Tercetusnya idea untuk bercuti ke Tokyo apabila secara kebetulan suami terlihat di Internet ada tiket penerbangan murah ke Tokyo. Tanpa membuang masa suami terus menempah empat tiket untuk kami sekeluarga. Suami memilih tarikh percutian dalam bulan November kerana ingin meraikan sekali ulangtahun perkahwinan kami di sana.

IKLAN

Setelah berbincang, kami memilih cara back packers travel ke Tokyo. Ini sesuatu yang mencabar dan tidak pernah kami buat. Kami memilih Tokyo, Pergunungan Fuji, Kyoto dan Osaka. Pada 8 November 2017 kami bertolak ke KLIA sekitar pukul 10 pagi dengan menaiki Grab car. Penerbangan ke Jepun mengambil masa selama enam jam setengah. Kami tiba di Lapangan Terbang Narita sekitar pukul 7 malam (waktu Jepun) dengan suhu 11 darjah Celsius.

Demi Kelainan, Pasangan Ini Pilih Cara BACK PAKERS Rai Ulangtahun Perkahwinan Di Bumi TOKYO!

Demi Kelainan, Pasangan Ini Pilih Cara BACK PAKERS Rai Ulangtahun Perkahwinan Di Bumi TOKYO!

Untuk ke tempat penginapan iaitu Planetyze Tokyo Hostel kami menaiki Yello Line (Narita Line) yang mengambil masa sejam. Pengalaman menginap di Planetyze Tokyo Hostel sungguh mencabar kerana tandasnya di luar bilik. Bagi saya tahap kebersihan di Planetyze Tokyo Hostel setanding dengan hotel empat bintang. Cuma biliknya agak sempit umpama sebuah asrama dilengkapi dengan empat katil bertingkat.

Keesokannya kami menuju ke Tokyo Tower. Dari hostel kami hanya perlu berjalan kaki sekitar lima minit ke stesen kereta api. Dari stesen Nihombashi kami menaiki “Red Line (A) Akasuka Line menuju ke Daimon Stesen. Kami turut mengunjungi Observation Deck. Ketinggiannya ialah 150m dari paras laut. Dari atas kami dapat melihat seluruh bandar Tokyo.

Demi Kelainan, Pasangan Ini Pilih Cara BACK PAKERS Rai Ulangtahun Perkahwinan Di Bumi TOKYO!

Demi Kelainan, Pasangan Ini Pilih Cara BACK PAKERS Rai Ulangtahun Perkahwinan Di Bumi TOKYO!

IKLAN

Kami ke Pergunungan Fuji di Tasik Kawaghuciko. Memandangkan kami back packers maka satu bag sahaja dibawa. Di hostel kami tidur di atas tatami sahaja dan ini perngalaman pertama. Anak-anak teruja dengan suasana baru ini. Pemandangan hostel tepat mengadap Gunung Fuji.

Demi Kelainan, Pasangan Ini Pilih Cara BACK PAKERS Rai Ulangtahun Perkahwinan Di Bumi TOKYO!

IKLAN

Demi Kelainan, Pasangan Ini Pilih Cara BACK PAKERS Rai Ulangtahun Perkahwinan Di Bumi TOKYO!

Pada 11 November 2017 kami ke Mt. Kachi Kachi Ropeway untuk menaiki kereta kabel bagi melihat seluruh kawasan Kawaguchico. Kemudian kami singgah di pasar untuk membeli epal fuji. Satu lagi pengalaman menarik kami ialah berpeluang menyarungkan busana terkenal masyarakat Jepun iaitu kimono.

Hari berikutnya kami berkesempatan berkunjung ke Osaka Castle dan Universal Studio Japan. Kami menaiki penerbangan pada pukul 12 tengah malam dan selamat tiba di Malaysia sekitar pukul 6 pagi.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI