
Baru-baru ini NONA ada melaporkan pelakon jelita Bollywood, Bipasha Baru selamat melahirkan anak di usia 44 tahun pada November lepas. Perkhabaran gembira itu diumumkan sendiri oleh Bipasha menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya.
Hamil anak pertama di usia 43 tahun, Bipasha Basu dan Karan Grover mengumumkan mereka menjadi ibu bapa pada Ogos selepas melayari perkahwinan selama 6 tahun. Ini merupakan perkahwinan kali pertama buat Bipasha dan ketiga buat Karan.
Dan kelmarin, akhirnya Bipasha berkongsikan wajah anak perempuan mereka yang diberi nama Devi Basu Singh Glover dengan menulis kepsyen ‘Hello dunia, saya Devi’.
Dan menjengah ke hantaran di Instagram, ramai rakan-rakan artis serta peminat Bipasha mulai membanjiri ruangan komen menyatakan rasa teruja melihat kecomelan anak Bipasha.
Untuk rekap, Bipasha dan Karan berkahwin pada tahun 2016 selepas menjalinkan hubungan ketika pengambaran filem Alone setahun sebelumnya. Malah Bipasha juga hamil secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang keadah ibu tumpang.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Dibesarkan Sebagai Wanita Selama 28 Tahun, APRILIO PERKASA Kini Temui Cinta Sejati Selepas Kembali Ke Fitrah Asal

Masihkah anda ingat dengan kisah bekas atlet bola tampar wanita Indonesia dan anggota Angkatan Tentera Darat Indonesia (TNI), nama Aprilia Santini Manganang yang tular suatu ketika dulu kerana kisahnya yang dibesarkan sebagai seorang wanita selama 28 tahun walhal dirinya adalah seorang lelaki. Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, Aprilio rupanya mengalami masalah kesihatan dipanggil hypospadias yang membabitkan ciri abnormal pada alat sulit. Masalah kesihatan ini sering dialami oleh bayi lelaki semasa dilahirkan.
Dia yang dibesarkan sebagai seorang perempuan akhirnya berasa lega setelah keputusan ujian perubatan mendapati dia adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi seperti seorang lelaki.
Selepas menjalani pembedahan, beliau yang menggunakan nama Aprilia Manganang secara rasmi bergelar lelaki dan menukarnya kepada Aprilio Perkasa Manganang semasa perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Daerah Tondano, Sulawesi Utara, Mac 2021.
Ujian perubatan pula mendapati beliau adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi. Paling menyentuh hati apabila perjalanan proses rawatan Aprilio yang dikongsi di YouTube TNI AD sehingga membuatkan mereka yang hadir pada upacara tersebut menitiskan air mata.
Setahun kemudian selepas menjadi “lelaki” dan kembali kepada fitrah asalnya, khabarnya Aprilio sudah bernikah dengan kekasihnya yang bernama Claudia Cvanrhyn. Hari bahagia Aprilio, 30, dikongsikannya di Instagram termasuk memuat naik gambar bersama isterinya menunjukkan cincin perkahwinannya dengan kapsyen ‘Bebas’.
Claudia menyarung persalinan gaun anggun berlengan panjang berwarna putih serta dibaluti rantai putih, manakala Aprilio pula memakai 2-piece suit dengan blazer berona biru bercorak bunga di mana kedua-duanya menunjukkan cincin kedua-dua pengantin baru ini.
Senyuman gembira juga jelas terpancar di wajah pasangan pengantin. Didoakan semoga prkahwinan mereka kekal hingga ke anak cucu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Macam-Macam Ada, Karnival UDA 2024 Dirancakkan Oleh Mari seeNI!

Macam-macam ada! Bahang kemeriahan Karnival UDA 2024 dirancakkan melalui penglibatan Mari SeeNI sebagai Rakan Strategik Pemangkin Acara. Kerjasama terbaharu ini dijangka akan memeriahkan dan menggegarkan lagi program tahunan ini.
UDA Holdings Berhad, yang memegang mandat daripada Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk memperkasakan golongan usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS), juga selari dengan misi Mari SeeNI.
Karnival untuk tahun ketiga penganjurannya itu membawa semangat dan aspirasi tinggi memperkasakan pemilikan hartanah serta pembabitan usahawan Bumiputera dalam landskap ekonomi bandar. Di bawah naungan UDA, karnival ini bukan sekadar acara, tetapi simbol keteguhan usaha dan komitmen memperkukuh ekonomi Bumiputera.



KEMERIAHAN BERGANDA
Sebagai tanda penghargaan buat Karnival UDA, Mari seeNI akan memberikan kemeriahan yang berganda melalui rangkaian aktiviti eksklusif yang direka mengikut zon-zon bertema, selaras dengan zon yang tersedia di Karnival UDA 2024.
Karnival UDA 2024 yang masuk tahun ketiga penganjurannya itu, menampilkan kelainan dan konsep Baharu iaitu tujuh (7) Zon untuk seisi keluarga merangkumi Pavilion UDA, Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin, Pa & Ma, Jualan Pelbagai di mana Mari seeNI akan memeriahkan lima (5) Zon di Karnival UDA 2024 melalui penglibatan jenama-jenama Ideaktiv secara langsung di tapak karnival.



Mari seeNI akan menghidupkan zon-zon di Karnival UDA 2024 dengan penyertaan jenama-jenama Ideaktiv secara langsung di tapak karnival.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keistimewaan Mari seeNI buat pertama kalinya di Karnival UDA 2024 dan rasai kehangatan Karnival UDA tahun ini dengan menjadikannya sebahagian daripada pengalaman yang penuh dengan nilai kebersamaan dan tidak dapat dilupakan.
Mari SeeNI nadi kemeriahan Karnival UDA akan berada di:
- Tapak Parkir Gravitas, Pulau Pinang 26 – 28 Julai 2024
- Bandar Tun Hussein Onn, Selangor 27 – 29 September 2024
- Angsana Johor Bahru Mall, Johor 11 – 13 Oktober 2024
- Tapak Projek Neu Pendington, Kuching, Sarawak 25 – 27 Oktober 2024
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/jasa-pengorbanan-12-ibu-hebat-dirai-malam-gala-ibu-inspirasi-mingguan-wanita-nona-penghargaan-buat-wanita/
Sinonim Dipelopori Kaum Lelaki, PROFESOR DATUK DR NOOR INAYAH Cipta Sejarah Jadi Wanita Pertama Dilantik Nazir Masjid

Presiden dan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) Profesor Datuk Dr Noor Inayah Yaa’kub menjadi wanita pertama di Selangor yang dilantik sebagai nazir masjid.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Noor Inayah, 53, yang berkhidmat sebagai nazir di Masjid Ikram UKL di Bandar Baru Bangi, pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam masjid di seluruh Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah di sini hari ini.

Noor Inayah, 53, yang ditemui media berkata, beliau bersyukur atas kurniaan watikah pelantikan yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan menyifatkan lantikan itu satu tanggungjawab besar.
“Alhamdulillah, saya menerima pelantikan ini dengan rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana saya difahamkan tahun ini hingga 2025, saya satu-satunya nazir wanita yang dilantik di Selangor bagi sebuah masjid institusi iaitu masjid di IUKL.
Ia sekali gus mengangkat martabat wanita sebagai nazir dan kita melihat pengurusan masjid itu tidak memberikan apa-apa sekatan sekiranya wanita menjadi peneraju.
“Saya masih lagi belajar, melihat kepada terma lantikan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan MAIS, saya antara ahli jawatan kuasa Baitulmal Selangor sudah tentu akan terus mendapat bimbingan daripada pihak berkuasa negeri dan jawatan kuasa masjid itu sendiri,” katanya.

Terdahulu, beliau antara 900 nazir dan imam masjid di seluruh Selangor yang hadir menerima kurniaan watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin di Majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid di Selangor sesi 2023 – 2025 di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.
Secara keseluruhannya, seramai 386 nazir dan 870 imam membabitkan 435 masjid di seluruh Selangor yang dilantik MAIS bagi sesi 2023 hingga 2025.
Bagaimanapun pada majlis hari ini, hanya 900 nazir dan imam yang hadir menerima watikah pelantikan berkenaan.
Mengulas jawatan nazir yang cukup sinonim dengan golongan lelaki terutama membabitkan institusi agama yang kebanyakannya dipelopori mereka, Noor Inayah berkata, mungkin pelantikan wanita sangat jarang berlaku, tetapi beliau mendapat sokongan daripada rakan lain yang berpengalaman dalam bidang berkenaan.
“Setakat ini, ia tidak mencabar kebolehan seorang wanita sebagai nazir kerana ia lebih kepada pengurusan dan tadbir urus masjid lebih-lebih lagi di institusi.
“Walaupun saya satu-satunya wanita dilantik sebagai nazir, insya Allah dari sudut pengurusan masjid, tiada halangan dan masalah seorang wanita menjadi nazir,” katanya.
Katanya, selepas diberi amanah sebagai nazir masjid, beliau berharap masyarakat setempat dapat dirapatkan dengan golongan intelek dan mahasiswa dalam universiti, menjadi sebagai satu kariah.
Sumber: Berita Harian & Berita Al Hijrah