Pejam celik, cucu kesayangan diva Indonesia Krisdayanti ini sudah pun menginjak usia setahun. Bersempena ulang tahun kelahiran puteri kedua Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar ini, pasangan selebriti popular Indonesia berkenaan mengadakan sebuah majlis sambutan hari lahir anak kesayangan baru-baru ini.
Diberi nama Azura Humaira Nur Atta atau mesra disapa Azura, telatah anak kecil ini ketika diraikan dalam majlis bertemakan Under the Sea tersebut mencuri perhatian khalayak. Azura kelihatan comel dalam persalinan gaun ala mermaid, sedondon dengan ibunya, Aurel dan kakaknya iaitu Ameena.
Berkongsi momen indah di media sosial, anak perempuan Krisdayanti dan Anang Hermansyah ini meluahkan rasa syukur dengan anugerah terindah anakanda kedua kesayangan yang lahir pada 11 November 2023.
“Hi anakku sayang Azura Humaira Nur Atta! Hari ini tepat 1 tahun kamu berada di dunia ini, mengisi, memberi warna di hidup Mama, Papa, dan Kakak Ameena.
Ads
Anakku sayang, puteri kecil mama. Semoga tahun pertamamu menjadi yang pertama dari banyak tahun lainnya yang dipenuhi dengan cinta dan kebahagiaan yang sama banyaknya.
Anakku sayang, puteri kedua mama. Tak terasa sudah setahun kamu menemani kami. Selamat ulang tahun sayang. Nak, doa baik akan selalu menemani langkahmu. Tumbuhlah dengan percaya diri, kuat, dan selalu rendah hati. Selamat ulang tahun, sayang.”
Antara selebriti Indonesia yang turut meraikan hari lahir Azura Atta ialah Ashanty dan Anang, Nagita Slavina dan Mahalini.
Aurel Hermansyah yang kini berusia 26 tahun sah bergelar isteri kepada Atta Halilintar pada 3 April 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta yang dilahirkan pada 22 Februari 2022.
Alahai, comel pula tengok gelagat Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Piala AFF 2022 di antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari lalu.
Cukup fokus menonton persembahan skuad Harimau Malaya dalam perlawanan penuh debaran itu, reaksi YB Hannah yang bersorak kegembiraan sebaik gol dijaringkan nyata mencuit hati peminat bola sepak.
Dalam perlawanan itu, Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir dengan bergaya apabila menewaskan skuad Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B.
Skuad Harimau Malaya yang perlu menang untuk mara ke peringkat empat terbaik jelas tidak menghampakan lebih 65,000 penyokong setianya dengan mempamerkan persembahan bertenaga dan menghiburkan.
Teruja dengan kemenangan tersebut, YB Hannah menerusi media sosial miliknya memuji kesungguhan pasukan bola sepak negara. Malah, mengakui perlawanan itu membuatkan dirinya tidak keruan.
“Bersama 65,147 penyokong Harimau Malaya yang hadir menyokong pasukan negara Malaysia melawan Singapore. Kehadiran dan sokongan yang padu!
Congratulations FAM and FA Singapore for a great match. Saya tak boleh tidur malam ini kerana terlalu gembira. I came, I jumped and I cheered!”
Memang tak keruan dibuatnya apatah lagi stadium dengan kapasiti 87,411 itu gempita dengan sorakan penyokong seperti guruh apabila empat kali gawang Singapura dibolosi anak buah Kim Pan Gon.
Sejak mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dilihat komited melaksanakan tugas.
Bahkan ibu dua cahaya mata ini turut meluangkan masa bertemu atlet seperti Datuk Azizulhasni Awang dan bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin dalam usaha memperkasa lagi industri sukan tanah air.
Moga terus maju jaya diucapkan kepada YB Hannah!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas timbul pelbagai spekulasi berhubung video dan foto juara Dewi Remaja 2018/2019 yang bertebaran di media sosial baru-baru ini, pihak pengurusan Nu Ideaktiv Sdn Bhd selaku penganjur dan pemilik jenama memutuskan untuk menarik semula gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang Haneesya Hanee pada 13 Januari lalu. Perlucutan gelaran itu dibuat tidak sampai 72 jam dan buat pertama kalinya tiada pemenang Dewi Remaja bagi musim ini.
Haneesya yang ditemui dalam sidang media hari ini kelihatan sugul, namun pujian harus diberikan kepada gadis berusia 18 tahun ini kerana berani tampil bersemuka rakan media dan penganjur untuk menjernihkan keadaan. Dalam nada sebak, dia memohon kemaafan atas ketelanjuran yang telah dilakukan. “It was a very silly mistake. Hanee mengaku itu memang salah Hanee dan Hanee mengaku itu perbuatan Hanee.
Hanee pun tak tahu mengapa dan tak expect akan jadi macam ni tapi Hanee terima keputusan Nu Ideaktiv ini untuk tarik balik title dan itu memang sewajarnya. Sebelum mereka tarik title pun Hanee memang berniat menyerahkan sendiri title ini sebab Hanee tahu perbuatan Hanee salah.
Ia dah merosakkan nama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv dan Majalah Remaja. Hanee minta maaf sangat-sangat.”
Sambil mengesat air mata, pelakon ini turut berpesan agar insiden tersebut tidak lagi dikaitkan dengan ibunya. “Orang cakap ini semua salah mak Hanee… mak Hanee tak reti jaga Hanee. Itu tak benar. Ini semua atas perbuatan Hanee, pilihan Hanee sendiri. My mom has nothing to do with this and leave my mother alone.
Hanee berharap yang orang akan maafkan Hanee dan beri peluang lagi. Kita manusia tak lepas dari buat salah.”
Ditanya apa perancangannya selepas ini, dia menjelaskan mahu move forward, memperbaiki diri terlebih dahulu dan teruskan aktiviti modelling serta lakonan seperti sebelum ini. “Hanee tak akan give up sebab Hanee rasa it’s just a silly mistake that I do dan memang semua orang patut dapat second chance.”
Pesannya lagi, “To all the remaja out there... salah langkah, this is what you get.Don’t do it, memang tak ada benefit. It just a fun… moment tu jelah. Pada akhirnya, terpulang kepada diri sendiri sama ada ingin bangkit atau terus jatuh. Hanee sendiri pilih untuk bangkit, Hanee kuatkan diri untuk bersemuka dengan semua orang dan mengambil apa yang terjadi ini sebagai satu pengajaran.”
Difahamkan Haneesya mahu sedikit masa seketika untuk menenangkan diri sebelum kembali aktif di persada seni dan dunia peragaan. Kehadiran Hanee dalam sidang media tersebut turut ditemani ibunya.
Dalam pada itu, Editor Majalah Remaja, Faiz Aiman menjelaskan penarikan gelaran tersebut hanya melibatkan Haneesya Hanee sebagai juara. Sementara pemenang tempat kedua dan ketiga iaitu Tia Sarah dan Sherin, Dewi Favourite iaitu Arena Iman serta Dewi Inspirasi, Aween Ismail kekal dengan gelaran yang diberikan. Kesemua mereka juga akan melibatkan diri dalam segala urusan promosi dan sebagainya.
“Penarikan ini berikutan beberapa syarat-syarat penyertaan telah dilanggar sewaktu proses pencarian Dewi Remaja. Syarat-syarat tersebut memang diketahui oleh peserta dan telah membaca dan menandatanganinya. Syarat itu juga telah dilanggar sewaktu berlangsungnya pencarian ini. Disebabkan itu kami tidak boleh berkompromi dan membuat keputusan berkenaan.”
Bagi Editor Pengurusan Majalah Remaja, Fiezreen Ahmad pula berkata walau apa pun pemenang pada malam itu jelas menjadi milik Haneesya Hanee. “Tetapi berikutan insiden yang berlaku, kami tiada pengganti untuk mengisi kekosongan itu dan demi menjaga kredibiliti Dewi Remaja kita decide untuk tidak mempunyai pemenang edisi kali ini. Jadi, untuk edisi akan datang baru kami akan nobatkan siapa Dewi Remaja yang ke-10.”
Di sini juga saya ingin membuat pembetulan ada portal-portal di luar sana yang mengatakan kejadian itu berlaku sejurus selepas Hanee memenangi Dewi Remaja. Hakikatnya, tidak! Perkara itu berlaku lebih kurang hampir sebulan sebelum pertandingan tersebut jadi pada malam kemenangan itu dia tidak berada di kelab sebaliknya bersama ibunya di rumah.”
Berikutan insiden itu, Haneesya Hanee, Ernisha dan Fazreen Fazera tidak lagi boleh mengaitkan diri mereka sebagai finalis Dewi Remaja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan terkenal dan pengasas produk kecantikan NOIR, Eriyca Baiduri baru-baru ini selamat bersalin seorang anak lelaki hasil dari proses in vitro fertilization (IVF). Menjangkau usia hampir dua bulan, nama pemilik eriyca Baiduri Abd Rashid ini baru-baru ini mengumumkan nama anaknya adalah Ahmad Kayden.
Selepas hampir dua bulan bersalin, Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 33, berkata, dia dan suami sepakat memilih nama berkenaan yang membawa maksud kekuatan. “Kami memilih nama Ahmad Kayden yang membawa maksud kekuatan,” jelas Madammu pada Mstar.
Madammu juga sempat berterima kasih kepada semua pengikutnya yang sentiasa mengikuti perkembangan dan perjalanan kehamilannya sepanjang proses persenyawaan in-vitro (IVF). “Terima kasih kerana mengikuti Journey IVF mummy dari awal sehingga ke hari ini. I Love u alls.”
Pada 9 jun lalu, usahawan terkenal terkenal itu mengumumkan dirinya selamat melahirkan anak pertama di sebuah pusat perubatan terkemuka di ibu kota. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Madammu menerusi sebuah hantaran di TikTok.
Menurut sumber, proses kelahiran Ahmad Kayden berjalan dengan lancar dan mengambil masa 40 minit untuk dilahirkan.
Untuk informasi, Eriyca mendirikan rumahtangga dengan Tukang Penasihat NOIR, Azri pada 2015. Suaminya itu merupakan duda dan memiliki 3 orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.