencatat rekod memasuki MBR sebagai Highest Latitude Cosmetic Demonstration (Demonstrasi Kosmetik Latitud Tertinggi), serta pemegang rekod bagi kategori ‘individu’, Yang Berbahagia Dato’ Sri Alha Alfa sendiri untuk gelaran yang sama, Highest Latitude Cosmetic Demonstration.

Selain itu Alha Alfa Cosmetics juga berbangga memperkenalkan keluaran terbaharu minyak wangi eksklusif bersama primadona filem Melayu, Datin Seri Umie Aida, Perfume AA X Umie Aida, dan juga rangkaian Perfume AA sendiri.

Mungkin ramai yang tidak sedar di luar sana, Dato’ Sri Alha Alfa mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan pernah menghasilkan single sebelum selain pernah berduet.

“Idea disebalik penghasilan single ini timbul secara santai, secara jujurnya saya tidak mempunyai tujuan khusus untuk menghasilkan lagu ini. Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Zara Zya gemar berkaraoke, kami mempunyai beberapa kenalan rapat yang digelar ‘geng karaoke’, dan kebetulan juga, saya berkawan baik dengan Yuka Kharisma yang merupakan seorang penyanyi dan komposer terkenal.

IKLAN

Ceburi Bidang Nyanyian, Dato’ Sri Alha Alfa Perkenal New Lineup Kolaborasi Bersama DS Umie Aida & Zara Zya

Ceburi Bidang Nyanyian, Dato’ Sri Alha Alfa Perkenal New Lineup Kolaborasi Bersama DS Umie Aida & Zara Zya

IKLAN

Pernah saya berseloroh meminta beliau menciptakan sebuah lagu dan tanpa diduga Yuka beritahu beliau telah menyiapkan sebuah single untuk saya, lantas saya terima pelawaan tersebut dan mengajak Zara Zya untuk berduet bersama. Hakikatnya lagu ini sudah pun dihasilkan hampir setahun yang lalu. Kini, tiba masa kami lancarkannya.

Keberadaan jenama AAC sudah pun menembusi pasaran antarabangsa, selain negara Singapura dan Brunei, produk AAC mempunyai peminat setianya di bumi Indonesia. “Berdasarkan DM (mesej terus) yang diterima, AAC mendapat tempat di hati pengguna Eropah dan Timur Tengah, mereka memuji kualiti produk kami malah meminta membuka cawangan di sana, tetapi pada tahun hadapan kami akan mula beroperasi secara rasmi di Indonesia.

“Sebagai contoh, penghasilan single bersama Zara Zya ini merupakan penghargaan saya terhadap beliau yang banyak membantu dan memberi sokongan sebagai seorang sahabat, biarlah ia diabadikan menerusi sebuah karya yang indah. Saya seorang yang sukakan cabaran, tetapi saya sendiri tidak berani untuk melakukannya. Namun apabila diasak oleh rakan-rakan terdekat, saya akan menyahut cabaran tersebut.

“Fokus utama saya kini adalah Alha Alfa Cosmetics (AAC), dengan memastikan jenama kami dapat bersaing dengan jenama antarabangsa yang terlebih dahulu bertapak di industri kita. Dengan momentum yang ada pada jenama AAC, saya dan keluarga besar Alha Alfa Rich Legacy (AARL) berimpian untuk meletakkan AAC ebagai jenama kecantikan nombor satu di pasaran Malaysia,” akhiri DS Alha Alfa.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI