Happy birthday Datuk Sheila Majid! Beruntungnya ratu jazz tanah air ini dikurniakan tubuh yang kecil molek dan raut wajah menawan. Genap mencecah usia 60 tahun pada tanggal 3 Januari, penampilan penyanyi bersuara lunak tersebut tetap memikat. Sentiasa nampak berseri dan awet muda!
Menerusi perkongsian di media sosial, dia menerima kejutan hari lahir istimewa daripada suami tercinta, Dato’ Acis. Sweet!
Datuk Sheila Majid Terima Kejutan Birthday!
Walau dirai secara sederhana di rumah dan hanya mengenakan t-shirt hitam tanpa secalit solekan di wajah pun jelas terserlah reaksi bahagia figura popular ini. Tak perlu hadiah dan sambutan yang mewah, ingatan seperti ini sebenarnya sudah memadai.
Suami tercinta yang juga pemuzik, Dato’ Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim menitipkan ucapan penghargaan khusus buat isteri tersayang bersempena ulang tahun kelahiran.
“Happy birthday to the love of my life and mother of my children. Still looking the same when I married you.”
Tidak ketinggalan, memberi ucapan hari lahir ialah anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz.
“Happy birthday to my mama! My gang forever! You’re an amazing and special woman, who deserved nothing short of the universe.
Ads
Thank you for all the sacrifices you made a real renegade. I love you, ma!”
Selain itu, media sosial Ratu Jazz ini turut dibanjiri ucapan hari lahir daripada rakan-rakan artis dan peminat yang meraikan ulang tahun kelahiran jelitawan ini yang ke-60.
Rumah Tangga Bahagia Datuk Sheila Majid & Dato’ Acis!
Ads
Penyanyi lagenda ini sah bergelar isteri kepada Dato’ Acis pada 3 Jun 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Sementara itu, Dato’ Acis juga merupakan bapa tiri kepada Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid.
Menghasilkan pencuci muka di rumah merupakan satu alternatif terbaik untuk anda tampil cantik tanpa perlu bimbang dengan kesan sampingannya. Ini kerana pencuci muka adalah elemen penting dalam rutin penjagaan kecantikan.
Sedia maklum, kulit terdiri daripada jenis normal/kombinasi, kering, sensitif dan berminyak. Ramai yang tak tahu jenis kulit sehingga keliru nak pilih pencuci muka yang mana satu sesuai. Akibatnya, kulit bermasalah dan akan tumbuhnya jerawat.
Berikut beberapa jenis pencuci muka yang boleh anda hasilkan sendiri di rumah mengikut jenis kulit. Lebih mudah, murah, selamat serta efektif.
KULIT KERING
Campurkan 2 sudu besar susu segar bersama 1 sudu besar madu. Lumurkan pada kulit muka sambil diurut-urut lembut selama dua minit. Kemudian cuci muka sehingga bersih dengan air sejuk.
Manfaat: Madu sesuai digunakan untuk semua jenis kulit kerana mampu membuang sel kulit mati. Madu juga pelembap semula jadi yang membantu menjadikan kulit muka lebih lembut dan halus.
KULIT NORMAL/KOMBINASI
Campurkan 2 sudu besar pati tomato, 1 sudu besar susu segar dan 1 sudu besar jus lemon. Lumurkan pada kulit muka kemudian bilas selama 10 minit.
Manfaat: Susu segar merupakan pencuci muka terbaik. Sementara likopen yang terkandung dalam tomato berfungsi sebagai antioksidan bagi melindungi sel kulit daripada rosak akibat radikel bebas. Bukan saja membersih malah campuran tomato, susu segar dan lemon memberi menjadikan kulit lembap secara natural.
Simpan campuran ini ke dalam peti sejuk jika masih berbaki.
KULIT BERMINYAK/SENSITIF
Campurkan madu dan lemon secukupnya lalu dilumurkan pada kulit muka menggunakan kapas. Biarkan mengering kemudian cuci muka dengan air bersih.
Manfaat: Cara ini menjadikan pH kulit lebih seimbang dan mengurangkan kadar minyak pada kulit muka. Madu melembapkan kulit. Campuran mdau dan lemon turut mengecilkan pori-pori.
KULIT NORMAL
Campurkan 2 sudu besar yogurt dan pisang yang telah ditumbuk. Lumurkan pada kulit muka dan biarkan mengering. Kemudian basuh muka dengan air suam.
Manfaat: Campuran ini membantu memelihara kulit, mengencangkan pori-pori dan mengurangkan noda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda kasut mampu mengubah penampilan keseluruhan? Kasut bukan sekadar dipilih untuk keselesaan bahkan rekaan dan perinciaannya memainkan peranan penting dalam menyerlahkan gaya. Dalam edisi kali ini, NONA menyenaraikan beberapa tip khusus dalam pemilihan kasut dan juga apakah sepatu yang cukup in trend ketika ini di pentas-pentas fesyen antarabangsa. Jadikan ini sebagai rujukan anda dalam memilih sepatu.
Memilih sepatu perlu ada panduan, apakah kegunaan sepatu tersebut? Sama ada untuk ke tempat kerja, ke majlis istimewa ataupun acara santai. Dengan cara ini anda boleh memilih sepatu yang sesuai bagi setiap acara. Sebagai contoh kalau ke tempat kerja, semestinya sepatu harus lebih formal dan tidak keterlaluan perinciannya, selalunya untuk sepatu ke tempat kerja lebih molek jika dipilih yang menutupi kaki dan bukannya dari jenis sandal yang terbuka bertali halus.
Tahu geografi lokasi yang dituju, jika anda di ajak ke majlis-majlis istimewa. Misalnya majlis perkahwinan, anda perlu tahu dimanakah majlis tersebut diadakan. Adakah ia berlangsung di dalam dewan ataupun di taman? Bayangkan jika anda tidak mengambil berat soal ini kemudian majlis diadakan di taman namun anda mengenakan sepatu tumit tinggi runcing, pasti sukar untuk berjalan kerana tumit akan tenggelam ke dalam tanah. Silap haribulan anda boleh jatuh terlentang, jadi sentiasa peka dengan lokasi yang dituju.
Kita selalu menganggap bahawa untuk tampil menarik, hanya sepatu tumit tinggi sahaja yang boleh memberikan aura sebegini. Sepatu atau sandal leper juga sebenarnya boleh memberikan aura menarik asalkan rekaan yang dipilih punya perincian yang menarik. Sebenarnya, bagi penulis sepatu leper sebegini harus ada di dala kereta setiap wanita sebagai persiapan sekiranya anda bergegas ke suatu tempat lain usai pulang kerja ataupun dari majlis, takkanlah masih gigih mahu menyarungkan sepatu tumit tinggi bukan? Jadi tampil lebih selesa bersama sepatu leper
Statement shoes? Tahukah anda kasut yang punya rekaan ekstravaganza dan juga perincian yang menarik boleh menjadi penyelamat gaya saat anda malas hendak bersiap. Cukup dengan menyarungkan seluar jeans dan kemeja/tshirt polos kemudian gandingkannya bersama sepatu yang memiliki rekaan dan perincian menarik. Biarkan sepatu yang menjadi titik tumpu gaya anda.
TIP MEMBELI SEPATU
Seelokknya pembelian sepatu dilakukan pada petang hari setelah anda banyak berjalan, kerana kaki akan kembang sedikit selepas banyak berjalan. Jadi anda boleh menentukan keselesaan kasut yang dibeli pada tahap optimum.
Apabila di kedai kasut, pastikan anda menyarung kasut tersebut dan berjalan beberapa langkah di dalam kedai. Jika ada rasa kurang selesa elak beli kasut tersebut kerana jika lebih lama dipakai ia akan memburukkan keadaan kaki.
Suka sepatu tumit tinggi tetapi mahu yang selesa? Mudah sahaja, pilih sepatu tumit tinggi yang bertumit blok besar. Semakin runcing tumit kasut semakin tidak selesa sepatu tersebut untuk digunakan bagi berjalan jauh.
Kasut tumit tinggi yang berplatform lebih selesa untu dipakai kerana sudut bengkok kasut tersebut lebih rendah berbanding sepatu tumit tinggi yang tidak berplatform.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pesona Marion Rose Caunter Abdullah sememangnya sudah terserlah sejak dia bergelar pengacara, DJ dan model suatu ketika dulu. Kepetahannya berbicara, dikurniakan susuk tubuh menawan dan rupa paras cantik menjadikan Marion antara pengacara bukan Melayu yang diminati masyarakat. Keanggunan wanita berusia 39 tahun ini kian bersinar selepas dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010.
Hampir sembilan tahun bergelar isteri, Marion juga berbangga kerana dia kini memegang status ibu kepada tiga orang anak. Tapi kalau tengok bentuk tubuh Marion… tak ubah seperti anak dara. Pendek kata, ramping dan sangat bergaya.
Meskipun sudah beranak tiga namun kecantikan Marion tetap memukau pandangan. Memiliki pinggang bak kerengga dan bertubuh tinggi lampai, apa juga persalinan yang tersarung di badannya nampak terletak sempurna. Untung suami!
Kalau anda tercari-cari inspirasi untuk sentiasa tampil mempersona walau mempunyai anak kecil dan ramai… Marion adalah salah satu contoh terbaik. Kesungguhan anak jati Pulau Pinang ini mementingkan penampilan, seharusnya diberi pujian. Iyalah, bukan senang hendak nampak cantik selalu. Terutamanya bila sudah ada bergelar ibu dan ada anak. Rutin hidup wanita akan berubah sepenuhnya.
Tambahan pula, Marion dan suami gemar melancong ke luar negara bersama anak-anak. Dalam sibuk menguruskan anak dan suami pun dia mampu tampil bergaya. Kagum! Sama ada bercuti di tepi pantai atau bandar, Marion bijak mengenakan pakaian yang sesuai bukan saja untuk dirinya bahkan seisi keluarga. Dia juga akan memastikan persalinan sedondon atau sekurang-kurangnya corak yang sama untuk ketiga-tiga anak dan suami.
Melihat cita rasa elegan Marion, jelitawan ini turut dilihat menjinjing beg tangan berjenama mewah. Antara koleksi beg tangan yang pernah digayakan Marion seperti Christian Dior, Chanel, Louis Vuitton, dan seangkatan dengannya. Begitu juga aksesori lain termasuk kasut, baju, jam tangan dan cermin mata hitam… semuanya dari label fesyen antarabangsa.
Selain tertarik dengan fesyen Marion, pemilik salun rambut Hair Play ini juga sebenarnya rajin bersenam. Jadi tidak hairanlah macam mana Marion boleh kekalkan bentuk badan ideal seperti zaman anak dara walaupun sudah ada anak tiga.
Kredit foto: Instagram Marion Caunter
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.