Gandingan pasangan selebriti popular Fauzi Nawawi dan isteri, Lisdawati seringkali menjadi tumpuan netizen terutamanya di laman sosial. Bukan sahaja disebabkan kerana kehebatan lakonan kedua-duanya, malah kemesraan kedua-dua pelakon hebat ini sebagai suami isteri antara sebab netizen suka melihat mereka.
IKLAN
Baru-baru ini, ketika ditemu bual oleh Harian Metro, Fauzi Nawawi atau nama sebenar Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 49, berhasrat untuk memulakan perniagaan makanan dalam masa terdekat. Hal ini disebabkan oleh dia dan juga isterinya berasa bimbang terhadap masa depan mereka sekeluarga.
Tambahan pula, saiz keluarga semakin membesar semenjak dikurniakan cucu, yang menjadikan mereka lebih peka untuk membina masa depan yang lebih terjamin.
Menurut Fauzi, apabila sudah bercucu, dia lebih kerap memikirkan mengenai peluang lain selain dari bidang lakonan.
Jujurnya, saya lebih banyak berfikir ke arah itu. Saiz keluarga yang semakin besar membuatkan saya bimbang mengenainya.
Fauzi turut menyatakan bahawa semenjak bercucu, dia lebih memilih tawaran berlakon terutamanya bagi watak jahat. Bagi dirinya, dia risau sekiranya watak jahat yang dilakonkan akan memberi kesan tidak baik kepada cucunya.
Tambah lagi jika nak berlakon sesuatu watak terutamanya watak jahat. Saya terfikir mendalam kerana ia akan bagi kesan dulu pada anak dan sekarang cucu. Watak yang dapat sekarang pun bapa-bapa dan yang baik-baik kerana watak jahat dah kurang. Tawaran begitu pun dah kurang yang datang.
Oleh kerana itu, dia dan isteri membuat persiapan awal dengan mencari peluang lain dan bakal membuka kafe di kawasan Bukit Bintang.
IKLAN
Akan dilancarkan pada hujung Disember ini atau awal Januari tahun depan, mereka memasang impian untuk mewujudkan konsep francais di seluruh negara. Kafe yang mengetengahkan masakan Semenanjung dan dari Sabah ini merupakan idea pasangan ini di mana resipi bagi makanan Semenanjung adalah daripada isterinya.
IKLAN
Kafe kami itu sudah 70 peratus siap dan akan ada empat cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor yang akan dimiliki oleh kami. Manakala di seluruh Malaysia ada 26 francais.
Biarpun masih dalam proses pemilihan nama, Fauzi berasa teruja untuk memiliki kafe sendiri terutamanya apabila melihat kejayaan orang lain dalam perniagaan makanan.
“Jika tiada tawaran berlakon sekurang-kurangnya saya boleh buat sesi live Instagram dan TikTok dengan peminat. Pada masa yang sama, bila ada kedai makanan, kami boleh banyak bersedekah kepada golongan yang memerlukan,” katanya.
Sejak akhir-akhir ini sering kita dengar kematian di kalangan selebriti mahupun kawan-kawan akibat serangan jantung secara tiba-tiba (sudden death).
Begitu juga dengan berita kematian dalam tidur. Baru-baru ini kita mendengar berita pelawak terkenal tanah air Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan meninggal dunia dalam tidur. Terbaharu, Ashraf Sinclair yang merupakan suami kepada Bunga Cinta Lestari juga dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.
Doktor selalu menasihati agar bersenam secara konsisten, jaga pemakanan, tidak merokok dan tidak mengambil alkohol. Tetapi, sejauh mana yang anda boleh lakukan untuk melindungi jantung?
(1) Panggang daging
Anda tentu fikir daging panggang bahaya untuk kesihatan. Namun, sebenarnya anda salah. Daging mengandungi selenium dan vitamin B. 50 peratus lemak adalah jenis monounsaturated.
(2) Tonton filem seram
Sebarang sebab yang menyebabkan jantung bergerak pantas adalah baik untuk kesihatan jantung.
(3) Berlari indoor ketika jerebu
Berlari di luar dengan cuaca yang tidak sihat mengurangkan kemasukan oksigen dalam tubuh.
(4) Berenang dalam kolam mandi
Kajian mendapati 50 kalori sehari akan terbakar selepas berenang dalam kolam mandi.
(5) Serang kolesterol dengan lemak
Kajian mendapati lelaki atau wanita yang berkolesterol tinggi dapat menurunkan kadar kolesterol sebanyak 15 peratus dengan mengambil kacang macadamia. Ini kerana kacang ini sumber lemak monounsaturated.
(6) Hakis depresi
Tidak kira lelaki atau wanita yang menghadapi depresi dapat meningkatkan sakit jantung. Ayuh, buang jauh-jauh depresi dan tenangkan diri.
(7) Berdiam diri selama 20 minit
Mencari ketenangan diri dengan meditasi adalah baik buat mereka yang mempunyai sakit jantung.
(8) Beli punching bag
Kita mampu menyalurkan kemarahan di punching bag serta boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
(9) Minum jus kranberi
Minum jus kranberi dapat menurunkan kadar HDL kolesterol sebanyak 10 peratus.
(10) Jangan tinggal sarapan
Mengambil sarapan adalah penting kerana boleh mengawal berat badan sebanyak 44 peratus.
(11) Asid folik
Kita perlu mengambil asid folik untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Sumber terbaik asid folik ialah asparagus, brokoli dan bijirin yang diperkaya.
(12) Naik tangga
Berjalan 5000 langkah setiap hari dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
(13) Ambil sayuran hijau
Sayuran hijau kaya dengan fitokimia yang baik untuk jantung.
(14) Minum teh
Dua cawan teh sehari boleh membantu mengelakkan gejala meninggal dunia kerana serangan jantung. Sumber flavonoid dalam teh membantu meningkatkan peredaran darah.
(15) Ukuran tekanan darah
Selepas bersenam adalah elok sekiranya boleh mengukur tekanan darah. Walaupun bacaan lebih tinggi tetapi baik untuk kesihatan.
(16) Elak minum kopi
Kandungan kafein dalam kopi boleh meningkatkan tekanan darah hampir 4 poin.
(17) Sertai kumpulan
Mengikut kajian orang yang sering keseorangan cenderung untuk mendapat serangan jantung.
(18) Pilih coklat gelap
Kandungan flavonoids dalam coklat gelap membantu saluran darah daripada tersumbat.
(19) Elak garam
Lelaki atau wanita yang obes mengambil garam yang lebih dikatakan 61 peratus meninggal disebabkan jantung.
Foto: Instagram @eirasyaziraofficial
(20) Sentuh pasangan
Sentuhan daripada pasangan (berpegangan tangan atau berpeluk) dapat mengurangkan tekanan darah.
(21) Ganda pengambilan sos tomato
Kandungan lycopene dalam tomato dapat mengelak penimbunan kolesterol dalam salur darah.
(22) Ambil vitamin B
Setiap hari ambil vitamin B dalam pemakanan untuk merangsang jantung yang lebih sihat.
(23) Makan tuna
Lemak Omega-3 dalam tuna boleh membantu menguatkan otot jantung, mengurangkan kadar tekanan dalam darah dan menghalang saluran tersumbat.
(24) Tambah flaxseed dalam makanan
Flaxseed juga mempunyai peranan seperti lemak Omega-3.
(25) Berkayak
Kajian menunjukkan berkayak lebih baik jika dibandingkan dengan berlari. Ini kerana berkayak menggunakan lebih banyak pergerakan otot yang dapat menguatkan jantung.
(26) Vaksin
Mengambil vaksin mengikut jadual yang telah ditetapkan.
(27) Minum air putih
Minum air putih sekurang-kurangnya dua gelas sehari dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
(28) Makan grapefruit
Buah ini dapat membantu mengurangkan saluran darah daripada tersumbat.
(29) Roti bawang putih
Bawang putih boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Antioksidan yang tinggi dalam bawang putih membantu perkembangan ini.
(30) Jeli beri biru
Buah beri biru kaya dengan sumber quercetin yang mempunyai antioksida yang tinggi sekali gus menghalang daripada salur darah tersumbat.
(31) Telur hancur
Ambil sarapan pagi dengan telur hancur untuk mendapat sumber betaine. Sumber ini baik untuk jantung yang sihat.
(32) Ambil sumber kromium
Lelaki yang mempunyai sumber kromium yang rendah dalam sistem badan cenderung untuk mendapat sakit jantung.
(33) Berkahwin
Kajian mendapati pasangan yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko yang kurang diserang penyakit jantung.
(34) Basuh tangan
Mempunyai tangan yang bersih dapat melindungi sistem tubuh daripada saluran darah yang tersumbat. Guna sabun cecair untuk manfaat yang lebih.
(35) Tukar gula kepada madu
Madu mengandungi antioksida yang tinggi dan membantu mengelak salur darah yang tersumbat.
(36) Senyum
Senyuman dapat memberi sinar dalam hidup dan mula dengan senyuman untuk jantung yang sihat.
(37) Berhenti dengan dua cawan kopi
Cukup hanya dua cawan kopi sehari untuk membantu jantung yang sihat dan kuat.
Pada penghujung tahun lalu, pelakon yang menempa populariti menerusi drama Titian Cinta ini telah selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz besama pemuda pilihan hatinya, seorang juruterbang iaitu Mohammed Amirul Yunus.
Merpati dua sejoli ini benar-benar kelihatan umpama Raja dan Ratu Sehari di majlis yang gilang-gemilang itu. Sudah pasti destinasi bulan madu pasangan ini menjadi perhatian dan ketika ditanya ke manakah destinasi bulan madu, usai majlis pernikahan pasangan ini dahulu, pasangan sama cantik sama padan ini bergurau sambil menjawab “Pulau Pinang”.
Namun, kini terjawab sudah destinasi bulan madu Farah Nabilah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin apabila berkongsi momen indah tersebut di media sosialnya. Pasti berbunga-bunga hati Farah Nabilah apabila ulang tahun kelahirannya juga disambut di salah satu kepulauan Maldives yang terkenal dengan keindahan pantainya.
Coret Farah Nabilah, “Birthday + honeymoon at Hurawalhi. What more can I ask for?”. Selamat hari jadi yang ke-28 Farah Nabila! Dikatakan harga semalam resort ini hampir RM10,000 semalam. Patutlah cantik dan eksklusif destinasi bulan madu selebriti cantik ini. Lihat sahaja foto-foto yang telah dikongsi oleh Farah Nabila ini.
Foto: Instagram @Hurawalhi
Seronok melihat momen indah yang dikongsi oleh Farah Nabila di laman media sosialnya. Tergambar riak bahagia merpati dua sejoli ini. Seronok melihat Farah Nabila menikmati hidangan tengah hari di bawah dasar laut sambil disaksikan oleh ikan-ikan yang berenang berkeliaran di sana-sini. Kongsi Farah, “Had an amazing lunch at 5.8 Undersea Restaurant di Hurawalhi. Me loveeeeeee it!,”.
Namun begitu, Farah Nabila tetap peka dengan perkembangan semasa apabila tertindak melakukan isolasi selepas pulang dari bercuti di luar negara. Ini seperti yang dikongsi oleh pelakon cantik ini di Insta Story (ketika artikel ini ditulis) sambil mengacau doh di rumah. Tengah buat pancake barangkali?
Melihat kulit wajah Farah Nabila yang sentiasa cantik tidak kira sedang bercuti atau tidak, timbul rasa cemburu. Kesempatan bertemu dengan pelakon ini di sebuah majlis terdahulu, terus bertanya apakah rahsianya, “Saya jaga kecantikan kulit dengan banyak minum air.
Pagi-pagi saya akan minum perahan lemon bersama air panas. Sikit jer pati lemon tu terus minum. Tanpa gula dan dengan perut kosong. Petua ini baik untuk detoks kulit. Sebab kan saya tak sempat nak exerciseso banyak minum camtu kulit akan detoks sendiri,” terang Farah Nabilah sambil tersenyum.
Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah satu keadaan di mana tekanan darah pesakit melebihi tahap normal, iaitu lebih dari 140mmHg untuk sistolik dan lebih 80mmHg untuk diastolik.
Penyakit ini bukan hanya dialami oleh mereka yang sudah berusia, tetapi kini semakin ramai golongan muda yang menderita akibat hipertensi.
Lebih membimbangkan, ia boleh menjadi punca kepada kegagalan atau kerosakan organ seperti jantung, otak dan ginjal untuk berfungsi secara baik, lantas mengakibatkan risiko serangan jantung atau strok.
Penerima Nona Health Influencer Award yang juga Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santhi Santherasegapan mendedahkan pesakit akan mengalami kecederaan organ dalaman jika tekanan terlampau tinggi.
Dalam satu hantarannya di Facebook baru-baru ini, Dr Malar berkongsi pengalamannya pernah berdepan dengan pesakit darah tinggi yang culas makan ubat.
Ceritanya pada satu malam, dia dan team menerima seorang pesakit yang mengalami muntah-muntah yang teruk, mata tertutup serta tangan dan kaki mengeras serta tiada respon bila dipanggil.
Apabila mengambil bacaan darah pesakit itu, didapati tekanan mencapai 250/120.
“Ini lain mcm je ni, mesti bukan kes muntah biasa. Memangg betul. Perlukan empat staf untuk keluarkan pesakit dan baringkan dia atas troli. Saya nampak dia langsung tak bukak mata. Tangan dan kaki keras. Panggil nama takde respond. Takde suara.
“Hanya ada bunyi seperti mengerang kesakitan. Nadi masih ada tapi lemah. Pesakit masih bernafas. Hadoi! Saya dah tahu ni, kami tolak masuk RedZone terus. Pasang BP cuff kat lengan, bacaan menunjukkan 250/120. Adui! Adui! Adui!!!
“Saya kira kadar kesedaran dia, Glascow Coma Scale dia 6/15. Sejurus selepas tu, pesakit sawan! Nightmare! Ini adalah nightmare bila kerja malam!
“Staf saya dah tak perlu diberi arahan, dia orang tahu apa nak buat. Sorang pasang 2 jarum besar, satu kat tangan kiri satu kat tangan kanan. Sorang lagi letak oxygen mask. Sorang lagi check gula dan masukkan darah dalam botol. Semua kerja jalan tanpa arahan. Semua kerja jalan serentak. Korang kira lah berapa jarum semuanya.
“Saya tanya sejarah sikit je kat ahli keluarga. Info yang saya dapat, akak ni umur dalam 40-an, memang ada tekanan darah tinggi lebih kurang setahun, tapi tak makan ubat. Pesakit tak suka makan ubat hospital katanya.
“Muntah muntah dan sakit kepala sejak petang, nampak lembik, dan ada cakap merapu sikit. Lebih kurang waktu Maghrib, dia jatuh terkulai kat dapur. Kurang dari dua minit je perbualan saya dengan keluarga.
“Saya terangkan keadaan pesakit kritikal, mata tak bukak, dah tak sedar walaupun jantung masih berdegup dan masih bernafas, dan tekanan darah sangat tinggi,” ujarnya.
Jelas Dr Malar, keadaan itu dikenali sebagai Hypertensive Emergency. Tekanan darah yang sangat tinggi sampai organ dalaman cedera.
“Saya dapatkan “Verbal Consent” yakni persetujuan untuk melakukan prosedur intubasi iaitu prosedur untuk “tidurkan” supaya rawatan untuk pastikan dia bernafas dan jantung berdegup diberi dengan segera. Keluarga izinkan dengan keadaan penuh ketakutan,” katanya.
Katanya, pesakit diberikan Diazepam iaitu ubat untuk hentikan sawan, ubat pre intubasi, Fentanyl, Midazolam dan Rocuronium. Tiub pernafasan dimasukkan dalam tekak, atau lebih tepat, ke dalam trachea. Tiub tersebut disambung ke mesin ventilator dan oxygen disalurkan secara terus ke paru-paru. Mesin ventilator adalah pengganti kepada paru paru.”
“Ubat untuk stabilkan tekanan darah, iaitu Labetolol dimulakan dengan segera melalui jarum di tangan.Ubat pelali iaitu campuran Midazolam dan Morphine kat tangan satu lagi pula. Kedua dua ubat ni diberi secara infusion, iaitu secara berterusan.
“Korang kiralah berapa ubat ye! Ryles Tube iaitu tiub dari hidung ke perut dimasukkan untuk elakkan perut kembung. Tiub kencing juga dipakaikan dipakaikan. Tiub kat tekak masih berterusan. Korang kira lah berapa tiub ye,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, ujarnya lanjut pesakit juga akan dibuat CT Scan Brain (otak) yang mana proses itu memerlukan pesakit dipasang pelbagai mesin pada badan.
“Macam macam mesin kena pasang kat patient, dan kena angkut sekali. Mesin ventilator, mesin pantau tekanan darah dan tahap oxygen, dan dua mesin pam ubat. Itu minimum! Korang kira lah berapa mesin! Ohh lupa plak.. Tangki oxygen pun kena tolak sekali, biasanya kami letak kat bahagian bawah katil. Kira lah berapa ye,” katanya.
Apa yang mengejutkan apabila pesakit itu disahkan mengalami pendarahan dalam otak. Pedarahan yang besar menyebabkan bahagian otak kanan, tertolak ke kiri (midline shift).
Pesakit perlukan pembedahan segera untuk buang ketulan darah itu iaitu Craniotomy. Tengkorak kepala akan dibuka dan ketulan darah akan disedut dan dibuang. Pembedahan segera akan menyelamatkan nyawa. Tetapi adakah pembedahan boleh pulihkan tahap kesedaran dan fungsi otak pesakit. Adakah pesakit akan kembali normal atau terus lumpuh? Doktor tak boleh nak jawab.
pengajarannya, pesan Dr Malar, bila anda tak suka makan sebiji ubat darah tinggi, silalah suka sukakan diri untuk diberi berlambak-lambak ubat ubatan seperti ini daripada anda dimasukkan tiub di tekaklah, di ataslah di bawahlah.
“Boleh kira sendiri berapa banyak ubat terpaksa diberi bila dah dalam kecemasan macam ni. Tak ke lagi senang kalau makan je ubat sebiji sehari tu. Entahlah.
“Ajal maut memang di tangan Tuhan. Tapi bukan ke tanggungjawab setiap umat untuk menjaga kesihatan dirinya. Makan lah ubat mengikut nasihat doktor kalau tak nak ditolak ke dewan bedah seperti wanita di atas,” pesannya.
Posting tersebut telah meraih perhatian ramai yang turut berkongsi kisah peribadi masing-masing.
Menurut Dr Malar, bukan ubat darah tinggi yang menyebabkan sakit buah pinggang. Tak makan ubat darah tinggi yang menyebabkan tekanan darah sangat tinggi dan itulah yang merosakkan buah pinggang.
Sama-samalah kita menjaga masing-masing termasuk ahli keluarga. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Sumber: Facebook Dr Malar Santherasegapan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona