Bertuahnya ibu bernama Normah Damanhuri! Mana tidaknya, walau anak-anak sudah besar dan mempunyai keluarga sendiri namun kasih sayang mereka terhadap ibu tidak pernah berbelah bahagi.

IKLAN

Apa saja yang diimpikan ibu tersayang, pasti anak-anak cuba sehabis daya untuk merealisasikan hasrat ratu hati mereka.

Genap berusia 70 tahun pada 21 September lepas, ulang tahun kelahiran pelakon veteran ini disambut meriah kelima-lima anak tersayang.

Lebih istimewa, personaliti berkenaan dilayan seperti puteri dan diarak masuk dewan sambil diiringi dengan pukulan gendang serta muzik alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Cecah Usia 70, Kak KM Hadiahkan 80 Gram Gelang Emas Buat Ibu Normah Damanhuri!
Kredit Instagram @lianarosli_official
Cecah Usia 70, Kak KM Hadiahkan 80 Gram Gelang Emas Buat Ibu Normah Damanhuri!
Kredit Instagram @lianarosli_official
Cecah Usia 70, Kak KM Hadiahkan 80 Gram Gelang Emas Buat Ibu Normah Damanhuri!
Kredit Instagram @lianarosli_official

Tampil anggun dalam persalinan gaun kembang merah, terserlah wajah ceria dan terharu Normah Damanhuri dengan layanan yang diberikan.

Jika tahun sebelum inidia menerima sebuah kereta Honda City Hatchback bernilai lebih RM100 ribu daripada anak tersayang iaitu Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, tahun ini dia menerima hadiah berupa perhiasan emas daripada pengasas Sweet Dara tersebut.

“Selamat ulang tahun ke-70 bonda ku tercinta. Bila dapat buat mak bahagia, tu lah kebahagiaan sayang. Sayang doakan mak sentiasa dalam lindungan Allah semoga Allah panjangkan umur mak, sihat tubuh badan, jauh dari segala penyakit terutamanya penyakit hati.

Sayang minta Allah sentiasa tenangkan jiwa kita semua. Sayang sayang mak sangat,” titip Kak KM.

IKLAN

Cecah Usia 70, Kak KM Hadiahkan 80 Gram Gelang Emas Buat Ibu Normah Damanhuri!
Kredit Instagram @lianarosli_official
Cecah Usia 70, Kak KM Hadiahkan 80 Gram Gelang Emas Buat Ibu Normah Damanhuri!
Kredit Instagram @lianarosli_official
Cecah Usia 70, Kak KM Hadiahkan 80 Gram Gelang Emas Buat Ibu Normah Damanhuri!
Kredit Instagram @lianarosli_official
Cecah Usia 70, Kak KM Hadiahkan 80 Gram Gelang Emas Buat Ibu Normah Damanhuri!
Kredit Instagram @lianarosli_official

Malah, usahawan terkenal ini turut memuat naik video pemberian hadiah hari lahir buat Normah Damanhuri di media sosial.

Ujarnya, “Hadiah untuk mak tahun ini. Hadiah ni mak tak boleh buka dah. Ini bukan biasa-biasa, padu. Satu gelang ni berat 40 gram, dua 80 gram. Tahun sebelumnya beri hadiah kereta dan gelang emas.”

IKLAN

Sementara itu, ibu penyayang berkenaan meluahkan rasa syukur atas pemberian anakanda tersayang.

“Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Terima kasih sayang beri mak segalanya beserta dengan kasih sayangmu yang suci murni. Hanya Allah SWT akan membalas dan memberi imbuhannya kepadamu kelak.”

Tumpang bahagia dan bangga melihat keakraban keluarga ini. Semoga kasih sayang mereka terus berpanjangan hingga ke syurga.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/dapat-kereta-rm100-ribu-cash-normah-damanhuri-bahagia-kasih-sayang-tak-belah-bahagi-5-anak/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI