Bagi peminat penyanyi nombor satu negara. Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan penyanyi ini sempena Konsert Sentuhan Kasih Diraja Perlis yang bakal berlangsung pada 6 April 2019 yang akan datang.
Sambil berhibur , konsert yang dianjurkan untuk mengutip dana untuk empat badan bukan kerajaan di Perlis iaitu Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah, Pusat Dialisis Tuanku Syed Putra, Persatuan Pandu Puteri cawangan Perlis dan Persatuan Pengakap Malaysia negeri Perlis.
Ads
Antara penyanyi yang bakal membuat persembahan termasuklah Dato Seri Siti Nurhaliza, Dato Yusni Hamid, Adibah Noor,Deja Moss dan Khai Bahar. Lebih istimewa, konsert ini turut mengundang penyanyi popular dan evergreen dari Indonesia, Harvey Malaiholo untuk turut serta memeriahkan konsert amal yang bakal diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Persembahan artis-artis ini akan dipimpin oleh konduktor muzik tersohor, Dato’ Mokhzani serta Orkestra RTM.
Ads
Tiket untuk menyaksikan persembahan istimewa ini boleh didapati pada harga RM2000, RM800, RM400 dan RM250. Semoga sumbangan dari para peminat dapat membantu empat badan bukan kerajaan di Perlis ini menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan sebaik mungkin dan mendapat keberkatan dari penganjuran majlis tersebut.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah dengar Kuih Cucur Jawa atau Penyaram? Ada yang memanggilnya kuih topi, cucur tuang dan sebagainya. Rupanya ada iras-iras kuih apam versi goreng.
Secara ringkas, kuih Cucur Jawa ni adalah kuih lama atau kuih ‘legend’ kegemaran ramai. Cara membuatnya mudah sangat. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak dan senang nak dapatkan.
Namun begitu, walaupun caranya sangat mudah tetapi kuih Cucur Jawa ni ada ‘pantang larangnya’ kalau nak dapatkan rupa bentuk yang cantik. Anda akan dianggap berjaya kalau bahagian tepinya kemas berbentuk bunga, bergerigi dan bertebing.
Seperti mana yang dikongsi oleh wanita cantik ini yang juga model dan bekas finalis Pencarian Covergirl Dara.com 2011/2012, Lynda Roslan. Bukan sekadar cantik, ibu kepada tiga anak ini memang pandai memasak. Lynda beruntung kerana sejak bergelar suri rumah sepenuh masa dia mempunyai banyak masa bersama keluarga.
Bila hari-hari memasak di rumah, tiada masalah buat Lynda untuk menyediakan menu buat keluarga terutama sepanjang PKP. Namun, Lynda memilih untuk menyediakan menu ringkas dan cepat. Mujurlah anak-anaknya tidak memilih makan. Salah satu menu kegemaran Lynda sekeluarga ialah kuih Cucur Jawa Gula Merah.
Menurut Lynda, kuih ini merupakan kegemarannya sejak kecil. Sememangnya air tangan ibunya tiada tandingan.
“Teringin punya pasal. Biasanya ‘import’ mak je minta buatkan. Ni PKP tak boleh nak ‘import’so sepanjang time bancuh tu asyik video call je la nak tunjuk bancuhan tu okay ke tak. Resipi ni jenis kena peram, nanti bunga tepinya tak menjadi.
Semalam tak berapa jadi bunga tepi tu sebab baru bancuh tapi tak sabar nak goreng. Pagi ni elok haa kejadiannya. Puas hati! Buat pembaca Nona berikut dikongsikan resipi dan pantang larang kuih Cucur Jawa ini. Menarik!
RESIPI CUCUR JAWA GULA MERAH
Bahan A (air gula):
1 cawan gula merah
4 sudu gula
Secubit garam
Bahan B:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
Cara Membuat:
Satukan bahan-bahan A dan masak atas api hingga larut. Matikan api dan ketepikan seketika, biar sejuk. Sementara itu, bancuh sebati bahan-bahan B dengan air gula yang telah disejukkan tadi. Sukat dua cawan, kalau tak cukup dua cawan baru tambah air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat.
Setelah itu simpan semalaman. Kalau hendak goreng pagi, bancuhlah malam sebelumnya. Sebelum goreng letak minyak sedikit saja, anggaran dalam satu piring cawan kopi. Gunakan api kecil dan pastikan kuali betul-betul panas sebelum menggoreng.
Jadi, dah dapat idea untuk minum petang ni? Kalau bahan-bahannya ada di rumah boleh cuba! Jangan lupa ikut sekali pantang larangnya agar hasil yang diperolehi tak mengecewakan.
Kredit Foto: Instagram Lynda Roslan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak mempunyai zuriat sendiri, hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila mengenangkan terdapat keluarga kurang berkemampuan tidak dapat menyediakan susu dan lampin untuk bayi mereka akibat desakan hidup apatah lagi apabila negara berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid19 ini.
Inilah situasi yang dihadapi oleh Anzalna Nasir yang melahirkan rasa simpati terhadap golongan yang kurang berkemampuan ini dengan mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan susu dan lampin pakai buang. Nur Anzalna Md Nasir berkata, dia menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram yang meminta sumbangan dan bantuan.
“Sebenarnya, sejak saya buat kerja amal dengan membantu keluarga yang ada bayi, sejak itu ramai datang kepada saya minta tolong dari segi kewangan dan keperluan bayi. Tersentuh hati bila membaca DM yang beri bayi minum air kanji sebagai pengganti susu dan sebagainya. Jadi, terdetik nak buat pada masa sekarang ini sebab saya sendiri sudah mempunyai anak. Jadi sangat memahami situasi keluarga terdesak yang tidak dapat membeli susu anak dan lampin pakai buang kerana hendak mengutamakan keperluan lain walaupun pada hakikatnya susu dan lampin pakai buang juga satu keperluan sekiranya mempunyai anak kecil.
“Dalam keadaan sekarang, saya berasakan apa yang boleh tolong adalah beri sumbangan untuk mereka beli lampin pakai buang dan susu. Caranya ialah saya akan buat pindahan wang. Semalam, saya sudah dapat beberapa keluarga untuk diberikan sumbangan dan mereka beli. Saya berharap mereka memanfaatkan sumbangan tersebut untuk keperluan anak. Jika mereka berbohong dan gunakan wang untuk perkara lain, itu antara dia dengan Allah. Tapi niat saya hanyalah untuk membantu mereka yang memerlukan,” ujar Anzalna yang terbaca berbagai kisah yang dikirmkan melalui DM Instagram miliknya.
Bagaimanapun, Anzalna berkata dia perlu berlaku adil dengan memberikan kepada keluarga yang benar-benar memerlukan. Bukan bermaksud bersifat selektif, tetapi Anzalna terpaksa menapis keadaan keluarga yang benar-benar meemrlukan bantuan.
”Saya menerima banyak DM sampai tak boleh tengok satu-satu. Saya tahu, sekarang ini terlalu ramai dalam kesempitan. Saya harap sumbangan kecil ini dapat meringankan beban bagi keluarga yang memerlukan. Tidak dinafikan, dalam rezeki kita, sebenarnya ada portion untuk orang lain.”
Walaupun pihak kerajaan sudah membantu, tapi ini bantuan kecil saya juga. Saya bukan kaya-raya nak tolong banyak. Saya tolong setakat yang termampu. Lagipun susu dan lampin pakai buang penting bagi mereka yang ada anak kecil,” katanya.
Ditanya mengenai aktiviti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, Anzalna semakin rajin ke dapur dan mencuba pelbagai menu untuk dinikmati oleh suami tersayang.
“Sebagai isteri sudah tentu saya akan memasak untuk suami. Dalam keadaan sekarang ni, takkan nak order sahaja makanan setiap hari. Jadi,saya masak untuk suami. Inipun barang dapur sudah hampir habis. Nak kena stok up barang basah ni,” ujar Anzalna yang bersiap dengan sanitizer, face mask dan sapu tangan sekiranya hendak keluar ke pasaraya berhampiran kediamannya.
“Sekarang ni dah tak perlu melaram sangat untuk ke pasaraya sebab semua orang akan pakai face mask. Cukup buat kening sahajalah,” ujar Anzalna seraya mengakhiri perbualan dengan gelak trademark nya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amalan rasuah di negara ini disifatkan berada pada skala yang membahayakan, berdasarkan teguran laporan Ketua Audit Negara (KAN) secara berulang kali dan pelbagai penemuan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Baginda bertitah atas dasar itu, semua pihak tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian dan memikirkan segala justifikasi bagi menidakkan kewujudan rasuah di hadapan mata.
Semua pihak wajib bersifat berani mengakui, berhubung realiti sedang berlakunya amalan rasuah pada skala yang membahayakan berdasarkan teguran dan penemuan berkenaan.
Ini kerana menurut baginda, pelakuan rasuah akan tumbuh melebar, subur membesar, lalu diterima sebagai norma sebelum meresap menjadi budaya yang akhirnya memusnahkan sesebuah neagra bangsa apabila tiada kesungguhan membanteras jenayah itu.
“Daripada 180 buah negara yang dilakukan penilaian oleh Transparency International (TI), Malaysia jatuh daripada kedudukan ke-57, mencatat skor 52 pada tahun 2020 kepada kedudukan ke-62 mencatat skor 48 pada tahun 2021.
Malaysia dikelompokkan dalam kumpulan dua pertiga negara yang mencapai skor di bawah 50. Sikap dan tindak balas terhadap perkara berkaitan akan menentukan sama ada amalan rasuah mahu dibendung secara bersungguh atau dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian ketika berucap pada pelancaran buku tulisan Prof Emeritus Tan Sri Dr M Kamal Hassan bertajuk ‘Korupsi dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu, Perlunya Disegerakan Transformasi Moral Etika.’
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.