Sesungguhnya COVID-19 adalah benar. Ia diakui sendiri oleh pelakon yang pandai bercakap dalam bahasa Siam, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Mawar Rashid.
Wanita berusia 26 tahun ini telah berkongsi bahawa keluarganya baharu sahaja sembuh daripada jangkitan pandemik yang membabitkan seluruh dunia ini. Menurut Mawar, pengalaman mengharungi jangkitan ini selama dua minggu cukup membuatkan dirinya trauma.
Mungkin ini yang membuatkan wanita ini telah memasang nazar. “Alhamdulillah Mawar dah lepas niat bernazar ke atas family Mawar & mommy Mawar. Mawar bernazar sekiranya kami semua sembuh dari COVID-19 dengan izin Allah SWT, Mawar berniat untuk sedekah keperluan di hospital untuk pesakit-pesakit di hospital,” tulis Mawar di laman media sosialnya.
Ads
Foto: Instagram @mawarashid
Tambahnya lagi, “So Mawar mampu donate15x Oxygen Tank, 5x Trolley Oxygen Tank & 5 Pressure Regulator untuk Hospital Selayang. 4 Divider and 5 oximeter untuk Hospital Ampang.
Tapi amount yang Mawar sumbang tak cukup untuk keperluan hospital. Hospital urgently perlukan 2 unit Lifting Trolley Bernilai RM35k each. Sebab tu Mawar terfikir untuk nak buat Live dan raise fund untuk hospital,” coret wanita yang pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja ini.
Nampaknya niat murni isteri kepada Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob ini mendapat sokongan rakan-rakannya. Melalui kerjasama rakan-rakannya Mawar berupaya mengumpul lebih RM75 ribu untuk disumbangkan kepada hospital.
Mawar Rashid turut menjelaskan secara terperinci perbelanjaan pembelian keperluan hospital di laman media sosialnya. Ramai yang mengucapkan terima kasih atas usaha pasangan suami isteri ini. Semoga usaha ini dipermudahkan dan sama-sama dapat membantu memutuskan rantaian COVID-19 ini dengan segera.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun sudah lebih empat dekad berkahwin namun kemesraan Datin Wira Dr Siti Hawa Mohd dan suami tercinta, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin tidak pernah pudar. Ke mana saja pergi pasti kelibat suami yang juga usahawan Mydin berkenaan setia berada di sisi suri hati. Pendek kata, macam kekasih sedang hangat bercinta!
Kesederhanaan Datuk Wira Dr Siti dan Datuk Wira Dr Ameer dari segi penampilan dan gaya hidup sememangnya menjadi inspirasi ramai. Walau sudah bergelar usahawan berjaya dan memiliki 68 cawangan Mydin di seluruh negara namun pasangan ini selesa dengan gaya hidup santai.
Bahkan figura korporat tanah air tersebut tidak kisah menggayakan koleksi baju Mydin walaupun berharga RM30. Yang penting, selesa dan cantik dipakai.
Tahun ini usia perkahwinan Datin Wira Dr Siti dan Datuk Wira Dr Ameer mencecah 45 tahun. Pasangan ini dilaporkan mendirikan rumah tangga pada tahun 1979 selepas berkenalan ketika menuntut di Western Michigan University, Amerika Syarikat.
Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-44 tahun lalu, Datin Wira Dr Siti berkongsi momen indah di samping suami dan menitipkan ucapan romantis.
“Spending time with you will always be top of my bucket list! Thank you so much for your thoughtfulness, kindness and countless little things you do for me and our families! Happy 44 years wedding anniversary dear.”
Memetik laporan laman web In Real Life, Datin Wira Dr Siti sewaktu kecil gemar meluangkan masa dengan persekitaran kampung di rumah datuk dan neneknya di Melaka. Datuknya ialah pengusaha padi yang juga imam.
Datin Wira Dr Siti melanjutkan pengajian ke luar negara dan menghabiskan masa selama lima tahun di Amerika Syarikat. Ketika masih bergelar pelajar, dia turut membuat kerja sambilan seperti menjaga budak dan kerja kerani.
Selepas tamat pengajian, dia kembali pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di universiti tempatan.
Pada akhir tahun 70an, Datin Wira Dr Siti bertemu suaminya yang ketika itu merupakan presiden Malaysian Student Organisation. Akui wanita bijak ini, dia terpikat dengan bakat kepimpinan suami selain sikap baik hatinya.
Sejurus menamatkan pengajian ijazah, mereka pulang ke Malaysia dan berkahwin pada 1979. Sah bergelar suami isteri, kedua-duanya meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana di Amerika Syarikat.
Mereka menerima kehadiran anak sulung pada tahun 1982 di Kuching, Sarawak dan anak kedua lahir pada tahun 1986.
Sewaktu menimang cahaya mata kedua, suami sudah pun membuka cawangan ketiga Mydin di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Akui Datin Wira Dr Siti Hawa, dia bersyukur dikurniakan suami yang memahami dan bertanggungjawab. Ketika dia melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), Datuk Wira Dr Ameer banyak tugas mengurus rumah dan menjaga anak.
Pernah rasa putus asa untuk menamatkan pengajian, dia bagaimana pun bertuah kerana sokongan tidak berbelah bahagi suami tercinta yang menjadi kekuatan buat dirinya.
Datin Wira Dr Siti Hawa juga pernah menulis buku pertamanya ‘Strategi Belajar’ dan buku ‘Pengantar Psikologi’. Dia turut meraih anugerah The Best General Book Award, kategori Biografi Korporat di National Book Awards 2014.
Menelusuri perkembangan empayar niaga syarikat pemborong dan peruncit ternama Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) sudah pun 67 tahun bertapak kukuh di pasaran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya malang tidak berbau! Itulah yang dapat menggambarkan situasi yang terpaksa dihadapi oleh penyanyi popular, Tomok apabila berhadapan dengan situasi luar jangka tatkala keluar membeli belah bersama keluarganya.
RM5,593! Inilah jumlah ganti rugi yang terpaksa dibayar penyanyi popular, Tomok kepada sebuah butik pakaian berjenama di sebuah pusat beli-belah terkemuka, malam tadi apabila anaknya secara tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di ruang pameran butik berkenaan.
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 39, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika mereka sekeluarga ke butik itu untuk membeli seluar.Melalui perkongsian video Tomok, dia memaklumkan bahawa anaknya tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satunya bernilai RM1,299 dan baju bernilai RM899 dan RM499.
Pengurusan butik berkenaan tidak membenarkan Tomok keluar dari premis tersebut selagi dia tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang sudah rosak. Walau bagaimanapun, Tomok membayar ganti rugi tersebut selepas pengurusan butik memberikan diskaun.
“Saya tak boleh buat apa. Saya tak boleh keluar dari kedai ini. Tak mengapa, saya akan bayar dan selepas ditolak diskaun, jumlahnya adalah RM5,593,” katanya dalam satu hantaran video di Instagramnya itu.
Tomok turut memaklumkan akan menjual semula pakaian itu kerana saiznya terlalu besar untuk dia dan memohon orang ramai yang berminat untuk membelinya.
“Tapi saya tak jual dengan harga asal. Pengilat kuku hanya terkena sikit saja, tapi saya faham ini peraturan dan saya perlu bayar ganti rugi. Saya mengaku ini silap saya,” katanya.
Tomok berkata, sesiapa yang berminat untuk membeli pakaian itu boleh menghantar mesej kepadanya.
“Ujian nak raya agaknya. Insya-Allah ada rezeki lain untuk saya,” katanya.
Ramai memuji sikap Tomok yang tenang berhadapan dengan situasi berkenaan apatah lagi jumlah yang perlu dibayar itu agak besar. Jom admin kongsikan cara menegur anak sekiranya mereka melakukan kesalahan:
1.Tegur secara bersembunyi.
2. Tanya dan dengar dahulu.
3.Fokus pada kesalahan tersebut, bukan ungkit pada kesalahan silam.
4.Wujudkan eye contact ketika berbocara dengan anak.
5.Tawarkan pilihan
6.Peluk dan puji
7.Sentiasa ingatkan anak-anak
8.Cakap biar selaras dengan tindakan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggal 10 Disember 2019 telah mencipta sejarah dalam hidup wanita yang diberi Sanna Marin ini apabila telah diberi tanggungjawab oleh rakyat Finland untuk memegang tampuk pemerintahan kerajaan. Wanita ini telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu menggantikan Antti Rinne yang telah meletakkan jawatan.
Wanita kelahiran Finland ini turut mencatat sejarah dunia apabila menjadi Perdana Menteri Termuda Di Dunia. Berusia 34 tahun, Sanna Marin berjaya mendapat kepercayaan rakyat Finland yang mempunyai populasi penduduk seramai 5.5 million.
Perlantikan Sanna Marin ini secara tidak langsung telah merampas kedudukan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, 39 tahun, yang sebelum ini memegang status sebagai Perdana Menteri Termuda Dunia.
Wanita yang mempunyai pendidikan Sarjana Sains Pentadbiran dari University of Tampere ini mula menceburkan diri dalam politik Finland pada tahun 2006 menerusi Parti Demokratik Sosial dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pengangkutan & Komunikasi pada Jun lalu.
Mungkin sudah tertulis rezekinya, 6 hari sebelum menyambut hari jadi ke-34, wanita ini telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Mungkin perlantikan ini merupakan hadiah terindah buat isteri kepada Markus Räikkönen ini.
Sebagai mewakili ahli politik generasi muda, Sanna Marin juga tidak terkecuali mempunyai akaun di media sosial. Mempunyai jumlah pengikut seramai 115 ribu orang Sanna Marin sering berkongsi aktiviti sosialnya di laman Instagram.
Ibu kepada Emma Amalia Marin ini telah berkongsi perjalanan proses kehamilannya termasuk berkongsi foto sewaktu menyusukan anak. Mungkin ahli politik generasi muda ini mahu menunjukkan bahawa sebagai seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu tidak perlu ‘kalah’ dengan tanggungjawab di rumah. Setiap wanita mempunyai peluang untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
Selain itu Perdana Menteri Finland ini juga turut berkongsi dengan umum percutian romantiknya bersama suami di Itali serta makan makanan kegemarannya seperti ais krim dan gula kapas.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.