Sesekali membuka kisah tentang lelaki, seperti menyedarkan kita bahawa bapa juga amat perlu dihargai. Inilah topik sembang Majalah Nona dengan artis rap terkenal, Caprice, melalui sesi IG Live pada Khamis.

Pasti ramai menyangka Ariz Ramli atau Caprice membesar dengan didikan ala Barat. Tanggapan itu tersasar jauh sebaik lelaki segak berusia 33 tahun ini berkongsi sejarah hidupnya.

IKLAN

“Saya jarang bercakap tentang bapa saya. Dia tak suka ambil gambar, sangat low profile, very strict Muslim and he never show love.

Psychologist kata ‘tough love’. Dia jarang bagi pujian depan saya. Tapi saya tahu, kalau dia bangga dengan saya, tiba-tiba dia akan offer potongkan buah mangga atau buatkan air teh. Kalau depan-depan, jangan harap dia akan cakap.” Caprice

Berkongsi jenis darah O yang sama dengan bapanya, sambung Caprice lagi mereka berdua selalu berselisih pendapat.

“Mak saya cakap, saya sama macam bapa saya. Jenis yang buat je, contoh kalau tahu orang ada masalah, terus bagi pertolongan tanpa berfikir panjang. Hidup saya pun macam tu.

Saya dapat sikap berani daripada bapa dan itulah yang membuat saya mampu survive seorang diri di Kuala Lumpur pada usia 16 tahun,” ceritanya secara terbuka.

Tonton kisah penuh Caprice tentang bapa dan keluarga tersayang…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

 

BERJIHAD

Dengan followers mencecah 1.6 juta, nama Caprice pada ketika ini cukup terkenal di kalangan generasi muda. Intro “What is on the news today?” cukup sebati dengan namanya, yang suka mengulas pelbagai topik viral dan semasa di Internet.

Membesar di negara asing dan menuntut di sekolah antarabangsa, begitulah yang dilalui Caprice, sejak zaman kecilnya.

Merupakan anak seorang Diplomat, Caprice serta adik-beradiknya pernah tinggal di Perancis, Jordan dan Algeria sebelum kembali ke tanah air.

“Saya dapat gred yang bagus dalam peperiksaan iaitu GPA 3.8. Dapat full scholarship. Ibu bapa saya sejak kecil lagi memang pentingkan pelajaran dan walaupun kami tinggal di luar negara, ilmu agama tetap diutamakan.

Biasanya setiap hari Rabu, kami akan belajar mengaji di rumah. Tapi masa budak-budak, saya suka bagi bermacam alasan untuk ‘ponteng’ mengaji.” Caprice

“Dia Punya Marah Dari Venezuela Sampai Jelebu” Caprice Imbau Kenangan, Bapa Tegas Tapi Sweet!

 

Namun kecintaan terhadap muzik rap mendorong Caprice ‘melarikan diri’ dari keluarga. Pada usia belasan tahun, dia mengakui pernah lari rumah berbekalkan wang RM300 yang ‘diambil’ daripada dompet bapanya.

IKLAN

“Ibu bapa saya memang tak ‘merestui’ keputusan untuk jadi artis. Bagi mereka, lebih baik saya lanjutkan pelajaran dan berkhidmat di sektor kerajaan. Sebenarnya memang ramai famili saya bekerja dengan kerajaan pun sampai sekarang.

Reaksi bapa masa tu, dia punya mengamuk dari Venezuela sampai Jelebu, marah sampai Lenggeng!” seloroh Caprice tentang kampung halamannya.

Menyifatkan dirinya lebih rapat dengan ibu, Caprice percaya dia menurut perangai bapa yang suka memanjakan Opah.

“Saya rasa sebab itulah saya pun selalu dahulukan ibu. Bagi duit semua kat ibu!”

“Dia Punya Marah Dari Venezuela Sampai Jelebu” Caprice Imbau Kenangan, Bapa Tegas Tapi Sweet!

 

“Dia Punya Marah Dari Venezuela Sampai Jelebu” Caprice Imbau Kenangan, Bapa Tegas Tapi Sweet!

IKLAN

 

Minat terhadap muzik dan teknologi juga membuatkan Caprice begitu memahami jiwa anak muda. Sebagai usahawan syarikat Ramli Capital Holdings, Caprice bukan saja mencipta nama sebagai artis rap popular, malah mewujudkan beberapa aplikasi tuisyen secara online.

Tidak ingin mensia-siakan pengaruh yang dimiliki, Caprice juga berjihad dalam dunia pendidikan. Lelaki berkulit putih ini tekad mahu mengubah mindset generasi agar menjadi ‘critical thinkers and problem solvers’ sebagai pemimpin masyarakat.

Justeru, beliau kerap memberi ceramah dan dijemput sebagai motivator di pelbagai IPT seluruh Malaysia melalui program Jihad in Education.

“Dia Punya Marah Dari Venezuela Sampai Jelebu” Caprice Imbau Kenangan, Bapa Tegas Tapi Sweet!

 

“Dia Punya Marah Dari Venezuela Sampai Jelebu” Caprice Imbau Kenangan, Bapa Tegas Tapi Sweet!

 

Jiwa usahawan Caprice turut terlihat melalui beberapa produk yang dihasilkan secara eksklusif. Antaranya wangian Rindu Raudah, ‘Choco What is In the Jar Today’ serta himpunan pakaian seperti baju, topi dan lanyard.

Semoga usaha dan pengaruh viral Caprice terus dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk menginovasi dan memperkasakan golongan muda. Syabas Caprice!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI