Wajah cantik Datin Lisa Surihani sememangnya tak jemu mata memandang. Lebih-lebih lagi setelah mengambil keputusan berhijab makin berseri-seri wajah isteri kepada Datuk Yusry Abd Halim ini.

IKLAN

Walaupun sudah lama tidak muncul dalam drama mahupun filem namun kelibat pelakon filem Istanbul Aku Datang ini masih mencuri tumpuan orang ramai.

Datin Lisa Surihani Kekal Cantik Di Usia 36 Kini Ceburi Bisnes Kecantikan
Foto: Instagram @lisasurihani
Datin Lisa Surihani Kekal Cantik Di Usia 36 Kini Ceburi Bisnes Kecantikan
Foto: Instagram @lisasurihani

Tanggal 23 Mac 1986 merupakan tarikh lahir kepada aktres, model, hos televisyen dan model iklan ini. Datin Lisa Surihani turut menzahirkan rasa syukurnya saat menyambut tarikh hari jadinya.

Datin Lisa Surihani Kekal Cantik Di Usia 36 Kini Ceburi Bisnes Kecantikan
Foto: Instagram @lisasurihani

““Astaghfirullahalazim. Hadza Min Fadli Rabbi. Allah SWT bagi izin bertemu umur 36. Alhamdulillah. Banyak dan jauh sungguh lagi untuk mempelajari dan memperbaiki. SubhanAllah. Tidak terkira nikmat Allah SWT kurniakan.” tulis Datin Lisa di laman media sosial milik peribadinya. Happy birthday! Datin Lisa.

Dalam sibuk menguruskan rumahtangga dan ibu kepada tiga orang cahaya mata, Datin Lisa kini mengorak langkah menjadi usahawan wanita. Selebriti yang pernah mengacarakan rancangan televisyen Tanya Doktor ini muncul dengan produk penjagaan rambut di bawah jenamanya sendiri.

Datin Lisa Surihani Kekal Cantik Di Usia 36 Kini Ceburi Bisnes Kecantikan
Foto: Instagram @lisasurihani

Bermula dengan kisah masalah rambutnya sendiri, Datin Lisa berkongsi formulasi yang membantu mengatasi rambut bermasalah.

IKLAN

“Produk ini bukan sahaja sesuai untuk semua golongan, malah apa yang lebih penting bagaimana Suri juga memberi fokus untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat.

Datin Lisa Surihani Kekal Cantik Di Usia 36 Kini Ceburi Bisnes Kecantikan
Foto: Instagram @lisasurihani
Datin Lisa Surihani Kekal Cantik Di Usia 36 Kini Ceburi Bisnes Kecantikan
Foto: Instagram @lisasurihani

Sebagai salah seorang yang turut mengalami masalah rambut gugur, saya bertemu dengan seorang pakar rambut C Michael of London. Perbincangan dengan beliau membawa kepada kewujudan Suri. Lebih penting saya mahu produk ini juga menepati keperluan pengguna.

IKLAN

Ternyata pengalaman menjadi model iklan sejak berumur 11 tahun tidak memberi banyak kelebihan. Membawa jenama sendiri memerlukan lebih banyak proses, bermula dari pemilihan bahan dalam produk malah bungkusan juga memerlukan keputusan sendiri. Jadi melalui Suri merupakan langkah awal saya dalam bidang perniagaan sebenarnya,” jelas Datin Lisa seperti yang dilaporkan Kopi Planet.

Datin Lisa Surihani Kekal Cantik Di Usia 36 Kini Ceburi Bisnes Kecantikan
Foto: Instagram @lisasurihani

Suri merupakan pilihan Datin Lisa sebagai jenama produk sulungnya itu. Datin Lisa juga beruntung apabila suami sentiasa menyokong perjalanannya untuk bergelar usahawan. Semoga terus sukses dalam bidang baharu yang diceburinya ini.

Baca juga; New Zealand Buka Sempadan Awal, Ini 20 Lokasi Wajib Singgah Dari Ratu Cantik NZ 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI