Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi.
Pelakon veteran itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan di Istana Negara di sini.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.
Ads
Foto: Bernama
Pada istiadat pengurniaan itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim.
Seri Paduka juga berkenaan menganugerahkan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada 14 individu dan Darjah Setia Mahkota (JSM) kepada 17 individu.
Ads
Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 58 individu, Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD) kepada 15 individu dan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 75 individu.
Pada istiadat pengurniaan hari ini, Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada 72 individu dan Pingat Bentara Setia Diraja (BSD) kepada 43 individu.
Ads
Turut hadir pada istiadat itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MashaAllah, memang cantik sangat ibu ini! Pastinya saat ini Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah Amin sedang diulit bahagia menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka.
Sekian lama berahsia mengenai jantina anak yang dikandung, akhirnya hari ini tanggal 2 Oktober… Fazura dilaporkan selamat melahirkan anak perempuan. Alhamdulillah!
Kongsi Fazura, “Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020. Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah. Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga.”
Mengimbas kembali detik awal kehamilan aktres cantik berkenaan, Fazura dan Fattah sepakat mengumumkan berita gembira berkenaan kepada peminat pada 17 April lepas. Waktu itu, usia kandungan Fazura baru mencecah empat bulan.
Kongsi Fazura, “Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami Fattah Amin ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah.
Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua.”
Diakui sepanjang kehamilan, setiap gerak-geri dan kelibat Fazura amat dinanti-nantikan serta mencuri perhatian ramai. Apa sahaja posting yang dimuatnaik Fazura di media sosial pasti meraih ratusan ribu likes dan komen. Rata-rata peminat dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain memuji penampilan jelitawan ini yang tampil lebih berseri-seri sejak mengandung. Malah, pemakaian Fazura sepanjang hamil juga disedari ramai dan disifatkan cukup sopan.
Biarpun sarat hamil Fazura tetap ligat merencana perniagaan. Pada hujung Ogos lalu Fazura sekali lagi tampil mempersona dalam persalinan rona merah jambu ketika melancarkan produk penjagaan kulit miliknya, Fazura Skincare. Ia merangkumi set pembersih muka, skrub, serum, krim siang dan malam. Hari ini, tanggal 2 Oktober juga ‘buah tangan’ terbaharu iaitu Fazura Beauty iaitu rangkaian lip matte turut memasuki pasaran. Khabar gembira berganda buat Fazura bulan ini.
Tahniah buat Fattah dan Fazura! Moga ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat serta dipermudahkan segalanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkemampuan tapi dikekang pula syarat tiada mahram. Dulu, inilah keluhan segelintir wanita yang berhajat mengerjakan ibadah di Mekah tapi tidak dibenarkan kerana ketiadaan suami atau penjaga lelaki. Namun dengan pengumuman terbaharu kerajaan Arab Saudi, jelas memberi sinar buat jemaah wanita yang berhajat ke sana tanpa ditemani mahram.
Banyak sebab yang tidak membenarkan wanita bermusafir tanpa mahram, antaranya demi menjaga keselamatan, memelihara kehormatan serta menjauhkan wanita daripada fitnah sekiranya tiada mahram yang menemani.
Namun tidak semua orang nasibnya sama. Ada wanita yang tidak direzekikan pasangan, yatim piatu atau sebagainya sehingga terhalang niat untuk mengerjakan rukun Islam kelima tersebut.
Dalam perkembangan terkini, kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa wanita kini dibenarkan mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa penjaga lelaki atau mahram.
Lapor Arab News, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah, Mesir, semalam.
Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah Arab Saudi, Ahmed Saleh Halabi berkata wanita yang menunaikan umrah atau haji tanpa mahram perlu ditemani bersama wanita atau pihak lain.
MEMUDAHKAN
Halabi berkata keputusan ini sesuai dengan fatwa penyeliaan Alazhar AlSharif di Mesir, Abbas Shoman, Mac lalu.
Terdahulu, Kementerian Haji dan Umrah Saudi mengumumkan membenarkan kaum wanita menunaikan umrah tanpa mahram pada Mac lalu.
Bekas penasihat Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Faten Ibrahim Hussein berkata keputusan itu memudahkan wanita yang bergelut mencari mahram di tengah-tengah pelbagai kekangan.
Di samping itu, Arab Saudi juga telah melakukan pelbagai usaha lain untuk memudahkan haji dan umrah secara keseluruhan termasuk dengan menggunakan teknologi moden.
Dalam masa sama, Arab Saudi dilaporkan menyediakan platform Nusk yang boleh memudahkan orang ramai mendaftar haji sekaligus membolehkan jemaah memohon visa umrah melalui platform dalam masa yang singkat dan boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, anak bongsu kepada lagenda Raja Pop dunia iaitu Bigi Jackson sudah pun meniti usia dewasa. Masih segar lagi kenangan mendiang bapanya, Micheal Jackson
memperkenalkan Bigi yang ketika itu masih bayi kepada media di balkoni rumah mereka hingga mencetuskan kontroversi suatu ketika dulu… kini Bigi merupakan seorang lelaki tampan.
Tetap mengekalkan gaya rambut panjang dari usianya masih kecil hingga sekarang, Bigi atau nama sebenarnya Prince Micheal Jackson genap berusia 18 tahun pada
21 Februari lalu.
Sebaik mendapat ‘kunci’ kebebasan pada usia tersebut, Bigi merealisasikan hasrat pertamanya untuk memulakan kehidupan baru dengan membeli sebuah hartanah. Apa yang mengagumkan adalah jika kebanyakan remaja seusianya memilih untuk membelanjakan wang ke arah keseronokan, berbeza pula bagi Bigi. Menurut laporan media Today, Bigi merupakan pemilik sebuah rumah agam bernilai USD2.62 juta atau kira-kira RM10.9 juta.
Menariknya, kediaman berkenaan tidak hanya terletak di kawasan elit dan komuniti berpagar di Calabasas, California. Malah ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya termasuk kawasan kejiranan yang mesra, landskap menghijau dan pastinya menjadi tempat terbaik untuk anak muda ini meneruskan hidup tanpa kelibat bapa tersayang di sisi.
Bigi yang juga dikenali dengan nama kanak-kanaknya sebagai ‘Blanket’, dikatakan seorang remaja yang cukup menjaga privasi diri. Menurut kakak Bigi, Paris Jackson… rumah yang dibeli ini sudah tentu memenuhi apa yang diinginkan Bigi.
Mana tidaknya, hartanah berkeluasan 6,382 kaki persegi ini bukan sekadar mendapat pengawasan rapi tetapi juga dihias indah dengan reka bentuk mewah. Pendek kata, ia
menjadi kediaman impian dan berada di kelas A-list! Mempunyai enam bilik tidur dan tujuh setengah bilik air, setiap ruang kediaman diperincikan dengan penuh elegan.
Dilatari dengan rona putih, perabot mewah dan candelier… percikan gaya elegan serba megah terus terasa saat melangkah masuk ke kediaman ini. Sebaik memasuki pintu
utama, terbentang susur tangga yang cantik menuju ke tingkat atas yang seakan menyambut kehadiran tetamu. Kesediaan lantai kayu keras rona coklat gelap juga menyerlahkan lagi sisi eksklusif kediaman ini bagi seorang pemuda berstatus anak Raja Pop dunia!
Selain ruang dapur yang lengkap berkabinet mewah, luas dan kemas, terdapat juga ruang bar yang sudah pasti menjadi tempat tumpuan Bigi bersama keluarga besarnya kelak.
Mengintai ke halaman belakang rumah pula, suasana landskap menghijau yang luas dengan kesediaan kolam renang dan spa persendirian serta kaunter barbecue menjadikan ruang halaman ini amat ideal dijadikan tempat hiburan di samping rakan-rakan.
Adik-beradik Bigi di samping nenek merekaBigi bersama abangnya, Micheal Joseph JacksonDari kiri: Paris Jackson, Bigi Jackson & Micheal Joseph Jackson
Dengan pembelian rumah mewah di Calabasas ini, Bigi dikhabarkan bakal keluar dari kediaman neneknya Katherine Jackson yang terletak di Estates of the Oaks. Sebelum ini, Bigi dan dua beradik iaitu Micheal Joseph Jackson dan Paris Jackson berada di bawah penjagaan nenek mereka.
Sumber: Today
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!