Ads

Dhabitah Sabri Bahagia Layari Perkahwinan Bersama Jiggy, Rindu Kemunculan Ratu Terjun Ini!

Dhabitah Sabri Bahagia Di Sisi Jiggy
Dhabitah Sabri Bahagia Di Sisi Jiggy

Lama tak dengar khabar ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri. Kali terakhir melihat kemunculan atlet ini ialah ketika temasya Olimpik Paris 2024. Meninjau media sosial miliknya, hantaran terbaharu Dhabitah sewaktu menyambut 1 Syawal pada 22 Mac lepas. 

Artikel https://www.nona.my/terima-darjah-kebesaran-ydp-agong-umur-20-tahun-dhabitah-sabri-atlet-berbakat-berilmu/

Penampilan Terkini Dhabitah Sabri

Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik beberapa gambar terkini sempena Hari Raya Aidilfitri dan kelihatan ceria di sisi suami tercinta dan keluarga tersayang.  

Dhabitah tampil memikat dalam Baju Kurung rona peach sedondon dengan Jiggy yang segak berbaju Melayu. 

Dhabitah Sabri Bahagia Layari Perkahwinan Bersama Jiggy, Rindu Kemunculan Ratu Terjun Ini! Dhabitah Sabri Bahagia Layari Perkahwinan Bersama Jiggy, Rindu Kemunculan Ratu Terjun Ini! Dhabitah Sabri Bahagia Layari Perkahwinan Bersama Jiggy, Rindu Kemunculan Ratu Terjun Ini!

Dhabitah Sabri Bahagia Layari Perkahwinan Bersama Jiggy, Rindu Kemunculan Ratu Terjun Ini!

Ads

Diam tak diam, hujung April ini pasangan romantis berkenaan menyambut ulang tahun perkahwinan ketiga. Alhamdulillah, macam baru saja menyaksikan majlis pernikahan merpati dua sejoli ini. 

Dhabitah Sabri dan Jiggy atau nama penuhnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri sah disatukan sebagai suami isteri pada 28 April 2023.  

Mereka dilaporkan berkenalan lebih setahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.  

Dhabitah Sabri Bahagia Layari Perkahwinan Bersama Jiggy, Rindu Kemunculan Ratu Terjun Ini! Dhabitah Sabri Bahagia Layari Perkahwinan Bersama Jiggy, Rindu Kemunculan Ratu Terjun Ini! Dhabitah Sabri Bahagia Layari Perkahwinan Bersama Jiggy, Rindu Kemunculan Ratu Terjun Ini!

Ads

Kerjaya Sukan Dhabitah Sabri

Nama Nur Dhabitah Sabri cukup sinonim dalam arena sukan akuatik dan bergelar ratu terjun negara. Sepanjang pembabitannya sebagai atlet, dia berjaya meraih 25 pingat dalam pelbagai kejohanan sukan asia dan dunia. 

Atas pencapaian membanggakan dan konsisten mengharumkan nama negara di persada sukan dunia, Dhabitah berjaya mewakili negara dalam temasya sukan terbesar dunia iaitu Sukan Olimpik sebanyak dua kali di Rio pada tahun 2016 dan Tokyo 2020. 

Dhabitah Sabri Bahagia Layari Perkahwinan Bersama Jiggy, Rindu Kemunculan Ratu Terjun Ini! Dhabitah Sabri Bahagia Layari Perkahwinan Bersama Jiggy, Rindu Kemunculan Ratu Terjun Ini! Dhabitah Sabri Bahagia Layari Perkahwinan Bersama Jiggy, Rindu Kemunculan Ratu Terjun Ini! Dhabitah Sabri Bahagia Layari Perkahwinan Bersama Jiggy, Rindu Kemunculan Ratu Terjun Ini!

Ads

Dalam penampilan di Olimpik Paris 2024, isteri pelakon yang juga pelawak tersebut berjaya melayakkan diri bagi acara 3 meter papan anjal individu wanita.  

Ketika menyertai persiapan Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun kira-kira tiga tahun lalu, Dhabitah terpaksa berjauhan daripada suami tercinta selama sebulan meskipun waktu itu mereka masih dalam tempoh berbulan madu dan baru dua bulan mendirikan rumah tangga. 

Malah Dhabitah dan Jiggy juga akur menangguhkan majlis resepsi mereka demi komitmen atlet berkenaan kepada negara. Bagaimana pun, majlis persandingan pasangan romantis ini berjalan lancar yang diadakan sekitar November pada tahun yang sama. 

Semoga rumah tangga Dhabitah Sabri dan suami tercinta, Jiggy sentiasa bahagia hingga ke syurga.  

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Isteri Check Telefon Suami, Dr Fadzilah Kamsah Selamba Nasihat “Apa Yang...

Isteri check telefon suami sering jadi isu sensitif. Ketahui perspektif pakar tentang kepercayaan, kejujuran dan keharmonian rumahtangga.