Bagi tahun ke-18 berturut-turut, Pertandingan Seni Lukis Warisan Usaha Tegas (dahulu dikenali sebagai Pertandingan Seni Lukis Peringkat Kebangsaan Warisan Tanjong) telah menyaksikan para pelukis muda menghasilkan karya dengan menginterpretasikan kekayaan budaya dan warisan di Malaysia pada permukaan kanvas, yang merangkumi lokasi-lokasi bersejarah dan bangunan-bangunan warisan serta tradisi dan budaya yang telah wujud sejak dahulu lagi.

Puan Maureen Toh, Pengarah Usaha Tegas Sdn Bhd menyampaikan hadiah bernilai RM77,000 kepada 25 org pelukis muda di upacara penyampaian hadiah baru-baru ini, berkata, “Ia merupakan misi Kumpulan Usaha Tegas untuk mengekalkan budaya dan warisan di Malaysia melalui minda yang kreatif dan artistik. Apa yang menjadi asas kepada pertandingan ini adalah warisan negara kita, Malaysia. Ia telah membentuk masa silam kita, mewarnai masa kini dan kita harus berusaha bersama-sama untuk mengekalkan warisan demi generasi yang akan datang”.

Mengetengahkan bakat muda negara, pertandingan tahunan ini menarik minat penyertaan daripada institusi-institusi seni terkemuka di Malaysia. 21 buah institusi yang terlibat adalah dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan.

Sebanyak 955 penyertaan karya seni lukis telah diterima dan 535 buah karya telah disenarai pendek untuk menyertai pertandingan ini. Seterusnya, 29 buah karya daripada 25 orang pelukis telah dipilih sebagai pemenang.

Demi Kekalkan Budaya Warisan Serta Jana Minda KREATIF & Artistik, Pertandingan SENI LUKIS WARISAN USAHA TEGAS Dianjurkan!

Dasein Academy of Art (Dasein) telah muncul sebagai institusi paling menyerlah dengan membawa pulang lapan hadiah keseluruhan. Mereka diikuti oleh ATEC Academy yang membawa pulang enam hadiah. Sebahagian perserta telah membuktikan kehebatan bakat seni lukis mereka dengan memenangi beberapa kategori sekaligus. Pertandingan ini menyaksikan 4 peserta masing-masing menjuarai dua kategori berbeza.

Bagi kategori Seni Cetak, pihak juri telah memilih tujuh orang pemenang yang didahului oleh juara, Teh Jun Yang dari Equator College. Untuk Kategori Warna Air, Seow Yong Khin dari The One Academy dan Fung Wei Wei dari USM telah dipilih untuk berkongsi tempat pertama. Manakala bagi kategori Arang/Pensel/Dakwat, tempat pertama diraih oleh Lee Lih Xian dari ATEC Academy.  Sim Hoi Ling dari Dasein Academy of Art (Dasein) memenangi tempat pertama bagi kategori Media Campuran manakala Foo Fang Xuan menjuarai kategori Minyak/Akrilik.

Sepanjang pertandingan berlangsung, para pengunjung dapat melihat hasil karya pemenang-pemenang dan juga berinteraksi bersama mereka. Pengkarya seni dan pemenang tahun lalu, Liew Ting Chuang turut mempamerkan karyanya secara ekslusif di acara ini.

Demi Kekalkan Budaya Warisan Serta Jana Minda KREATIF & Artistik, Pertandingan SENI LUKIS WARISAN USAHA TEGAS Dianjurkan!

Demi Kekalkan Budaya Warisan Serta Jana Minda KREATIF & Artistik, Pertandingan SENI LUKIS WARISAN USAHA TEGAS Dianjurkan!

Para juri yang berjaya memikul tanggungjawab menilai karya yang terbaik telah diketuai oleh Ketua Juri, Encik Juhari Said, pereka cetak Malaysia yang telah merangkul beberapa anugerah dalam industri ini sepanjang penglibatan beliau selama 35 tahun dalam dunia seni tanahair. Beliau diiringi oleh pengkarya-pengkarya seni lain yang turut disegani dalam komuniti seni dan warisan seperti Encik Chin Kon Yit,yang dikenali sebagai Watercolour Maestro of Asiadan Dr. Kim Phaik Lah, yang telah menduduki kerusi juri dari tahun 2001 selain menjadi penasihat beberapa buah organisasi pendidikan seni dan warisan.

Mereka turut disertai oleh Ar. Laurence Loh, seorang arkitek pemuliharaan dan pakar warisan budaya di Malaysia dan Asia Pasifik yang pernah memenangi banyak Anugerah Warisan Asia Pasifik UNESCO bagi usaha-usaha pemuliharaan warisan dan juga Puan Elizabeth Cardosa, Presiden Badan Warisan Malaysia yanggiat terlibat dalam usaha memelihara warisan budaya sejak 15 tahun lalu.

Melengkapi barisan juri adalah ahli terbaharu tahun ini, Encik Hasanul Isyraf Idris, pelukis terkemuka Malaysia yang telah terlibat dalam beberapa pameran seni bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga merupakan seorang ahli inisiatif seni lukis Run Amok di Pulau Pinang. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI