Seperti dapat meneka persoalan rakan media mengenai desas-desus hamil anak kedua, Neelofa bagaimana pun enggan menafi atau mengiyakan spekulasi bahawa dirinya sedang mengandung seperti didakwa sesetengah pihak.

IKLAN

Sebaliknya, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu lebih selesa membiarkan masyarakat menilai sendiri perubahan fizikal dirinya bagi menjawab desas-desus mengenai kehamilan anak kedua.

Dakwa Hamil Anak Kedua, NEELOFA Mohon Doa Terbaik, “Perkara Belum Pasti Tak Perlu Hebahkan.”
Kredit Instagram @neelofa
Dakwa Hamil Anak Kedua, NEELOFA Mohon Doa Terbaik, “Perkara Belum Pasti Tak Perlu Hebahkan.”
Foto Majalah Nona
Dakwa Hamil Anak Kedua, NEELOFA Mohon Doa Terbaik, “Perkara Belum Pasti Tak Perlu Hebahkan.”
Foto Majalah Nona

“Perkara belum pasti, tak perlulah kita hebahkan. Sama seperti perkahwinan dan kelahiran. Saya layan saja apa komen orang dan menghargainya. Jika hamil dan nampak perut besar, maksudnya inshaAllah.

Jadi, saya go with the flow. Jika hamil anak kedua, ketiga dan seterusnya, beginilah pendirian saya.”

Neelofa dan suami, Haris Ismail ditemui ketika menghadiri kursus umrah anjuran Omrah Travel.

IKLAN

Dalam pada itu, Haris turut mengharapkan agar semua pihak mendoakan yang terbaik. “Doa yang baik-baik, kalau sesiapa yang pernah dengar jawapan ini mesti faham.

Bukan mahu menafikan atau mengesahkan. Sebab apa-apa pun berlaku, minta yang terjadi adalah perkara yang terbaik.”

IKLAN
Dakwa Hamil Anak Kedua, NEELOFA Mohon Doa Terbaik, “Perkara Belum Pasti Tak Perlu Hebahkan.”
Kredit Instagram @neelofa
Dakwa Hamil Anak Kedua, NEELOFA Mohon Doa Terbaik, “Perkara Belum Pasti Tak Perlu Hebahkan.”
Kredit Instagram @neelofa
Dakwa Hamil Anak Kedua, NEELOFA Mohon Doa Terbaik, “Perkara Belum Pasti Tak Perlu Hebahkan.”
Kredit Instagram @neelofa
Dakwa Hamil Anak Kedua, NEELOFA Mohon Doa Terbaik, “Perkara Belum Pasti Tak Perlu Hebahkan.”
Kredit Instagram @neelofa
Dakwa Hamil Anak Kedua, NEELOFA Mohon Doa Terbaik, “Perkara Belum Pasti Tak Perlu Hebahkan.”
Kredit Instagram @neelofa

Terdahulu, spekulasi usahawan Nunha dan Naelofar ini berbadan dua mula jadi bualan selepas video yang menampakkan perubahan pada fizikal terutama bahagian perut menjadi tular di media sosial.

Lebih-lebih lagi ketika sambutan ulang tahun kelahiran pertama anak kesayangan, Muhammad Bilal yang memperlihat ibu berusia 34 tahun berkenaan mengusap perutnya yang semakin membesar.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI