Denim adalah gaya paling unggul dan mudah untuk digayakan ke mana saja. Setiap wanita pastinya mempunyai sehelai atau lebih seluar denim di dalam almari tidak  kiralah dari gaya skinny hingga ke gaya high waist. Namun adakah anda tahu potongan atau jenis jeans paling tepat buat bentuk tubuh anda? Memilih seluar jeans yang sesuai dengan bentuk badan amat penting agar anda terlihat lebih menawan.

Denim Yang Tidak Lapuk Ditelan Zaman, Ini JENIS JEANS Yang Anda Perlu Tahu!

IKLAN

 

1. LOW-RISE JEANS

Jeans berpotongan rendah hanya sesuai untuk badan kurus sahaja. Pilihan kedudukan poket yang sedikit ke bawah daripada biasa memberi ilusi pemakai sedikit berisi. Tetapi, bagi anda berbadan berisi boleh menampakkan perut anda  menggeleber seperti muffin. Jadi, anda harus pilih jeans yang terletak betul-betul pada paras pinggang.

2. ULTRA LOW-RISE JEANS

Berpotongan sangat rendah, hanya sesuai untuk wanita berbadan langsing sahaja. Pastikan pinggang jeans tidak berada lebih bawah daripada tulang pinggul anda. Bagi kamu yang bukan bersaiz badan seperti model pasti rekaan jeans ini menampakkan sebahagian punggung atau seluar dalam. Jika anda pilih jeans ini perlu berhati-hati, awasi cara duduk andaagar tidak kelihatan seluar dalam anda.

Denim Yang Tidak Lapuk Ditelan Zaman, Ini JENIS JEANS Yang Anda Perlu Tahu!

 

3. BOOT-CUT JEANS

Inilah jeans paling diminati sepanjang masa. Potongan klasik sesuai untuk wanita bertubuh berisi. Potongan kembang pada bahagian betis dapat mengalihkan tumpuan bahagian pinggang,pinggul dan paha, malah membuatkan bahagian paha kecil dan bahagian kaki kelihatan runcing. Ia juga memberi anda  ilusi lebih tinggi.

4. STONE WASH JEANS

Warna pudar pada bahagian paha dan punggung dapat memberikan stail seksi pada anda. Penambahan sedikit kesan koyak (destroyed) lebih ranggi. Stail ini sangat sesuai bagi yang berjiwa muda dan inilah jeans yang sedang hangat diperkatakan.

 

Denim Yang Tidak Lapuk Ditelan Zaman, Ini JENIS JEANS Yang Anda Perlu Tahu!

 

5. DARK JEANS

Jeans ini sesuai untuk semua bentuk badan. Seperti yang kita tahu, warna gelap memberi kesan kecil dan kurus kepada pemakai. Warna jeans yang cerah pula akan memberi kesan lebih besar. Antara warna yang menjadi pilihan ialah biru gelap dan hitam, sesuai ke mana sahaja, siang atau malam.

6. DISTRESSED JEANS

Jeans ini menarik dipakai semasa bersantai, sesuai sekali untuk semua bentuk badan. Kedutan pada bahagian seluar jeans juga memberi impak seksi dan cukup trendy untuk dicuba.

7. CROPPED JEANS

Pendek dan seksi. Jeans ini sesuai untuk semua bentuk badan. Tetapi bagi yang berkaki pendek, kamu dinasihat supaya lupakan sahaja hajat untuk mencubanya kerana anda akan kelihatan lebih pendek! Jangan sesekali memakai yang berpoket di belakang kerana nampak lebih besar dan kembang.

IKLAN

Denim Yang Tidak Lapuk Ditelan Zaman, Ini JENIS JEANS Yang Anda Perlu Tahu!

8. SKINNY JEANS

Pastinya sesuai untuk kamu yang berbadan kurus serta berkaki panjang. Anda pasti nampak lebih langsing. Potongan ini juga sesuai untuk anda yang rendah dan kecil molek. Paling senang untuk disesuaikan dengan semua jenis baju. Menarik untuk dicuba!

9. ANKLE LEGTH

Denim Ankle length sesuai untuk mereka yang bertubuh boyish atau petite. Denim jenis ini bakal memberikan ilusi seimbang buat bentuk tubuh anda. Selain itu, dengan potongan denim ini, ia akan menyerlahkan kasut yang anda sarungkan.

10. TROUSERS CUT JEANS

Untuk wanita yang mempunyai bentuk  peha yang besar, denim jenis Trousers Cut paling sempurna untuk digayakan. Denim jenis ini akan memberikan ilusi peha yang lebih kecil dan seimbang.

Denim Yang Tidak Lapuk Ditelan Zaman, Ini JENIS JEANS Yang Anda Perlu Tahu!

IKLAN

11. STRAIGHT LEG JEANS

Denim jenis Straight Leg cukup sesuai digayakan untuk wanita yang mempunyai kaki yang agak pendek  Ia juga sesuai dipakai dipakai pada waktu  siang dan malam. Ia memberi ilusi yang membuatkan kaki anda tampak kurus dan panjang. Gayakan bersama kasut bertumit tinggi untuk tampil lebih menawan.

12. HIGH WAIST JEANS

High-waist sesuai untuk mereka yang mempunyai potongan badan yang lurus dan kurang menarik. Denim ini akan menjadikan bentuk anda tampak menarik dan lebih sofisikated. Ia juga sesuai digayakan ke mana sahaja.

13. TAPERED JEANS

Potongan jeans ini akan lebih tirus di bahagian bawah mendekati buku lali. Kalau bootcut dia lebih lebar, tapi ini dia lebih tirus. Di bahagian atas, ianya lebih lebar. Ia sesuai untuk anda yang mempunyai kaki yang lebih besar.

14. SLIM FIT JEANS

Slim fit ini dia akan memeluk punggung dan peha anda dengan kukuh. Potongan jeans ini agak tirus seperti Skinny jeans tetapi tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk kaki anda secara melampau. Kalau ada kaki yang sedikit besar daripada kategori skinny, ia amat sesuai dan kelihatan cantik untuk anda.

15. LOOSE FIT JEANS

Seluar jeans jenis ini direka dengan potongan yang lebih besar sepanjang kaki. Ia menawarkan keselesaan yang selesa dan santai. Jika anda mahu seluar jeans yang boleh memastikan pergerakan kaki anda bebas. Loose Fit jeans merupakan pilihan terbaik anda.

16. FLARE JEANS

Jenis potongan flare jeans ini ia ketat di bahagian peha dan lurus dari lutut kebawah. Tapi ia tidak terlalu lebar seperti bukaan seluar Bootcut.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI