Kebaya merupakan ebagai jenis pakaian (atasan/blouse) pertama yang dipakai wanita Melayu pada kurun waktu abad ke-15 atau ke-16 Masihi. Persalinan kebaya cukup sinonim dengan adat resam negara dan dikhabarkan berasal daripada baba nyonya dan kemudian menyebar ke seluruh bahagian Nusantara.
IKLAN
Persalinan yang diperbuat utamanya daripada kain kasa dipasangkan dengan sarung, batik atau pakaian tradisional lain seumpamanya seperti songket dengan motif pelbagai corak dan warna hadir dengan jenis antaranya .
Kredit foto: FB Linda Noor (Kebaya Nyonya London (Nyonya Melacca)
Dan baru-baru ini Malaysia bersama Singapura, Brunei dan Thailand telah bersepakat mencalonkan pakaian tradisi kebaya untuk dilestarikan dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH). Pencalonan yang akan dikemukakan pada Mac 2023 ini akan memartabatkan kebaya yang telah wujud sejak permulaan abad ke-20 sebagai busana budaya dan tradisi banyak masyarakat di Asia Tenggara.
Ini menandakan pencalonan berbilang negara pertama melibatkan empat negara. Idea pencalonan kebaya ini dicadang dan diselaraskan oleh Malaysia dan dibincangkan sebagai sebahagian siri mesyuarat kerja dalam kalangan beberapa negara pada 2022. Ini merupakan pencalonan multinasional pertama Singapura, dan menjadi nominasi multinasional pertama yang melibatkan empat negara.
IKLAN
Kredit foto: FB Kebaya Nyonya London (Nyonya Melacca)
Brunei, Malaysia, Singapura dan Thailand bersetuju bekerjasama dalam pencalonan tersebut kerana kebaya mewakili dan meraikan sejarah kaya di rantau ini dan menggalakkan pemahaman silang budaya. Semoga warisan budaya ini dapat dikenali satu dunia dan dikekalkan untuk anak cucu kita.
Sumber: beritaharian.sg
IKLAN
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Beg tangan merupakan asas gaya setiap wanita berkerjaya. Selain berfungsi menyimpan purse, smartphone dan mekap, di dalamnya juga mungkin terisi barangan berkaitan kerja seperti laptop, tablet atau kertas kerja.
Tapi tahukah anda bahawa pemilihan beg juga boleh menentukan kredibiliti dan gaya kerja seseorang?
Office bag lambang semangat dalam kerjaya. Pilih beg yang tepat bukan kerana keindahannya semata-mata tapi sesuai dengan cita-cita dan impian yang diburu. Kali ini Nona menelusuri jenis-jenis beg serta saiznya, dan terpulang anda untuk memilih mana satu yang paling tepat dengan lapangan kerja masing-masing.
Ketika bertamu ke acara pembukaan butik baru Lancel di Pavilion Kuala Lumpur, beberapa koleksi sempena Spring Summer 2020 dipertontonkan kepada media. Antara yang menarik perhatian adalah Ninon (RM2,450 – RM3,200) rekaan terbaik buat wanita berkerjaya yang mementingkan praktikaliti serta gaya sofistikated.
OFFICE BAG PILIHAN NONA
(a) Beg Bahu
LancelGucci
Beg jenis ini merujuk kepada semua jenis rekaan yang boleh digayakan dengan menyangkutnya ke bahu. Kebiasaan beg jenis ini memiliki satu atau dua tali.
Tip Nona: Kepanjangan tali beg harus disesuaikan dengan ketinggian anda. Bagi wanita rendah, pastikan tali tidak terlalu labuh atau melepasi paras pinggang.
Karakter Pemakai: Beg bahu dengan warna-warna gelap atau neutral melambangkan sifat pemakainya yang mampu multitasking. Sementara warna-warna pastel menceritakan watak pemakainya yang sukakan kelainan.
(b) Beg Satchel
LongchampChloe
Ia adalah beg jenis kulit yang hadir dengan bahagian bawah berbentuk leper dan memiliki dua tali pemegang.
Tip Nona: Memandangkan beg satchel tidak berstruktur, elakkan mengisi barangan bersegi yang besar atau berat. Contohnya beg dompet oversized.
Karakter: Pemakainya seorang yang klasik dan selalu bersedia untuk sebarang kemungkinan. Pemilik beg satchel juga biasanya seorang yang membawa pelbagai jenis barang dalam begnya.
(c) Beg Clutch
GivenchyBalenciaga
Clutch biasanya tidak bertali dan hanya selesa untuk dipegang. Ia boleh dikategorikan kepada santai dan juga glamor. Rekaan untuk gaya santai lebih bersahaja dan kosong tanpa sebarang perincian manakala untuk majlis glamor ia hadir dengan tatahan batuan ataupun juraian manik.
Tip Nona: Sesuai untuk acara semi formal atau jemputan rasmi selepas waktu pejabat. Isikan keperluan penting seperti kad pengenalan, kad-kad utama dan kad nama anda sahaja, selain smartphone.
Karakter: Seorang yang fashionable dan up-to-date. Dalam kerjaya, pemakai beg clutch didorong sifat teliti dan seni yang tinggi walaupun dia tampil dengan gaya ringkas.
(d) Beg Tote
Max MaraKate Spade
Beg jenis ini hadir dengan tali pendek dan biasanya terbuka tanpa zip. Ia bersaiz besar kerana fungsinya untuk membawa banyak barang.
Tip Nona: Jika anda bertubuh kecil, pilih beg tote yang bersaiz sederhana. Beg yang bersaiz terlalu besar boleh ‘menenggelamkan’ anda.
Karakter: Seorang yang serba boleh serta mementingkan keseimbangan kerjaya dan kehidupan peribadi.
(e) Beg Hobo
Emilio PucciTOD’S
Beg stail ini mempunyai satu sahaja tali dan disangkut pada bahu. Ia sesuai dengan anda yang sukakan gaya bohemian.
Tip Nona: Elakkan mengisi barangan yang terlalu banyak dalam beg hobo anda. Isikan barangan seperti kunci dalam beg kecil supaya lebih mudah dicapai memandangkan rekaan beg ini yang agak dalam.
Karakter: Jelas seorang yang agak relaks, tapi tegas membuat keputusan.
(f) Beg Messenger
Louis VuittonGiorgio Armani
Beg berbentuk petak ini hadir bertali panjang dan boleh disandang atau dipakai silang pada badan.
Tip Nona: Sebenarnya tidak perlu membawa sehingga dua beg (beg messenger dan beg satchel contohnya). Anda boleh memasukkan dompet dan segala barang keperluan lain dalam beg ini bersama laptop atau tablet yang dibawa.
Karakter: Sentiasa bersiap sedia dan rajin. Pemakai beg ini biasanya merupakan orang penting dalam kumpulan dan selalu menjadi ‘orang harapan’.
PANDUAN MEMILIH BEG
STAIL ON-THE-GO
Sebagai wanita bekerja, pilih beg yang paling versatil dan multifungsi. Beg yang dicadangkan adalah jenis tote. Namun dalam memilih rekaannya, biarlah kena pada lokasi yang dituju.
PEJABAT
Untuk ke pejabat, pilih tote bag yang diperbuat daripada kulit kerana versi ini lebih nampak serius dan mahal. Jangan lupa untuk menyimpan satu jenis clutch di dalam beg anda, ia sebagai penyelamat jika anda perlu mengakhiri mesyuarat ataupun perjumpaan anda boleh membimbit beg clutch tersebut.
HUJUNG MINGGU
Gaya ideal beg untuk hujung minggu adalah yang diperbuat daripada jenis kanvas dan juga fabrik jenis ringan. Pilih rona yang lebih menarik dan ceria, sesuaikan dengan busana yang anda sarungkan.
Wanita dan fesyen memang sukar dipisahkan. Pelbagai fesyen boleh didapati dan boleh dijadikan inspirasi untuk bergaya.Namun Fesyen tidak hanya menerhadkan fokus terhadap trend dan jenama semata-mata.
Sense of style juga perlu selari agar dapat memberikan impak yang terbaik. Mahu kelihatan relevan sepanjang masa? Jom Nona kongsikan 5 tip mudah untuk elak daripada menjadi mangsa fesyen.
1. KUASAI BUSANA BASIC
Busana basic seperti celana denim dan kemeja putih kosong adalah must-haves untuk setiap wanita. Mereka mungkin ringkas tetapi mereka tetap boleh glammed up. Pilih satu statement piece (rantai leher atau tas tangan besar atau sepatu tumit spiky). Anda pasti akan tampak lebih elegan.
2. PILIH CORAK YANG GELAP
Pattern semestinya seronok untuk digayakan tetapi pilihan stail dan corak yang salah hanya akan menyemakkan keseluruhan penampilan anda. Sebaiknya, pilih staik yang memiliki background yang gelap atau corak yang bertona.
Paten semestinya seronok untuk digayakan tetapi pilihan stail dan bentuk yang salah hanya akan menyemakkan anda. Apabila memilih busana bercorak, pilihlah stail yang memiliki background yang gelap atau corak yang bertona. Ini membolehkan kamu yang petite atau plus size tetap boleh menggayakan busana bercorak.
3. BIJAK MEMILIH FABRIK
Jangan sesekali menjadikan stail atau rupa satu-satu busana sebagai satu faktor utama anda memilih busana tersebut. Pilihan fabrik yang tepat dan sesuai dengan bentuk tubuh adalah pengetahuan yang perlu ada buat setiap fashionista! Pemilihan fabrik yang salah akan menjadikan tubuh anda kelihatan ‘terseksa’. Untuk tampak lebih baik, pilihlah busana dari fabrik cotton, wool gabardine, wool microfiber blends, wool crepe atau silk dan cotton blends.
4. ALL ABOUT PROPORTION
Busana anda mungkin muat dengan anda cantik dan ngam-ngam tetapi mainan proportion adalah tip fesyen yang ‘yes’! Rule yang perlu dipatuhi: pendek di atas panjang atau panjang di atas pendek. Jika anda memakai kardigan labuh, sebaiknya top anda di dalam pendek. Jika memakai jaket yang cropped, sebaiknya labuhkan top anda.
5. JANGAN BERLEBIHAN
Aksesori seperti rantai dempak dan blings tampak sangat syok untuk dipakai tetapi jika anda mahu tampak sophisticated, beringat apabila beraksesori. Ingat, hiasan terlalu banyak akan mengurangkan versatiliti busana yang anda pakai. Apabila fokus kepada blings yang menyakitkan pandangan, anda akan tampak terlalu sarat.
Tidak seperti kelaziman, gaya dan stail seseorang turut terkesan selepas berlalunya pandemik COVID-19. Kini bangkit semula dalam fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), ayuh Nona tunjukkan senarai item fesyen yang versatil agar suasana normal baharu diatur penuh gaya.
(a) Pelitup Muka
Gandingan pelitup muka perubatan dan fabrik sebagai double mask
Kini pelitup muka adalah item asas untuk setiap orang. Ini adalah langkah perlindungan paling penting, selain mencuci tangan dan mengelak daripada menyentuh wajah.
Bagi meningkatkan keberkesanan, pemakaian pelitup muka berganda iaitu dari jenis fabrik di atas pelitup muka perubatan sangat disyorkan pada ketika ini.
(b) Pelindung Muka
Pelindung muka Louis Vuitton
Selepas pemakaian pelitup muka berganda yang dikatakan dapat mengurangkan risiko pemakai kepada virus COVID-19, terkini pemakaian pelindung muka (face shield) pula disarankan untuk menapis partikel virus di udara.
Adaptasi pelindung muka bersama pelitup muka berganda merupakan satu lagi tambahan item keselamatan penting bagi mencegah penyebaran wabak dalam komuniti.
(c) Inner
Pakaian asas wajib ada, innerturtleneck dan berlengan panjang perlu diberi keutamaan kerana ia mampu melindungi kulit secara keseluruhan. Dengan iklim di Malaysia, pilihlah inner berfabrik kapas yang berfungsi sebagai penyerap peluh.
Koleksi UNIQLO X Theory Fall/Winter 2021
(d) Kemeja Lengan Panjang
Kemeja berwarna putih dalam potongan slim-fit seharusnya ada dalam gerobok anda. Supaya tubuh tidak kelihatan besar, elakkan potongan ketat atau melekap di badan. Pemilihan kemeja polos seperti ini memudahkan anda menyuaipadan dengan seluar, tudung atau aksesori berwarna lain.
(e) Maxi Dress
Larney ‘The Revived Pleats’
Larney ‘The Revived Pleats’
Maxi dress atau helaian gaun labuh berpotongan longgar memberikan nafas moden. Jika ia berpotongan tanpa lengan, anda boleh padankan dengan outerwear seperti kot atau kardigan, kemudian sempurnakan dengan tali pinggang. Sungguh chic! Antara pilihan terkini adalah himpunan Larney ‘The Revived Pleats’.
(f) Blazer
Blazer bercetak, sama ada bercorak haiwan atau alam semula jadi menjadikan gaya si pemakai kelihatan bold. Kali ini, jangan gentar untuk mengenakan corak atau warna-warna yang menyerlah, seperti neon. Menyarung blazer yang mengikut susuk badan juga merupakan cara paling mudah untuk kelihatan fashionable.
(g) Jaket Biker
H&M X Balmain
Item mesti ada selepas pandemik. Rekaannya yang berlengan panjang memberikan lebih perlindungan dari pencemaran. Anda boleh sarungkan kutang putih di dalam dan lapisi dengan jaket biker agar kelihatan ranggi dan urban.
(h) Kardigan
Dior Sauvage Cardigan
Pada asalnya kardigan merupakan baju sejuk yang berpotongan blazer dengan butang di bahagian depan. Kini kardigan direka lebih moden dengan bahan asas lebih ringan dan sesuai dengan cuaca panas. Anda boleh memakai kardigan berpotongan pendek ataupun labuh sebagai kunci gaya tanpa kelihatan keterlaluan.
(i) Seluar
Seluar pensel atau pencil trousers, lebih sesuai dikenakan pada waktu begini berbanding seluar skinny. Anda juga boleh mengenakan seluar palazzo kerana potongannya yang beralun memberikan ilusi lebih langsing kepada si pemakai.
(j) Selendang
Pemilihan selendang dalam warna-warna terang seperti merah atau kuning boleh menaikkan seri wajah anda. Selain styling biasa, ia juga boleh dijadikan turban untuk kelihatan urban. Sebaiknya kenakan baju turtleneck atau inner leher agar bahagian yang terdedah dapat ditutup dengan sempurna.
(k) Pump Shoes & Flats
Pretty Ballerinas
Pemilihan kasut yang menutupi keseluruhan kaki amat penting. Pump shoes dan flats sesuai digayakan kerana faktor rekaannya yang ringkas dan mudah disarung. Pilihan warna-warna terang menyerlahkan lagi gaya si pemakai.