Adik-beradik popular Melvin ini sudah pun bergelar ibu kepada tiga cahaya mata.Syida Melvin, pelakon dan usahawan yang juga adik kepada Syatilla dan Syifa Melvin, baru sahaja menyambut kelahiran anak ketiganya yang juga seorang bayi lelaki comel bernama Serhan Isa pada 2 Februari 2025.
Dengan dua anak perempuan sebelum ini iaitu Safa Safeera dan Sara Sajedda, kehadiran Serhan melengkapkan lagi keluarga kecil Syida dan suami tercinta, Shafiq Shaheen.
Perjalanan cinta Syida atau nama penuhnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin dan Shafiq bermula pada 19 Januari 2019 apabila mereka disatukan dalam majlis perkahwinan meriah dan mewah.
Shafiq merupakan anak kepada Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid atau lebih dikenali sebagai ‘Iron Lady Malaysia’. Allahyarhamah ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Securiforce Sdn Bhd.
Ads
Pasangan ini sering berkongsi momen bahagia mereka di media sosial, memperlihat keharmonian rumah tangga yang dibina atas dasar saling memahami dan menyokong.
Ads
Tidak lagi aktif dalam dunia lakonan, Syida kini ligat menceburi bidang perniagaan bersama adik-beradiknya iaitu Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin dan Syifa Melvin yang mengusahakan jenama kosmetik ‘KEKASIH’. Seorang lagi adik Syida ialah Melveena Melvin.
Kemampuan Syida membahagikan masa di antara kerjaya bisnes dan keluarga pastinya menjadi inspirasi kaum wanita terutamanya dalam kalangan ibu. Walau sibuk, dia mampu capai kejayaan dalam bidang yang diimpikan.
Dari pentas hiburan ke dunia perniagaan dan kini sebagai ibu kepada tiga cahaya mata, Syida membuktikan bahawa wanita mampu menggalas pelbagai peranan dengan cemerlang.
Moga kisah kejayaan dan kemampuan Syida Melvin menjadi inspirasi kepada semua wanita untuk terus mengejar impian dan memberi sumbangan kepada masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
21 Disember lalu, Puteri Nur Aisya yang merupakan anak perempuan kepada pengarah terkenal iaitu Aziz M. Osman dan bekas isteri, Nor Aliah Lee selamat melangsungkan perkahwinan. Diraikan dalam sebuah majlis serba indah dan meriah, Puteri Nur Aisya sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan yang dikenali sebagai Muhammad Hasif.
Menerusi perkongsian di media sosial, pengantin perempuan yang berusia 25 tahun berkenaan tampil cantik berseri dalam persalinan perkahwinan indah rona putih gading.
Begitu juga ibu pengantin perempuan, Nor Aliah Lee yang kelihatan cukup anggun dalam busana tradisi warna beige.
Aktres filem Puteri Impian tersebut dilihat mengiringi anak perempuan tersayang ke pelaminan ketika majlis pernikahan.
Rata-rata warga maya merindui wajah jelita Nor Aliah Lee dan memuji penampilan awet muda selebriti wanita berkenaan. Meskipun sudah mencecah usia 52 tahun namun pesona dan keanggunannya jelas terserlah.
Majlis pernikahan berlangsung sempurna apabila Puteri Aisya dinikahkan bapa kandung, Aziz M. Osman.
Pasangan mempelai turut diraikan ahli keluarga dan kenalan rapat. Difahamkan pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 1 Jun 2024 yang lalu.
Dalam resepsi ini, Aziz yang juga bintang filem XX-Ray turut memuat naik gambarnya di samping anak perempuan tersayang.
Jus segar tidak semestinya daripada sayuran hijau atau bayam untuk menjamin kesihatan tubuh. Jus delima juga sangat sihat kerana ia mengandungi lebih daripada 100 phytochemicals. Jika ada sumber untuk dapatkan buah delima dalam tempoh PKP ini, mungkin anda boleh buat jus sendiri di rumah!
Dengan adanya phytochemicals, buah delima telah berkurun lama digunakan untuk kecantikan dan kesihatan. Kini, pelbagai kajian dijalankan untuk melihat keberkesanan jus delima dalam pencegahan kanser, sokongan imun dan kesuburan.
Sejarah buah delima yang menjadi bahan utama dalam produk kesihatan sangat diperakui. Biji buah delima yang berwarna merah di dapati daripada polyphenols, bahan yang kuat kaya dengan antioksidan berbanding buah-buahan lain. Ia juga memiliki tiga kali ganda antioksidan lebih tinggi daripada teh hijau yang boleh menghalang radikal bebas, melindungi sel dari kerosakkan dan mengurangkan keradangan kulit.
Sebiji buah delima mempunyai lebih daripada 40 peratus vitamin C yang diperlukan tubuh setiap hari. Vitamin C boleh dipecahkan apabila dipastur, jadi pilihlah jus buah delima segar untuk mendapatkan nutrien penuh.
Pakar penyelidik mendapati jus buah delima membantu memperlahankan pertumbuhan sel kanser prostat, namun hasil ini masih di peringkat kajian.
Antioksidan yang terkandung dalam buah delima dikatakan membantu menghalang terjadinya penyakit Alzheimer dan melindungi memori.
Jus buah delima boleh mengurangkan keradangan dalam perut dan memperbaiki sistem penghadaman. Sangat sesuai untuk diamalkan pesakit ulcerativecolitis dan penyakit keradangan usus lain.
Jus buah delima sangat sesuai untuk diamalkan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan jantung kerana ia melindungi jantung serta arteri. Terdapat kajian menunjukkan jus delima melancarkan peredaran darah dan mengelakkan daripada berlakunya arteri menjadi tebal dan kaku. Tapi, dapatkan nasihat doktor dahulu ya!
Dengan mengambil jus delima setiap hari, ia boleh membantu mengurangkan tekanan darah systolic. Tetapi, pastikan jus delima yang tidak dicampur gula, hanya kekal dari jus buah sebenar.
Di antara vitamin C dan nutrien lain seperti vitamin E, jus delima membantu mengelakkan kesakitan dari jangkitan. Ia juga terkenal sebagai anti bakteria dan anti virus di makmal ujian.
Selain vitamin C dan E, jus delima adalah sumber terbaik folat, potassium dan vitamin K. jika anda memilih untuk membeli jus delima di pasaran, pastikan membaca label terlebih dahulu untuk memastikan ia 100% jus sebenar tanpa gula tambahan.
Tekanan oksidatif atau oxidative stress menunjukkan ia menjadi punca sperma ‘mati’ dan mengurangkan kesuburan wanita. Jus delima mengurangkan oxidative stress di dalam plasenta tetapi kejian masih belum menentukan kesahihannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi seorang wanita, pentingnya untuk kita sentiasa menjaga penampilan diri agar sentiasa tampil yakin dan anggun walau di mana saja kita berada. Selain diet dan senaman, pemilihan produk kecantikan dan rapi diri juga penting bersesuaian dengan individu masing-masing. Oleh itu, untuk bulan ini, NONA senaraikan 3 produk rapi diri yang wajib anda cuba!
1. RAMBUT ALUN MENAWAN, GUNAKAN MARE DARI MARION CAUNTER
MARE dilancarkan pada Julai 2022 dengan satu produk ulung – MARE More Is More – Hair Vitamins. Produk ini menawarkan pendekatan harian yang mudah dengan pengambilan hanya sepaket sehari setiap pagi atau sebelum tidur. Dibuat di Malaysia, minuman botani ini merupakan campuran buah beri dan pic yang mengandungi multivitamin, saw palmetto, dan bahan utama, biotin.
MARE More Is More Hair Vitamins merupakan solusi ideal bagi rambut yang sihat dan kuat. Biotin juga bertindak dari dalam untuk meningkatkan penghasilan keratin dan merangsang pertumbuhan follikel sekaligus memberikan kekuatan dan kilauan yang lebih pada rambut.
Rangkaian produk ini terdiri daripada Hair Vitamins: Berfungsi untuk menyampaikan nutrisi penting kepada rambut, Hair Serum: Melembabkan dan melicinkan helalan rambut, Scalp Oil: Merangsang pertumbuhan rambut yang sihat dan mengatasi masalah kulit kepala, Hair Shampoo: Diformulasikan dengan kombinasi bahan-bahan yang membersihkan, menguatkan, dan mengembalikan kesuburan dan kelembutan semulajadi rambut anda dan Hair Conditioner: Pelembut yang direka khas untuk melengkapkan rutin penjagaan rambut.
Produk Mare kini boleh didapati di pop-up store Mare di ISETAN KLCC atau di laman web mare.my.
2. KULIT CERAH MENAWAN DALAM TEMPOH 3 HARI DENGAN NIVEA EXTRA BRIGHT C&HYA
NIVEA, jenama penjagaan kulit No.1 di dunia melancarkan innovasi terbaru iaitu rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA dengan gabungan kebaikan sains dan bahan semulajadi. Diperkaya dengan 500X konsentrasi Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk dan 3X saiz molekul Hyaluron, rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA mampu menjadikan kulit lebih berseri, anjal dan sihat dalam masa 3 hari sahaja.
Aspek unik NIVEA Extra Bright C&HYA adalah dalam teknologi pengestrakan Vitamin C, dimana teknik sejuk (cold extraction technology) digunakan, yang mampu mengekalkan kebaikan vitamin dan nutrien sambil memastikan keberkesanan anti-oksidanya adalah pada tahap maksima. Ujian jodin menunjukkan Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk mempunyai keberkesanan yang lebih tinggi. mengesahkan statusnya sebagai penyelesaian yang luar biasa untuk kulit yang lebih berseri, anjal dan sihat.”
Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA baharu terdiri daripada 6 produk untuk melengkapkan rejimen penjagaan kulit anda. Ia adalah Micellar Water, Cleanser (pembersih muka), Essence Water, Serum, Day Cream (krim siang) dan Night Gel (gel malam).
3. LINDUNGI KULIT DARI SINARAN UV DENGAN STIK PELINDUNG MATAHARI PERTAMA MALAYSIA DARI KYUT SKIN
Perjalanan Kyut Skin yang diasaskan oleh adik beradik Nur Fathin Zulaikha dan Nur Fathini Khalillah (NINICOMEI) bermula dengan pembangunan stick pelindung matahari mereka proses yang mengambil masa kira-kira dua tahun dimana telah ditangguhkan oleh pandemik yang melanda seluruh dunia.
Komitmen kepada penyelidikan dan pembangunan yang teliti telah dijalankan untuk semua produk mereka, dalam memastikan setiap ciptaan Kyut Skin memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh jenama tersebut.
Bahan-bahan yang digunakan dalam produk Kyut Skin dipilih dengan teliti untuk memberikan manfaat maksimum kepada kulit.
Sebagai contoh, stick pelindung matahari mengandungi Minyak Jojoba yang membantu menjaga kelembapan kulit dan mencegah jangkitan bakteria serta pembentukan jerawat. Minyak Biji Bunga Matahari, kaya dengan Asid Linoleik, juga merupakan bahan utama yang mengurangkan kehilangan air kulit. Minyak Rosehip, yang kaya dengan Vitamin A dan E, merangsang penghasilan kolagen, mengurangkan keradangan, dan melawan jerawat.
Produk Kyut Skin kini boleh dibeli di Wisma Ninicomei yang terletak di Ampang, Selangor mahupun menerusi Instagram @kyutskin.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.