Fala Zainal Bakal Jadi Menantu Dato Dr Mashitah Ibrahim

Ibu mana yang tidak gembira apabila anak kesayangan bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Kegembiraan tersebut dikongsi oleh penyanyi popular era 80-an, Datin Suliza Salam apabila anak keduanya, Fala Zainal bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

IKLAN
Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021
Fala Zainal

Fala Zainal mengikat tali pertunangan dengan Muhammad Wafi Abdul Shakor pada 1 Januari 2021 yang lalu. Muhammad Wafi merupakan anak lelaki kepada bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Dr Mashitah Ibrahim. Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 28 September 2020 hingga 27 September 2022.

Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021
Dato Dr Mashitah Ibrahim menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Fala Zainal

Majlis pertunangan telah berlangsung pada tanggal 1 Januari 2021 yang lalu disaksikan oleh kaum keluarga terdekat di mana majlis dilangsungkan dalam keadaan meriah namun sederhana serta mematuhi SOP yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021
Lebih istimewa, dekorasi majlis pertunangan anak kedua Datin Suliza Salam dan Datuk Zainal Nazeri Zainuddin ini telah mendapat sentuhan Datin Suliza dan Fala Zainal sendiri sambil dibantu oleh kaum keluarga. Siapa sangka, hasil dekorasi sentuhan Datin Suliza Salam begitu indah dan melatari segenap ruang sepanjang majlis pertunangan berlangsung.

Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021
Konsep hantaran rainforest jadi pilihan

Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021 Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021

Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021
Selain pelaminan indah yang dihias mengikut citarasa keluarga ini, gubahan hantaran untuk bakal menantunya turut mendapat sentuhan Datin Suliza Salam dan keluarga sekaligus memberikan gambaran hasil kerja tangan keluarga ini penuh berseni!
“Untuk dekorasi majlis pertunangan, kami sekeluarga sepakat untuk melakukannya secara bergotong royong. Memandangkan kami sudah tidak dapat berkumpul dengan keluarga besar dek kerana kekangan PKP dan PKPB, jadi kami gunakan peluang ini untuk berkumpul (saudara rapat) dan melakukan kerja-kerja dekorasi bersama-sama,” ujar Fala yang bangga dapat merealisasikan majlis impiannya dalam keadaan sederhana namun meriah.

IKLAN

Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021 Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021Tambah Fala lagi, ibunya sememangnya gemar menggubah bunga dan hasil kerja tangan ibunya amat menepati citarasa dekorasi majlis pertunangan impiannya.
Menurut Fala lagi, dia dan Muhammad Wafi bakal disatukan selepas enam bulan bertunang. Pada majlis pertunangan tersebut, pihak keluarga Muhammad Wafi menyerahkan 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang hantaran dari pihak keluarga Fala.

IKLAN

Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021Untuk rekod, Datin Suliza merupakan kawan rapat Dato Mashitah Ibrahim dan keluarga kedua belah pihak sudah saling mengenali antara satu sama lain sejak sekian lamanya.
Ditanya mengenai perkahwinan impiannya, Fala berharap majlis perkahwinannya nanti dapat disaksikan oleh kaum keluarga dan sahabat handai.

Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021 Datin Suliza Salam & Dato Dr Mashitah Ibrahim Bakal Berbesan, Anak Ikat Tali Pertunangan 1.1.2021

Gadis ini mengimpikan majlis perkahwinan bertemakan sparkle dan enchanted yang pastinya diserikan dengan kehadiran para tetamu yang memberikan restu dan doa untuk perkahwinan yang bakal dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI