Sering membawa watak lasak dengan imej garang, hakikatnya Dwayne Johnson atau lebih terkenal dengan nama komersial The Rock ini seorang lelaki budiman, suami romantik dan bapa penyayang. Sikap sentimental The Rock terserlah setiap kali berada di samping anak-anak mahupun isteri.

IKLAN

Malah, menerusi perkongsian di media sosialnya juga jelas terserlah naluri kebapaan yang tebal dalam diri pelakon filem Black Adam ini. The Rock berketurunan Samoa dari ibunya manakala mewarisi keturunan Kanada dari bapa.

Di Sebalik Kekuatan Superhero Black Adam, THE ROCK Serlah Imej Bapa Penyayang & Terima Bayaran Termahal!
Kredit Instagram @therock

Salah seorang anak The Rock, Jasmine Johnson kini berusia 6 tahun. Mesra disapa Jazzy, si kecil ini sebenarnya anak kedua kepada The Rock hasil perkongsian hidup di samping Lauren Hashian.

Difahamkan ketika Jazzy baru meniti usia dua tahun, ibunya Lauren sedang hamil anak kedua. Adik Jazzy dilaporkan lahir pada 17 April 2018 dan dinamakan Tiana Gia Johnson.

Terharu tengok layanan pelakon lelaki yang pernah mendapat bayaran paling tinggi di Hollywood ini ketika bermain bersama dua anaknya. Cukup mesra dan sarat dengan sifat kebapaan.

Walau The Rock sinonim dengan watak antagonis tetapi apabila bersama anak-anak mahupun isteri, dia berubah menjadi insan yang sangat penyayang.

View this post on Instagram

A post shared by Dwayne Johnson (@therock)

IKLAN
Di Sebalik Kekuatan Superhero Black Adam, THE ROCK Serlah Imej Bapa Penyayang & Terima Bayaran Termahal!
Kredit Instagram @therock
Di Sebalik Kekuatan Superhero Black Adam, THE ROCK Serlah Imej Bapa Penyayang & Terima Bayaran Termahal!
Kredit Instagram @therock
Di Sebalik Kekuatan Superhero Black Adam, THE ROCK Serlah Imej Bapa Penyayang & Terima Bayaran Termahal!
Kredit Instagram @therock

Berdasarkan laporan Forbes, The Rock telah dinamakan sebagai pelakon lelaki yang menerima bayaran tertinggi buat dua tahun berturut-turut. Bekas ahli gusti tersebut dilaporkan meraih USD87.5 juta sekitar Jun 2019 hingga Jun 2020 termasuk USD23.5 juta menerusi filem thriller Red Notice yang disiarkan menerusi Netflix.

Dia juga menjana pendapatan daripada jenama pakaian sukan, Project Rock. Kekayaan The Rock mencecah USD 400 juta menurut Celebritynetworth.com. Dia juga dikhabarkan memiliki beberapa kediaman mewah, salah satunya ialah rumah agam di Beverly Hills yang berkeluasan 17,630 kaki persegi di tanah seluas 3.67 ekar dan mempunyai 12 bilik air serta 6 bilik tidur. Juga mempunyai gelanggang tenis, kolam renang, spa, dan gimnasium.

IKLAN
Di Sebalik Kekuatan Superhero Black Adam, THE ROCK Serlah Imej Bapa Penyayang & Terima Bayaran Termahal!
Kredit Instagram @therock
Di Sebalik Kekuatan Superhero Black Adam, THE ROCK Serlah Imej Bapa Penyayang & Terima Bayaran Termahal!
Kredit Instagram @therock
Di Sebalik Kekuatan Superhero Black Adam, THE ROCK Serlah Imej Bapa Penyayang & Terima Bayaran Termahal!
Kredit Instagram @therock
Di Sebalik Kekuatan Superhero Black Adam, THE ROCK Serlah Imej Bapa Penyayang & Terima Bayaran Termahal!
Kredit Instagram @therock

Tidak ketinggalan, bintang Hollywood ini juga mempunyai koleksi kereta mewah antaranya Pagani Huayra bernilai USD 1 Juta dan Rolls-Royce Wraith yang berharga USD330,000.

Selain itu, The Rock merupakan pengasas bersama syarikat produksi Seven Bucks yang diusahakan bersama bekas isteri, Dany Garcia.

The Rock yang mempunyai 353 juta pengikut di Instagram juga merupakan bapa kepada gadis cantik bernama Simon Garcia berumur 21 tahun. Simon Garcia ialah anak perempuan The Rock hasil perkahwinan terdahulunya bersama ahli bina badan profesional dan penerbit Amerika Syarikat, Dany Garcia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI