Petang itu tidak lengkap seperti setahun lalu, aku dan Rina duduk dalam suasana tenang di Restoran Serai, Pavilion. Lokasi biasa yang menjadi tempat kami bersantai sambil menghabiskan masa lunch atau minum petang.

Sambil menghirup green tea lemon, aku terus membiarkan Rina bercerita tentang apa yang telah berlaku pada Maria kerana semenjak pemergian aku meninggalkan Kuala Lumpur dan berhijrah ke London mengikut suami, Rina lebih memahami apa yang telah berlaku dalam kehidupan Maria.

IKLAN

Rina mula bercerita, “Semenjak you tinggalkan Malaysia, I dan Maria pun jarang menghabiskan masa bersama. I mula sibuk dengan urusan dua orang anak dan kerja sehinggalah satu hari tu, I ingat lagi Maria datang ke klinik.

Katanya sejak akhir-akhir ini dia selalu saja sakit perut tapi I nampak ada kesan lebam di bawah kelopak mata kirinya. Bila ditanya, katanya terjatuh. So, I pun tak mahulah mengorek lebih ceritanya.

Dua bulan kemudian, dia datang lagi kerana muntah-muntah teruk. Perut tak sedap dan selalu pening-pening. Kali ini, I tak sedap hati sebab terlihat kesan lebam-lebam di perutnya dan juga di bahu dan tengkuk.

I buat pemeriksaan lebih detail, hasil makmal kelihatan normal, tidak ada pembekuan darah, mengandung atau sebagainya. Gerak hati I sudah rasa ini mesti kes kekerasan rumah tangga?

Tapi jawapannya sama saja, jatuh sebab pening-pening dan kadang-kadang pengsan bila hilang keseimbangan. Jawabnya sungguh-sungguh, berusaha meyakinkan I. So I just bagi nasihat jaga makan dan kalau ada apa-apa, please contact me.

Selepas dua minggu, Maria datang lagi, katanya sakit ulu hati dan kali ini ada lebam di mata. I terus berkeras untuk bertanyakan keadaan yang sebenarnya dan barulah arwah bercerita.

Sepanjang dua tahun hidup berumah tangga bersama Imran hanya setahun dia melalui saat indah itu. Setahun kemudian, suaminya sering memukul dia bila datang sakit gilanya.

Imran sangat sayang dan cintakan arwah tetapi bila ada tekanan kerja dan kesilapan sikit yang arwah lakukan pantas sekali tangan dan kaki Imran menyapa ke tubuh arwah.

Buat kopi kurang manis pun arwah pantas kena lempang. Sedih I dengar kisahnya, menangis tersedu-sedu kami berdua. I rasa bersalah kerana tidak bertanyakan tentang perkara ini dari awal lagi.

I bagi nasihat kepadanya untuk pergi buat aduan ke pejabat agama atau report polis. Tapi katanya, dia terlalu lemah dan terlalu cintakan si suami.

Arwah pernah berkata dia bertekad untuk minta berpisah tetapi selepas dipujuk oleh Imran, Maria cair pada cintanya. Imran meminta arwah untuk membantu dia mengawal kemarahannya daripada meninggalkannya.

Imran mengalami tekanan sejak dari kecil apabila dia sering didera oleh bapanya. Dan kerana simpati dan sayang arwah pun berjanji untuk berusaha membantunya.

Rela Hati

Jadi arwah Maria rela terus dipukul demi mengubah kebiasaan itu. I tanya dia, sampai bila-bila you boleh bertahan? ‘Sampai Imran benar-benar pulih. Dan sekarang Imran sedang berusaha untuk memperbaiki kelemahan dirinya dan menerima rawatan psikoterapi. InsyaAllah, semuanya akan pulih kembali,’ jawabnya perlahan.

Sesekali lebam sikit bila datang gilanya, arwah bertahan. I tidak mampu berkata dan menasihati awrah lebih jauh lagi.

IKLAN

I cuma berharap, Imran akan cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan normal. I juga meminta izin dari arwah untuk bertemu Imran, mungkin boleh dapat sikit sebanyak membantu keadaanya itu.

Tetapi arwah Maria tidak benarkan, katanya itu akan mengeruhkan lagi keadaan kerana Imran pasti memarahinya kerana bercerita masalah perihal rumah tangga kepada orang luar.

Ingat lagi pesan arwah, “Jangan risaukan I, selagi mampu bertahan I akan bertahan demi menunaikan janji untuk bersama Imran menghadapi situasi ini. Takkan suami I sanggup pukul I sampai mati pulakan?” katanya sambil tersenyum. I hanya mampu geleng-gelengkan kepala dan menarik nafas panjang.

Pukulan Maut

Dua bulan kemudian kereta memasuki tempat letak kereta bahagian kecemasan dan kelihatan ada seorang lelaki yang mendukung wanita kurus yang kelihatan tidak berdaya, “Bantu isteri saya, tolong … dia pengsan dan tidak sedarkan diri dari petang tadi!” katanya sambil menangis dengan cemas.

“Kenapa ada lebam di belakang telinganya?” tanya jururawat ER. “Jatuh tangga, isteri saya pengsan, mungkin sakit perutnya datang dari makan terlalu lewat.” I terdengar perbualan itu dan bila melihat secara dekat Imran dan Maria.

IKLAN

I segera menjerit pada jururawat agar terus dibawa ke ICU. I tahu ini mesti, Maria dipukul atau ditolak lagi. Dan kali ini ia kelihatan membawa maut. Kerana Maria nampaknya seperti kritikal dan tidak sedarkan diri. Tekanan darah rendah, pernafasan cepat dan jantung sepertinya sesak.

Hasil imbasan CT menunjukkan terdapat perdarahan di otak di sisi lebam di belakang kepala.

Imran di situ menangis dan sering kali memohon maaf dan berharap agar Maria sedar dan kembali sihat agar dapat menjalani kehidupannya bersamanya. Oh, keadaan ketika itu sangat menyakitkan hati!

Mahu sebenarnya I laporkan pada polis tetapi sukar untuk mendapatkan bukti. Dan tidak ada saksi kerana mereka tidak mempunyai anak dan tinggal di rumah sahaja. Keadaan Maria adalah buruk, tekanan darahnya rendah.

Mahu pembedahan otak untuk membuang pembekuan darah, mungkin ‘lima puluh lima puluh’. Semua memutuskan untuk meneruskan ubat-ubatan sahaja dan tidak menjalani pembedahan. Dan pada hari keempat, monitor atas kepala Maria tiba-tiba ‘rata’, garis lurus.

Pegawai ICU selama tiga puluh minit cuba melakukan CPR, tetapi akhirnya semuanya terhenti. Maria menghembuskan nafasnya. Perjuangannya untuk mengiringi suami untuk berubah telah selesai.

Bagi arwah itu adalah keputusannya yang setia kepada suami untuk mengikat janji suci. Dikejutkan dan ditendang olehnya, hatinya masih memaafkan dan cuba bertahan untuk membantu mengurangkan kekurangan suaminya. Tetapi sudah tiba masanya untuk semua ketabahan, kesabaran dan membantu semangat itu menjadi sia-sia.

Walaupun perasaan dan mentalnya menerima penyalahgunaan kekerasan suaminya, tubuhnya tidak mempunyai daya tahan yang kuat seperti pintu besi. Terdapat had kekuatan fizikal dan yang telah melebihi.

Dan akhirnya semua ketabahan itu menjadi sia-sia sekarang. Tubuh arwah telah berhenti berdenyut, kaku dan tidak lagi nafas. Senyap senyap, antara kesakitan dan kemarahan.

Arwah Maria pergi dan tidak akan kembali untuk dipukul…. Itulah yang I dapat kongsikan…” jelas Rina sambil mengusap linangan air matanya. Aku terus menangis tanpa berhenti mengingatkan betapa hebatnya pengorbanan arwah Maria.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI